Wednesday, May 28, 2008

Luhur - Kamikaze

(Lagu ini buat pejuang-pejuang agama, bangsa dan tanahair yang telah pergi di dalam perjuangan mereka... Seoga roh mereka sentiasa hidup bersama dengan para syuhada')

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

( korus )
Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

( ulang korus )

Menjadi satu kenangan yang abadi

Tuesday, May 20, 2008

Bencana Alam berlaku di Myanmar, China dan Utara Sumatera... Malaysia Pula dilanda polemik politik!!!

Sekalung takziah diutuskan kepada semua mangsa-mangsa bencana alam... mungkin ada hikmah di sebalik semua yang diperturunkanNYA kepada kita semua... Yang pergi, sama-sama kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat seadanya... Yang masih di sini, hidup perlulah diteruskan...

Semalam, keputusan Tun Dr. Mahathir benar-benar mengejutkan seperti halilintar membelah bumi kita ini... Ramai yang antara percaya atau tidak terpaksa terima hakikat ini...

Perjuangan Tun masih belum selesai rupanya... walau dengan jerih perih menyelamatkan UMNO pada 1988 dan menjadi ahli yang bernombor 001 dalam UMNO... tapi beliau keluar parti untuk meneruskan perjuangan...

Berikutan dengan itu, inilah ulasan serba sedikit berkenaan dengan hasrat beliau itu... Klik sini untuk laporan lanjut...

Monday, May 12, 2008

Bersatu... Bersatu... Bersatu...

Syabas kepada pemimpin muda ini yang tidak jemu-jemu berhasrat untuk menyatukan bangsa melayu supaya menjadi bangsa yang kuat.

Selepas berjaya untuk berjumpa dan menyelesaikan isu blogger-blogger, anak muda ini sekali lagi menuju kepada bersatunya bangsa untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Walaupun Gagasan Permuafakatan Melayu ini belum diwujudkan secara rasmi, namun pemikiran tiga anak muda dari tiga parti melayu berbeza mampu untuk merubah kembali sejarah untuk memperkukuhkan kembali kedudukan ketuanan melayu dan keunggulan agama islam di Malaysia, Insya ALLAH...

Laporannya boleh dilihat di sini... Utusan Malaysia

Sunday, May 11, 2008

E-Melaka VS E-Blogger II

Dalam sedar ataupun tidak, negara telahpun dilanda suatu gelombang baru iaitu gelombang blogger... Sementelah dengan penglibatan blog Yang Berhormat-yang berhormat dari Melaka atas inisiatif dan komitmen yang diberikan daripada Jabatan Ketua Menteri sendiri... maka lahirlah blog-blog pemimpin di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Sila rujuk http://barisanmelaka.blogspot.com/ sebagai direktori blog pemimpin-pemimpin DUN Melaka...