Monday, March 30, 2009

Fitnah... Propaganda paling berbahaya...

Kerana fitnah, Ali Karramallahuwajha disalahkan dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan berlakunya pemberontakan semasa pemerintahan Ali sehingga berlakunya perang Jamal antara dua orang kekasih rasulullah, Ali Karramallahuwajha dan Aisyah Humairah (disokong oleh Talhah dan Zubair r.a.)... Walaupun Ali menang, tetapi, perang ini membawa kepada banyak perselisihan dan perpecahan ummat islam pada masa itu...

Rentetan peristiwa tersebut, wujud pula bani Umaiyah yang menyokong Muawiyah bin Abi Sufian. Akhirnya berlaku perang Siffin antara tentera Khalifah dan Tentera Muawiyah (Gabenor Syria)... Dalam perang Siffin, dimenangi oleh tentera Ali... Akhirnya gencatan senjata dicapai melalui Majlis Tahkim. Ianya dipersetujui oleh semua orang... Tetapi, Wujud pula puak pelampau dari golongan Khawarij pimpinan Abdullah bin Saba' yang menyerang kem Ali dan Muawiyah serentak di waktu malam... Akhirnya persengketaan tercetus kembali...

Dari peristiwa Fitnah Al-Kubra (Fitnah pembunuhan Uthman), berlakulah pergolakan dan perpecahan umat islam kepada tiga golongan iaitu Syiah (Pelampau yang sokong Ali), SUnni (Penyokong Muawiyah) dan Khawarij (Mu'tazilah)... Pepecahan ini disebabkan oleh pepecahan politik, bukan pepecahan teologi (pendapat Harun Nasution).

Pepecahan ini merugikan pihak Khalifah. Akhirnya, 20 Ramadan 660 M, ALi dibunuh oleh puak Khawarij... Anaknya Hasan memangku tugas... Kurang 40 hari selepas itu beliau diracun oleh isterinya sendiri...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rentetan daripada peristiwa yang berlaku pada zaman Khalifah Ali Karramallahuwajha, kita seharusnya sedar akan kekejaman pemfitnah... AKhirnya, bahtera yang kita naiki ini tenggelam ke dasar lautan...

Peristiwa fitnah ini berlaku lagi... Sila lihat laporan ini... Nazmi difitnah.

Sunday, March 29, 2009

Bila...

Bila jasadmu semakin kaku
Bila rohmu sudah di halkum
Bila Izrail mencengkam rohmu...
Kala itu, taubatmu... Sudah tiada gunanya lagi...

zamspotte
8 Julai 2008

Sunday, March 22, 2009

Belajarlah daripada Sejarah Pembukaan Madinah Al-Munawwarah!!!

Salam....

Agak lama saya tidak menulis, apatah lagi isu berkaitan dengan politik semasa. Namun, melihat kepada situasi politik sekarang, saya merasakan agak gusar untuk menulis apatah lagi mengupas isu politik. Biasanya, kalau sokong orang dokong, kalau bantah orang keji, terutamanya yang memfanatikkan diri dengan parti berunsur sosialis.

Namun, saya tidak nampak di mana untungnya kita sebagai bangsa utama dan identiti tanahair ini dengan situasi politik hari ini yang dilihat sebagai lebih menjauhi sistem politik islam, walaupun mereka berkata mereka menyokong politik islam.

Belajarlah daripada Sejarah Nabi Muhammad s.a.w. membuka kota Madinah Al-Munawwarah. Nabi berhijrah ke madinah dan terus membina masjid Quba dengan kudrat baginda sendiri. Simboliknya masjid ini adalah sebagai tempat ibadat dan pusat penyatuan umat islam, ingat! pusat penyatuan umat islam dan aktiviti-aktiviti pentadbiran yang lain.

Kemudian, baginda menyatukan bangsa arab yang berkabilah-kabilah menjadi satu identiti iaitu bangsa arab islam. Tiada lagi Auz, tiada lagi Khajraj, tiada lagi bani-bani lain. Yang ada hanyalah satu entiti iaitu bangsa arab islam. Di sini jelaslah pentingnya penyatuan bangsa dalam membentuk sebuah kota bercahaya iaitu menerima akidah islam dengan mudah.

Kemudian, barulah tertebuhnya Piagam Madinah yang berkehendakkan kepada keadilan dalam pentadbiran di Madinah. Pada masa itu, ekonomi madinah dikuasai dan dimonopoli oleh orang yahudi yang berorientasikan riba. Kaedah meniaga mereka memang menekan dan menjadikan orang arab kurang kekayaan berbanding yahudi. tanah madinah yang subur juga mempunyai pelbagai hasil tanaman yang pelbagai, diusahakan oleh orang arab tetapi yang kaya tetap yahudi melalui sistem orang tengah.

Piagam madinah lebih kepada mengharamkan riba dan membentuk sistem perdagangan al-mudarabah. sistem ini jelas menyeimbangkan ekonomi orang islam dan yahudi. Diwujudkan pula pasar untuk orang islam berniaga. Ini jelas lebih menguntungkan orang islam. Akhirnya, orang islam dapat menyaingi kekuatan ekonomi orang yahudi.

Persoalannya, adakah sistem yang memihak kepada bumiputera dalam tanah orang melayu ini bersifat perkauman atau apartheid?? Salahkah kita menjaga kepentingan bangsa melayu islam untuk survival bangsa melayu itu sendiri?? Tepuk dada, tanyalah iman...