Sunday, September 14, 2008

Perlukah Ia Dijadikan Budaya??

Demontrasi.... Sana sini... Semakin lantang disuarakan...
Perlukah ia menjadi budaya baru dalam masyarakat kita??
Di manakah kelembutan dan ketoleransian masyarakat majmuk ini??

Semalam berlalu dengan ugutan
hari ini dijadikan pula batu loncatan...
esok lusa, mungkin dijadikan alasan...

Apakah ketoleransian ini semakin pudar?
Lantaran kepentingan sesuatu puak
yang semakin berpuak-puak...
Tiada langsung erti berdamai
Tidak pula mahu bersatu padu....

Adakah Al-quran dan Hadis digunapakai sebahagian sahaja??
Lantaran ahli-ahli agama yang semakin berani bersuara demi kepentingan peribadi semata...
Tidak pula mereka takut akan azab Allah ke atas golongan mereka yang mengetahui....
Tetapi tidak mahu menyampaikan kebenaran??

Cita-cita pula menghalalkan cara...
Walau cara itu bertentangan dengan jalan yang satu...
Walaupun cara itu berakhir dengan seribu penderitaan....

Perlukah ia dijadikan budaya?? Adakah perbalahan kaum ini semakin meruncing??
Apakah parti A atau parti B itu penentu kejayaan sesuatu kaum?
Lantaran kebiadapan kaum itu melampaui batasan kemanusiaan....
Lantaran ideologi politik semakin digunapakai berbanding fahaman agama tauhid yang satu ini...
Perlukah budaya ini diterap ke dalam jiwa???

Zamspotte
9.54 pm
14 September 2008
-------------------------------------------------------------------------------------------------

puisi ini ditujukan buat mereka yang menghalalkan apa jua cara bagi mencapai cita-cita. Demontrasi, bukanlah buday kita. Ada ulama' yang berkata sembahyang jemaah itu adalah bentuk demontrasi.... Namun, adakah kita bersembahyang jemaah itu untuk protes kepada tuhan yang kita sembah?? Nauzubillahi min zalik...

*Tolong, tenteramkan hati aku yang makin gelisah ni...

6 comments:

Anonymous said...

Nak tenteram kan?? Klik sini.

Skullsplitter said...

Demonstrasi ni satu protes yang dianggap mampu berkesan dinegara kita. Mungkin. Tapi difikirkan semula, lebih byk buruknya dari baiknya. Mungkin ianya dah menjadi tradisi dari dulu. Tapi semakin hari demonstrasi itu dan berubah dari untuk keamanan menjadi pertegangan leher, pergaduhan etc. Ini pembawakan yang salah.

**Yup zam. Link Nurin bagi tu mmg salah satu cara untuk tenteramkan hati yang lara. Mmg berkesan. Cubalah. Kalau ada dirumah tu. bukak-bukak la dan baca.

skullsplitter

Danielle_Corleone said...

:-) Budaya perlu ada tanggungjawab.

Nizam Gtz said...

love-n-hate:

Thanks... memang komfem tenang...

skullsplitter:
berlakunya evolusi dalam demonstrasi?? hoho.. bukankah demonstrasi dari awal 70an dulu dah terbukti memang ganas??

danielle_corleone:
btul tu... perlu ada pertanggungjawaban...

Miss Zahidah Zakaria said...

budaya jiwa bangsa

salam ramadhan =)

Anonymous said...

Budaya tidak mencetuskan haru-biru. Ini bukan tindakan orang berbudaya. Setuju dengan pandangan bahawa budaya perlu disertai tanggungjawab dan amanah.