Monday, March 24, 2008

Berkorban dalam berjuang...

Hari ini, aku dah buat keputusan... aku mahu berhijrah dari hidup aku sekarang...

Aku mahu korbankan gaji aku RM 1600 ni, aku korbankan kepentingan aku dalam kerjaya yang aku ceburi...

aku mahu jadikan pengorbanan ini satu titik permulaan untuk kejayaan. Aku mahu bina empayar perniagaan sendiri sepertimana Abdul Rahman bin Auf R.A. dapat membina empayar selepas peristiwa hijrah.. dengan sehelai sepinggang menjadi antara hartawan yang paling kaya....

Walau bagaimanapun, aku berharap agar aku tidak menjadi tsa'labah yang lupa diri selepas mempunyai banyak harta... dari Allah aku datang, kepada Allah jualah aku akan kembali...

Perjuangan Belum Selesai II

Lagu ini aku tujukan khas buat bangsaku...



Nora - Perjuangan Yang Belum Selesai

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

(Sajak)
"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

(Sajak)"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

Friday, March 21, 2008

Azimatmu...

Seutas sayang dihulurkan
Sebagai azimat menempuhi kehidupan
Menjadi pedoman untuk berfikiran
Menjadi andang untuk berjalan
Mengharungi jalanan gelap penuh dugaan

Langkah kuteruskan berbekalkan azimatmu ini
Walau jalanan penuh onak duri silih berganti
Dengan azimatmu ini dapatku gagahkan kaki
Dengan penuh iltizam aku berlari
Puncak dunia perlu kudaki
Kerana aku tahu tanpa azimat ini
Aku tak mungkin menjejakkan kaki
Di puncak gunung ini

Azimat ini telah mendewasakanku
Azimat ini telah menjadikan aku manusia
Akan ku genggam azimat ini
Selama-lamanya
Walau hingga ke akhir hayat tetap ku genggam
Kerana aku percaya azimat ini boleh membawaku kesyurga

Azimat ini, bukan sebarang...
Inilah kasih sayang seorang ibu...
Menjadi azimat untukku
menempuh hari-hari yang silih berganti...
Menggapaikan tanganku kelangit biru...

Semoga kelak, aku akan dapat mencapai awanan biru
Berbekalkan azimat itu...

Siput Sedey
6.28 ptg, Opis Satang Biotech
21/3/2008

Sedapnya makanan.... terliur aku.

Dari setitis peluh, terbitnya sebutir beras
Dari sebutir beras, terhimpunlah sekepal nasi
Dari sekepal nasi, wujudlah sepinggan makanan

Namun, manusia masih belum puas....
Dari sebatang joran, sangkutnya seekor ikan
Dari seekor ikan, jadilah seekor ikan goreng

Masih belum cukup?
Dari sepohon kayu, terbitlah sebuah terung
Dari sebuah terung, jadilah semangkuk kuah terung masak asam

jauh direnungkan, jika sepinggan nasi sahaja, mungkin manusia tidak lalu untuk makan.
Jika seekor ikan goreng sahaja, mungkin manusia tidak kenyang.
Jika semangkuk terung masak asam sahaja, mungkin manusia merasa sakit kepedasan.

Tetapi, jika disatukan semuanya,
Maka jadilah ia satu hidangan yang lazat...

Begitulah jua manusia...
Tuhan dah tunjukkan... bersatu akan menjadi satu (se... jadi se....)
Bersatu itu mencorakkan bangsa berjaya...
Penuh dengan rencahnya...

Kerancakan kita saling berbalah, mendewa-dewakan idola kita, tetapi ingat... Hanya DIA yang layak disembah.

Tuesday, March 18, 2008

Sesuatu

"Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. dan yang berpesan-pesan kepada yang hak, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sesungguhnya, sesuatu perkara yang hak, walaupun banyak... aaaamat jarang orang mengiyakan, sesuatu yang hak juga pahiiiit sangat untuk ditelan... Namun, mengenali erti perjuangan kita sebagai seorang muslim, sesaat jua tidak mahu dibazirkan untuk yang hak.

Namun, apabila berpesan-pesan itu, hendaklah berpesan dengan kesabaran, bukannya berpesan mengikut perasaan hati dan sanubari. Biarlah terluka seteruk mana, berpesan itu haruslah dengan penuh kesabaran...

Maka benarlah kalam tuhan dalam surah Wal-Asr. Kita sebenarnya sudah tiada masa untuk dibazirkan.. . jika boleh, saat ini, detik ini hendak dipenuhi dengan berpesan-pesan kepada yang hak... hendak berpesan-pesan dengan penuh kesabaran... Jika tidak, maka rugilar kita sebagai manusia.

Walau sehebat manapun kita beramal soleh... Namun, iman itu bukan semata-mata menerusi amal yang soleh. Iman itu akan sempurna jika kita sayangkan insan lain kerana ALLAH... membuat teguran yang benar kerana ALLAH... Memberikan ilmu yang berguna kerana ALLAH...

"Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan ianya mengasihi rakannya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."

Dalam konteks hadis ini, Kasih sayang yang dituntut bukanlah semata-mata antara dua insan pasangan lengkap dalam hidup ini. Kasih sayang adalah bagaimana kita menarik rakan kita jauh dari kekufuran, jauh daripada kemaksiatan, jauh daripada kemungkaran. Tetapi, kita menarik rakan kita menuju kepada kemakrufan, menuju kebenaran. Inilah yang dimaksudkan dengan kasih sayang kita sesama insan kerana ALLAH.

Konsep Ehsan itu sangatlah penting dan perlu difahami. Ehsan ialah hubungan kita dengan ALLAH, hubungan kita sesama insan dan hubungan kita dengan alam. Jika kita tidak ambil kesah tentang alam, maka tidak cukup ehsan kita... maka sia-sia sahaja semua amalan kita. begitu juga dengan hubungan kita sesama insan.

"Aku tidak pernah membenci orang yahudi, aku membenci perbuatan mereka." Inilah hadis nabi yang tidak ramai orang mahu pegang. Semakin kita bermusuh-musuhan, semakin kita jauh dari ehsan tuhan..

Oleh itu, marilah kita jayakan kempen "Semakin hari semakin sayang" yang ingin diperkenalkan. .. semoga kempen ini dapat mencakupi semua aspek ehsan itu.

*Saya ini jua bukanlah pandai sangat. saya juga bukanlah baik sangat. Namun, apa yang tertulis, marilah kita sama-sama renungkan. Apa yang tersilap, mohon diperbetulkan. Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk dan lemah itu, datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Sekian wassalam.

Monday, March 17, 2008

Pendekatan Modal Insan Alif Ba' Ta'

Alhamdulillah, melihat kepada perkembangan modal insan di negeri Melaka semakin hari semakin meningkat berikutan laporan berita Melaka hari ini. Perkembangan sejajar dengan pendekatan cintakan alif ba' ta' iaitu wujudnya program-program khas seperti 'program rumahku syurgaku,' 'permata hati di RMM,' program usahawanita, program usahawan tani, Persatuan Belia Ceria.

Bermula dengan Jabatan Khas (JASA), wujud pula Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) yang sedia ada disamping badan-badan bukan kerajaan ataupun badan kerajaan yang bekerjasama dalam membentuk jatidiri dan modal insan yang cintakan agama, bangsa dan tanah air.

Namun begitu, perkembangan profesional melayu seperti yang diwartakan oleh Datuk Ali Rustam sendiri adalah sedikit berbanding kehendak semasa. Apabila melihat kepada program-program yang dijalankan oleh JAIM, JASA, RTM, MGBM, dan DMDI, bukan kecil belanja yang dikeluarkan. Semuanya puluh ribuan duit Malaysia, malah ada yang beratus ribu... hanya untuk membentuk modal insan melayu Melaka yang ada semangat cintakan alif ba ta ini tadi. Di mana silapnya?

Untuk mengupas tajuk yang sudah semakin meleret-leret ini, ingin saya tekankan semula pembangunan modal insan ini tidak boleh dibangunkan oleh satu pihak sahaja iaitu kerajaan semata-mata. Semua pihak di semua lapisan perlu memainkan peranan dalam membentuk anak muda yang cemerlang, dunia akhirat.

Seperti pepatah orang dulu-dulu,"melentur buluh, biar dari rebung." Sesungguhnya pembangunan modal insan perlu dimulakan dengan pendidikan tidak formal di rumah. Kemudian, anak-anak muda ini sememangnya tak begitu sukakan keskemaan dalam berpakaian, keformalitian dalam berforum. Hari ini, rata-rata program yang dijalankan oleh Sekretariat Rumahku Syurgaku dan JASA penuh dengan keformalitian. Contohnya, menghadiri seminar perlu berpakaian skema, bertali leher dan sebagainya. Oleh yang demikian, perjuangan membentuk modal insan cemerlang tidak berjaya secara menyeluruh kerana wujudnya jurang antara jawatankuasa pengelola dengan peserta. Peserta merasa bosan DIPAKSA duduk dengar ceramah dengan penuh keformalitian.

Adakah remaja mat rempit akan setuju diletakkan di dalam program sebegini? Adakah pendidikan tidak formal lain di rumah diwajibkan makan penuh dengan adat istiadat diraja, kena berpakaian lengkap dengan kemeja bergosok kemas, bersongkok tinggi... Macam cerita Sarjan Hassan lagaknya. Namun, ibuku mengajar tentang kehidupan, aku dengan selambernyer baring, dengan berlenging, dan menganggukkan kepala. Adakah kurang hajar namanya? bagi ibu, lebih selesa aku belajar, lebih cepat pelajaran yang aku dapat.

Biarlah pemuda kita belajar cintakan alif ba ta duniaku ni, dengan penuh keselesaan... agar cepat dan mudah pelajaran ini meresap masuk ke dalam hati-hati kami. Oleh itu, PEKEMBAR Negeri Melaka perlu dan perlu dan perlu mendekati anak muda dan dapat sama-sama lepak di kedai kopi, sembang-sembang sambil kena pau rokok dan air. Ini baru betul perjuangan untuk membentuk modal insan yang cemerlang. Adakah seorang manusia itu dipandang oleh ALLAH dari sudut pakaiannya? Atau dari hartanyakah? atau dari namanyakah? Jawablah sendiri anda yang bijak bistari.

Apa ada dengan BEDUMA (Belia Duyung Melaka)? Hubungan diorang erat sekali, bersama dengan Pemuda UMNO Duyong boleh bersama-sama berjuang? Wahai orang-orang Melaka yang lain, jangan bila dikata BEDUMA, semua orang kutuk kata BEDUMA Mat Rempitlar, orang muda kurang ajar lar, kerana Pengerusi UMNO dan Pemuda UMNO Duyong orang muda. Orang-orang Melaka, jadikanlah teladan, jangan diikutkan semangat jurang bapak dengan anak itu... bersama-sama kita bergerak bapak dengan anak, bukan bapak, bapak sahaja... anak, anak sahaja... Bila anak jadi mat rempit, bila anak jadi mat dadah, tuding kata anak tak kenang budi... Apa ni bapak-bapak? bukannya nak buat program tuk bangkitkan semangat darah muda anak-anak untuk cintakan Alif Ba Ta duniaku... lagi dihentamkan anak ni.... Apa yang bapak-bapak buat? Duduk bersembang di bawah pokok rambutan sambil main dam? Bila mesyuarat JKKK, dari petang sampai malam, tapi takda satu pun perubahan yang bapak-bapak bawakan kepada anak-anak? Sudahlar tak bawa kebaikan pada anak-anak....

Sudahlar bapak=bapak, bangunlah majukan anak-anak ni... Jika bapak merasa sudah tidak mahu berjuang untuk anak-anak... Maka bapak perlulah untuk mencari orang yang sanggup berjuang untuk anak-anak... "Jangan Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan." Ingatlar bapak-bapak ku...

Wednesday, March 12, 2008

Portfolio Bangunkan Pekan Kecil...

Melaka mewujudkan portfolio baru yang lebih mantap bagi merealisasikan pembangunan materialistik negeri. Bagi meningkatkan prestasi Kerajaan Negeri Melaka, perubahan yang drastik perlu dilakukan bagi memajukan pekan-pekan kecil seperti Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Sungai Rambai dan sebagainya. Langkah ini dijangka dapat mengurangkan masalah ekonomi penduduk di kawasan terbabit, seterusnya meningkatkan modal insan dan mengurangkan gejala sosial di sana.

Diharap pembangunan ini relevan dan sejajar dengan Wawasan Negari Maju 2010 dan rakyatnya Mempunyai Pemikiran Kelas Pertama.

Laporan Akhbar: Utusan Malaysia

Tuesday, March 11, 2008

Hapuskan DEB...

Laporan khas pasca BN di Pulau Pinang....

Utusan Malaysia
Malaysia Kini

Tiada apa yang perlu ditangisi...
Kerana semua yang berlaku
adalah kehendak semua warga negeri terbabit....

Andainya mati ayam di kapok....
Hijrahlar ke hutan.... Walaupun hutan penuh cabaran dan kebahayaan
Namun, jangan lar berputus asa...
Wahai anak bangsaku... Tingkatkan semangat dan jatidiri anda...
Bersama kita membangun... Biar mati anak, jangan mati akal...

Legasi Tun Abd. Razak takkan berkubur di sini, karena melayu perlu kekal di dunia...

E-Melaka dan Blogger...

E-Melaka telah dilancarkan pada 2003 oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada masa tersebut. Projek ini juga adalah projek Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan warga negeri celik ICT sepenuhnya.

Setelah 5 tahun, jumlah pengguna yang celik ICT di Melaka sudahpun meningkat. Hasil daripada pemikiran pemimpin-pemimpin negeri, maka diwujudkan pula program E-Dagang, di mana Inkubator K-Ekonomi memainkan peranan sebagai pengantara web antara usahawan bumiputera dengan pembeli. Sehingga kini, program E-Melaka dianggap berjaya dengan peningkatan pengguna komputer di kalangan suri rumah meningkat.

Dalam pendedahan warga negeri kepada dunia tanpa sempadan, pemimpin negeri terlepas pandang suatu perkara yang aaaamat penting dalam menentukan hala tuju negeri atau negara. Perang psikologi pihak lawan melalui blogger tidak ada yang dapat membalikkan (reverse), lantaran kelekaan dan ketidak pekaan pihak pemimpin sendiri. Tiada satu pun blog yang benar-benar menyokong pembangunan Melaka, kebanyakan blog menghentam pembangunan itu (anti-establish).

Warga Melaka yang mendapat pendidikan ICT percuma tersebut bebas untuk melayari blog-blog ini, seterusnya membingungkan mereka. Oleh yang demikian, sokongan rakyat Melaka kepada kerajaan yang memerintah juga berkurangan.

Oleh yang demikian, saya menyarankan agar kerajaan Negeri Melaka yang baru ditubuhkan memandang perkara ini dengan serius. Jangan menghentikan pengetahuan warga negeri, tapi didiklah mereka untuk memahami situasi ini ataupun didiklah jentera-jentera menggunakan blog sebagai suatu medan perang siber. Seperti di Perak, undang-undang raja berperlembagaan mewajibkan Menteri Besar adalah Melayu. Tetapi di Negeri Selat seperti Melak dan Penang, belum tentu Melayu yang akan menjadi Ketua Menteri.... Renung-renungkanlah.

Monday, March 10, 2008

Kota Melaka atau Kota Lama?

Alhamdulillah... Selesai sudah Pilihan Raya Umum ke 12... Diharap peperangan ideologi dan kempen yang dijalankan tidak berlarutan selepas pilihanraya. Apa yang pasti, aktiviti perniagaan dan kehidupan sehari-hari akan kembali tenang jika perang ideologi tidak berterusan. Maka, elakkanlah anda membuat perarakan saperti yang terjadi 39 tahun yang lalu...

Pertandingan satu lawan satu di Kota Melaka yang memang sengit laksana pertarungan antara Tuah dan Jebat di tapak bersejarah itu dalam versi moden dan berbangsa lain. Namun, yang tewas kali ni adalah Tuah, yang goyah apabila kempen parti tidak mendapat sambutan daripada rakyat Kota Melaka khususnya Bangsa Cina. Tetapi, apabila orang-orang Jebat memulakan langkah, berpuluh ribu kaum Cina membanjiri kawasan kempen, bersorak, penuh bersemangat sehingga menambahkan kerja rutin RELA menjaga jalanraya yang sempit di Bandar Hilir....

Kota Laksamana, bukan sekadar tewas, malah majoritinya juga bertambah daripada 3,642 pada 2004 kepada 7,242. Serikandi DAP itu juga semakin popular walaupun tiada kerja yang dilakukan. Dapat diperhatikan, kawasan bandar seperti Kesidang dan Ayer Keroh, majoriti Cina mengundi Pakatan DAP,PKR dan PAS... Lihat laporan Berita Harian INI.

Walaupun Barisan Nasional menang dalam pilihanraya kali ini di Melaka, UMNO Melaka diharap dapat melihat kembali analisis pilihanraya ini yang lebih buruk dari tahun 1999. Jika dilihat majoriti undi di kawasan Ketua Menteri sendiri, majoriti undi sudah berkurangan daripada 5,992 pada tahun 2004 kepada 2,708. Adakah kerana rakyat tidak berpuas hati dengan CM sehinggakan majoriti jatuh teruk. Di DUN lain, perkara yang sama berlaku. Ini bermakna, negeri seperti Melaka bukan lagi tempat untuk Barisan Nasional sentiasa menang. Pembangunan Pengajian Tinggi di Melaka meningkatkan daya berfikir di kalangan pengundi muda Melaka. Oleh yang demikian, bukanlah bermakna rakyat menolak kepimpinan BN apabila semakin ramai yang intelektual, tetapi rakyat melihat penyalahgunaan kuasa, pangkat dan wang ringgit dari sudut yang berbeza menyebabkan rakyat menolak partisan yang memerentah.

Hakikatnya, gejala rasuah, kegiatan tidak bermoral dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa di Negeri Melaka haruskah dihentikan serta merta. Oh, jangan mudah melatah dengan apa yang saya coretkan. Namun, sebagai anak jati Negeri Melaka, saya juga melihat dari sudut yang berbeza. Tindakan Datuk Ali memajukan Melaka adalah tindakan yang tepat dan membuka minda segenap lapisan masyarakat seperti program E-Melaka, E-Dagang, Satu DUN satu Produk dan banyak lagi untuk meningkatkan ekonomi Orang Melayu di Melaka. Namun, saya tujukan posting ini kepada ketua-ketua atau ahli-ahli jawatankuasa UMNO dan JKKK Melaka, tidak kira di bahagian ataupun di cawangan.

Yang paling mudah, Ketua-ketua masyarakat ini perlu berfikiran matang dan terbuka. Kerana, pihak sebelah mengambil peluang dari sikap ambil lewa pemimpin di peringkat kampung. JKKK tidak boleh menerima aduan sahaja, malah JKKK perlu untuk turun ke padang berjumpa dengan orang kampung, memberikan bantuan kepada yang hak, bukan yang kenal. Jika JKKK masih tidak sedar lagi kepentingan ini, maka mungkin kita akan dapat Majlis Syura Rakyat (MSR) di Melaka 5 tahun akan datang.

Ayuh bangunlah semua Ahli UMNO Negeri, kekalahan ini bukanlah kerana pengundi muda semata-mata. Cerminlah diri sendiri, betulkan semula perjuangan UMNO yang sebenar. Kerana berbuih sudah mulut Datuk Ali bercakap, tapi kenapa semua warga UMNO Melaka tidak paham-paham... memang tak paham.