Sunday, December 27, 2009

Lalai

Lalainya manusia kerana tiga perkara... Lalainya ia sehingga merosakkan sebuah negara, malah boleh menyebabkan kita diselubungi sikap hubbu dunia (cintaka dunia)...

Tiga perkara yang melalaikan manusia ialah: Harta, Takhta dan Wanita.

Terbaharu, seorang pemimpin pemuda UMNO mahu keluar dari UMNO dan masuk PKR kerana merajuk. Dia merajuk bilamana tidak diberikan pingat (takhta) dan projek (harta)...

Seharusnya, dia bertekad untuk berjuang membangunkan agenda perjuangan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Tanahair, tetapi dia dihasut dengan hasutan cintakan dunia oleh pihak-pihak lawan...

Dengar lagi angin bertiup kencang menyatakan dia akan mendapat habuan yang besar jika masuk PKR, apatah lagi beliau sebagai pemimpin pemuda, sudah semestinya dia akan dapat menarik pengikut2 nya sekali.... apa yang akan berlaku apabila pemimpin di peringkat kawasan keluar dari UMNO??

Apa yang sya boleh lihat dari permainan politik dia ini, dia lebih pentingkan pangkat dan harta berbanding keperluan agama, bangsa dan negara. Apabila keinginan diri tidak dipenuhi, dia mulalah hilang pedoman sehingga sanggup menggadaikan maruah untuk memenuhi cita-cita poketnya.

Cuba kita bayangkan... rumah yang kita bina bersama-sama dengan bergotong-royong, sehngga cantik semua bahagian rumah itu... tiba-tiba salah seorang dari kita nyalakan api dan membakar rumah itu. Adakah dia sahaja yang sengsara kehilangan rumah ataupun kita bersama?? Renungkanlah...

Sebelum menjadi pejuang, perlu diingatkan bahawasanya kita perlu berkorban dan mempertaruhkan harta dan nyawa untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair kita dari serangan demi serangan yang berusaha untuk melemahkan kita, setrusnya menjajah kita kembali.

Kalau jadi pemimpin hanya untuk mengejar kekayaan untuk diri sendiri, lupakanlah... Biarlah jadi peniaga yang berjaya dan tinggalkanlah karier politik anda. "Jangan kerana leka laga ayam, negeri tergadai"

1 comment:

Anonymous said...

boh direct jer..tak payah kias-kias...sebut aje nama si anu tu...hehehe