Sunday, June 29, 2008

Hadiah Harijadiku...

Tanggal 28 Jun, rupa-rupanya ulangtahun kelahiranku. Aku menyedari setelah datang mesej begini,"Zam, Hepi besday. Dah bertambah tuo dah ko eks?"

28 Jun 2008, aku singgah ke dataran Pahlawan, Megamall yang terbesar di Selatan Tanah Air. Tiba-tiba aku disapa oleh empat beranak berjilbab hitam, siap tutup purdah hitam lagi. Dia tanya,"Adik, kat mana Dataran Pahlawan?" Aku rasa nak gelak pun ada, sebab tempat yang kami pijak tu semuanya Dataran Pahlawan. Rupa-rupanya mereka antara beratus-ratus demonstan yang datang dari jauh semata-mata nak buat kecoh kat depan pintu masuk utama Dataran Pahlawan Megamall.


Demonstasi yang diadakan bermula pada 3.00 ptg sehingga 4.00 ptg... Aku pun sebenarnya bohsan dengan kerenah orang yang buat demo ni, macam tak boleh berfikir kesan daripada demo yang dilakukan...

Ketika ini, pegawai polis berikan kebebasan kepada mereka untuk tidak mengutuk polis dan tidak memaki hamun sesetengah pihak. Nampaknya, sudah terlalu bebas bagi mereka di bumi Malaysia ini.

Pun begitu, apa agaknya yang difikirkan oleh pelancong-pelancong yang nak naik bas persiaran ini agaknya...
Pelancong Minah Saleh ni plak, apa agaknya yang difikirkan??

Anak-anak muda ni plak? Apa agaknya pandangan diorang??

Pekerja kedai makanan Cina ni plak apa agaknya yang difikirkan?? Agaknya dorang fikir,"susahnya aku nak cari makan ini hari..."


Apa pula fikiran Penarik Be-cha ni.... Risau keselamatan orang yang menyewa khidmatnya...

banyak lagi gambar-gambar yang aku ambil... Tapi, aku tak gemar untuk melihat perkara-perkara yang menjejaskan kestabilan macam ni....

Melihat kepada keikhlasan, daripada penat berdemonstasi, baik berkempen elak zina ker... kempen berpakaian sopan ker... haha, sebab ak tgk tempat game ngan karaoke jamban pun penuh dengan budak-budak muda yang berpakaian tahapahapatah... n selamber jer kepit sana sini... K, adios... (tokleh ambil gambar, nanti guard halau plak aku...)

Inikah hadiah hari jadi aku?? Isk! Isk!

Friday, June 27, 2008

Bebaskan Akal daripada Kejumudan

Bicara soal akal, yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian di muka bumi. Dengan akal, maka wujudlah suatu institusi keilmuan di kalangan umat manusia keseluruhannya. Kerana akal itu diciptakanNYA untuk menyuruh manusia itu berfikir. Namun, sejauh mana manusia itu mampu berfikir, ianya pula dibataskan oleh ALLAH atas batasan-batasan tertentu. Lantaran ilmu yang manusia perolehi dengan menggunakan akal yang waras adalah cuma sekelumit atau setitis sahaja daripada lautan ilmu ALLAH Yang Maha Luas. Justeru itu, al-quran dan hadis diperlukan oleh ummat islam ahli sunnah wal jamaah sebagai rujukan bagi memastikan hidup sentiasa harmoni dan bahagia dalam menjalankan perintah sebagai hamba Allah dan juga Khalifah di muka bumi ALLAH ini.

Namun begitu, ramai orang tidak mahu berfikir sedalam-dalamnya dengan anugerah akal yang diberikan oleh ALLAH. Tidak ramai pula yang mahu mengeluarkan pemikiran dan pandangan melepasi kotak kecil yang diciptakan oleh mereka sendiri, walhal perkara itu masih boleh diperbetulkan dan dibincangkan dengan beberapa akal lain yang diciptakan oleh ALLAH. Kepelbagaian pemikiran ini penting bagi mendapatkan keputusan yang paling ideal. Disebabkan itu, Nabi junjungan kita mengesyorkan agar diadakan muzakarah atau perbincangan atas masalah atau isu yang timbul. Contohnya, peperangan Khandak atau parit dicadangkan oleh Salman Al-farisi dari Farsi, akhirnya muslimin memenangi perang tersebut dan orang kafir yang menyerang berundur kelaparan. Jadi, kotak kecil pemikira atau berfikir secara sempit perlu dijauhi dan untuk melepaskan diri daripada berfikir secara sempit, maka perbincangan perlu diadakan.

Antara percaya atau tidak, pemikiran kolot atau jumud ini masih lagi menjadi igauan ummat islam masa kini. Kita perlu lari daripada pemikiran sempit dan kolot supaya kemajuan dapat dicapai dengan penuh lestari. Laksana kebangkitan Meiji di Jepun, rakyat Jepun yang berfahaman Zen menentang pembangunan industri yang dibawa kerana takut agama nenek moyang mereka akan terjejas dan kehidupan mereka akan bertambah susah dengan kenaikan harga barang dan risaukan kekurangan makanan. Walaupun hasrat menakluk Asia gagal semasa perang dunia kedua, Jepun masih boleh bangkit semula dengan kewujudan pemikir-pemikir muda yang memperkembangkan ekonomi mereka dan tidak lagi berpegang kepada ajaran Zen 100%. Hari ini, masyarakat Jepun sudah senang lenang dengan kuasa beli yang tinggi dengan kesungguhan mereka untuk menjadi maju.

Lihat pula kesungguhan rakyat Korea Selatan yang muncul sebagai Negara Maju selepas terbabit dalam siri Perang saudara yang panjang dan jajahan daripada negara serantau seperti China, Jepun dan Russia (Soviet). Ini kerana mereka membuka skop pemikiran mereka daripada selalu mengalah kepada berdikari. Pemikiran positif perlu ada untuk bersaing dalam perebutan ekonomi dan mewujudkan kuasa beli yang besar bagi diri sendiri dan keluarga.

Melihat kepada perbentangan bajet RMK-9 fasa II, tidak mustahil pendapatan seisi rumah kita akan meningkat daripada RM 2000 kepada RM 5000 sebulan. Jika suami isteri bekerja, pendapatan RM 7000 - RM 10000 boleh dicapai sebulan. Dengan ini, kewujudan kuasa beli pariti akan meningkat seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan tidak lagi memakan dan memakai barangan murah, tidak berkualiti, beracun dan sebagainya. Peristiwa ini akan menjadikan rakyat Malaysia semakin sihat, dan dapat berfikir dengan rasional dan berdaya saing.

Rakyat Malaysia perlu berbangga dan berusaha sekuat-kuatnya, bukan hanya mengeluh dan mengalah. Kerana, islam sendiri menggalakkan ummatnya berusaha seperti akan hidup seribu tahun lagi, beribadat seperti akan mati pada keesokan hari. Jangan jadikan kekhuatiran (ketakutan) punca kegagalan kita, tetapi beranilah mengambil risiko untuk berjaya. Dalam mengharungi kejayaan, dugaan dan pengorbanan perlu dilakukan. Atas dasar ini, kerajaan yang memerintah sekarang sanggup mengorbankan kepimpinan popular walaupun sedar ramai opportunis akan memainkan agenda mereka untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Namun, sedar atau tidak, langkah-langkah yang diambil boleh mempercepatkan proses transformasi kemajuan kepada Malaysia.

Cuba kita renungkan dan fikirkan bersama-sama. Apabila berjumpa dengan seorang pengemis yang sempurna tulang empat keratnya, kerana mahu melihat dia boleh teruskan hidup, kita mahu memberikan sedekah setiap hari untuk makanannya atau mencarikan dia kerja supaya dia boleh mendapat duit poket bulanan? Yang mana satu pilihan anda??

Apakah hak kita sebagai rakyat? Mendapat subsidi atau mendapat gaji yang tinggi?? Singkap kembali lipatan sejarah di mana tiada lagi orang islam yang layak menerima zakat (diberitakan sehingga ke Habsyah atau Etopia yang sekarang menderita kebuluran) semasa pemerintahan Saidina Umar Ibn Aziz. Bukankah kuasa beli pariti wujud dengan taraf hidup dan pendapatan semua orang yang tinggi??

Bagaimana Singapura dapat meningkatkan pendapatan seisi rumahnya? Dengan kewujudan gaji yang tinggi yang mampu diberi oleh majikan. Begitu jualah dengan pertumbuhan Negara maju yang lain.

Apakah pula tanggungjawab kita sebagai rakyat dalam membangunkan negara ini?? Cukai pendapatan Malaysia yang paling rendah?? Zakat pun ramai mengelak?? Apatah lagi Sedekah dan Amal jariah??

Adakah kita tidak mahu meneruskan sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh nenek moyang kita dahulu sehinggakan Tanah ini bebas dari penjajah?? Apakah sifat Sabar yang menunjukkan bangsa kita kuat sudah berkubur dengan demonsrasi jalanan?? Apakah sifat syukur dan Redha sudah susut dan lenyap dari pegangan?? Mengapa tiada lagi tawadhu' dan rendah diri dalam jiwa-jiwa kita?? Lantaran akal yang semakin rosak??

Kembali kepada skop akal, bebaskan akal kita dari kejumudan, sepertimana Jepun boleh menyisihkan fahaman Zen, Korea boleh sisihkan sifat terlalu rendah diri, Eropah boleh bangkit dari Era kegelapan. Kita pula, mungkin boleh bangkit dengan praktikkan amalan-amalan mahmudah dan berfikiran jauh ke hadapan, bukan semata-mata berfikir untuk masa sekarang dan bersifat mazmumah...

Sekian, tutup perbincangan, sila beri pandangan agar kuasa akal kita dapat dibelaukan ketahap maksimum. Amin...

Sunday, June 22, 2008

Petroleum atau Kerosene?

Ketika seronok menikmati air teh di warung, seorang yang berumur sedikit tiba-tiba berkata,"diorang ni memang tak global betul. sepatutnya sama-samalar bantu-membantu meningkatkan ekonomi dan mengurangkan inflasi, bukan menghentam satu pihak jek."

Saya tertarik dan terlepas tanya,"Pasal ape plak pakcik cakap camtu? Dah kerajaan naikkan harga minyak tinggi sangat. Kitakan negara pengeluar minyak?"

Pakcik tu nampak berang sket, kemudian tersenyum seraya berkata,"Ko anak muda kenalah pandai tengok situasi. Abeh tu, yang rusuhan kat India, Indonesia, kat Eropah tu... salah Pak Lah jugak lar? Salahkan rakyat Cina lar yang mintak petrol lebih-lebih dari pengeluarannyer," aku melongo dengar celoteh pakcik tu... Dan, bila fikir rasionalnya... memang ada rasionalnya kata-kata beliau.

Contohnya, Malaysia mempunyai simpanan terhad dan petroleum mentahnya bermutu tinggi disebabkan tekanan tinggi di kawasan Pentas Sunda yang cetek. Sebab itu Malaysia dan Indonesia menghasilkan lebih banyak kerosene berbanding petrol kerana pecahan petroleum ini lebih tulen dengan pembentukan petroleum bertekanan tinggi. Bila kawasan bertekanan tinggi (high compress), minyak yang ada juga sedikit. Begitu juga halnya dengan Pekan Baru dan beberapa telaga di Jajahan Riau dan Acheh, Indonesia sehingga mereka juga terkeluar daripada kumpulan negara OPEC.

Jika Malaysia benar-benar negara pengeluar minyak, seharusnya kita diterima menganggotai OPEC... tetapi mengapa tidak??

Fikir sedalam-dalamnya... Adakah kita mahu mengulangi kegagalan Indonesia selepas menurunkan harga barang dan mengurangkan inflasi dengan meminjam Ahlong IMF?? Akhirnya, hasil negara tahunan terpaksa digunakan untuk membayar AhLong IMF dan negara Indonesia beberapa kali hampir diisytiharkan muflis?? FIkirlah sendiri...

Friday, June 20, 2008

Pelaburan Bijak, Peluang Pekerjaan atau Peluang Perniagaan??

Pembangunan Negeri Melaka semakin hampir pasti dengan pelaburan dalam pelbagai sektor yang pasti dapat memberikan kemudahan kepada warga negeri dan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan.

Dengan motor burukku, perjalanan ke tempat kerja sehari-hari tidak lagi bosan dengan pemandangan yang biasa. Kini, aku bebas memilih jalan yang nak dilalui untuk melohat persekitaran baharu. Pun begitu, masih terdapat golongan anti-establish yang memainkan peranan menghasut pelbagai pihak untuk membenci Kerajaan Negeri ni.

Permulaannya, Kerajaan Negeri menerima RM 6 billion pelaburan untuk merealisasikan impian negeri maju 2010. Mari kita baca komen orang nombor satu Negeri ini....

Kemudian, termeterailah perjanjian persefahaman antara Melaka Biotech, Biotechcorp dan Actis Biologics untuk mewujudkan Bio-Melaka City, yang bernilai lebih dari RM 1.5 billion. Laporan, Utusan Malaysia.

Terasa bangga dengan kewujudan banyak pembangunan pekan-pekan kecil untuk diubahsuai menjadi bandar-bandar kecil dan hampir pasti merealisasikan wawasan negeri maju 2010, pun begitu, ada sesetengah pihak yang masih mahu menimbulkan huru-hara di negeri kecil ini...

Erm... agak-agaknya, apa yang dipinta selain daripada turunkan harga minyak? Saya fikir mereka ingin memperlihatkan kepada pelabur-pelabur asing dan pelancong-pelancong yang Negeri ini pun tak stabil jugak... so, janganlah melabur dan jangan melawat Melaka... Mungkinlah kut??

Tuesday, June 17, 2008

Kiamat Hampir Tiba (sumber dari Majalah Cahaya Feb 2006)

KIAMAT HAMPIR TIBA?
Oleh: Haslinda bin Lukman

Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”

Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)

Remaja semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.

Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:

Penaklukan Baitulmaqdis

Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

Komen aku: Dah termaktub dah penaklukan BaitulMuqaddis oleh Salahuddin Al-Ayubbi dan menjadi pusat pemerintahannya ketika perang saslib tercetus.

Zina Berleluasa

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)

Komen aku: Manusia mutakhir ini tidak lagi kenal erti malu, berzina di pantai, di kawasan riadah, di atas pentas masa konsert pun ada... isk!2...

Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)

Komen aku: Dah terlalu banyak dah penyanyi2 wanita... hiburan sana sini... dan dah berlaku dah tanah runtuh, rusuhan (reformasi) dan perubahan pada muka bumi (tsunami, gempa dsb)

Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)

Komen aku: Wujud dah masjid2 yang mewah2 dari zaman abbassiyah lagi, yang lebih banyak tiang dari jemaah untuk bermegah2...

Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)

Komen aku: ko kesah dengan jiran ko? Ko peduli ke dengan tetangga ko?

Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)

Komen aku: Semakin sedikit pejuang-pejuang agama, yang tinggal banyak boneka dari yang amanah...

Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)

Komen aku: Erm... malas nak komen apeape

Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)

Komen aku: Ko pernah ke bagi salam kat sesapa yang seagama dengan ko??

Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”

Komen aku: Gadis bertudung pun nampak macam telanjang...

Bulan Sabit Kelihatan Besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)

Komen aku: tak teliti dari kecik dulu... tapi maknanya bulan dah makin dekat dengan bumi lar yer??

Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)

Komen aku: Berita kerajaan langit, nabi-nabi palsu, tak kurang jugak boneka2 yahudi...

Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)

Komen aku: Tengoklah sendiri, lebey mementingkan ideologi politik daripada agama, bangsa dan tanahair.

Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)

Komen aku: Dah terbukti dengan pembukaan ladang anggur di Tanah arab dan pembukaan ladang di gurun Sudan...

Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.

Melaka... Bertuahkah Negeri Ini??

Melaka baharu sahaja mendapat pelaburan bernilai 7 billion ringgit untuk memastikan kemajuan negeri ini dapat mencapai objektifnya. Menurut Ketua Menteri Melaka, pelaburan ini dalam sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi rakyat Negeri Melaka khususnya dalam sektor perlancongan, kraftangan, makanan, cenderahati, peruncitan dan sebagainya dengan kuasa beli pelancong yang hadir untuk merasai sendiri keistimewaan Menara Tinjau Taming Sari, Cruisse Sungai Melaka dan yang terbaharu Eyes On Malaysia. - Sumber Berita TV3.

Selain itu, Melaka wajar menjadi salah sebuah daripada Bandar Warisan Dunia. Datuk Bandar Konya Turki, Tahir Aryurek berkata, kehebatan artifaks-artifaks serta bangunan bersejarah yang sedia ada di negeri itu perlu dikekalkan pemuliharaannya sampai bila-bila.

``Melaka sentiasa menerima kunjungan pelancong daripada seluruh dunia, artifaks dan bangunan bersejarah di negeri itu perlu dikekalkan pemuliharaannya,'' katanya pada Persidangan Bandaraya Bersejarah Sedunia (PBBS) di Bandaraya Metropolitan, Konya, di sini. Persidangan itu berlangsung dari 10 hingga 14 Jun lalu. Melaka diwakili oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Yusof Jantan, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) MBMB, Azahar Mohamed dan Ahli MBMB, Azmi Islam. Sumber : Melaka Hari Ini.

Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima perkhidmatan Wifi Jalur Lebar dalam meningkatkan penggunaan ICT rakyat secara percuma.


Namun begitu,

Beberapa Isu yang bermotifkan politik masih lagi menjadi tanda tanya. Beberapa janji-janji Yang Berhormat DUN perlu dikotakan seperti menurap semua jalan-jalan dan memastikan kebajikan penduduk terjamin, sejajar dengan motto selamat, aman dan makmur.

Anak-anak muda Melaka lebih ramai yang tertumpu kepada Kerja Kilang daripada bercucuk tanam.

Melaka ingin membangunkan lebih banyak bendang padi yang terbiar kerana anak petani yang telah tua tidak mewarisi pekerjaan orang tua mereka.

Isu pencemaran di pusat perlancongan seperti kualiti air Sg Melaka perlu dititikberatkan. Ini bagi memastikan pelancong terus memilih Melaka sebagai destinasi terbaik mereka, seterusnya memperkenalkan Melaka kepada rakan-rakan mereka.

Akhir kata,

bagi memastikan pembangunan mapan Negeri Melaka, wajarlah hendaknya semua pihak memainkan peranan untuk memajukan pelbagai sektor di Melaka. DI peringkat Akar Umbi, teruskanlah bersatu hati untuk memimpin dan dipimpin supaya kita dapat bersatu untuk menuju kepada Yang Satu.

Teruskanlah kecemerlangan demi Agama, Bangsa dan Tanah air tercinta ini...

Tuesday, June 10, 2008

kenangan....

Kenangan itu mengusik-usik
Kala hati risau sasau
Fikiran semakin keliru
pandangan menjadi kelabu
Ibarat kabut berpusu-pusu memenuhi gelapnya hati...

Kenangan ini kembali...
Bermain-main di segenap ruang benak ini
Bermain-main dengan perasaan yang gundah
Di mana kenangan itu
Baruku sadari
Duniaku bukanlah gelkap gulita

Tika hadir mustika itu tidakku sadari
Rupa-rupanya bukan ilusi mahupun fantasi
Mustika itu benar-benar hadir
Di segenap ruang hidupku...

Kini aku mula mengerti
Sahabat itu adalah mustika hati...
Mengapa tidak kusadari dulu?

Adakah terlambat bagiku untuk menyesalinya?
Dan semakin ramai rakan yang ku lupakan...