Wednesday, November 12, 2008

Ke Mana Destinasi CUti Sekolah ni??

Cuti Sekolah tiba lagi.. Kebiasaannya, cuti sekolah di isi dengan pelbagai program yang menarik... Khas untuk anak-anak terchenta... Chewah! org bujang pun nak cerita pasal anak-anak ker??

Cuti kali ni, saya nak ajak semua rakan-rakan bercuti ke Melaka. Insya allah, saya boleh jadi tourist guide... haha..

Antara yang menarik di Melaka:

1) Eye On Malaysia, roda ferris mudah alih yang terbesar di dunia... bertempat di Muara Sungai Melaka. Dengar laporan akhbar menyatakan setiap hari 3,000 orang datang mengunjunginya.

2) Menara Taming Sari, menara tinjau yang mempunyai ketinggian 110 m, berdekatan dengan kota A Famosa. Dengan tempat tinjau yang berputar dari bawah, kita boleh melihat semua kawasan bandar Melaka.

3) Pameran Sejarah dan Misteri Pulau Besar yang diadakan di Rumah Bastion (Muzium Rakyat), 1/11/2008 hingga 1/1/2009. Pameran ini dapat menyingkap salah faham masyarakat yang selalu berkunjung ke Pulau Besar untuk membuat perkara yang khurafat, dan berharap dapat menerangkan perkara-perkara yang baik dan nilai sejarah keagungan islam di nusantara kepada masyarakat...

4) Dataran Pahlawan Megamall, Megamall terbesar di Selatan tanah air... Ahad ini ada konsert indipendent label artist... haha...

5) Yang lain, kalau nak melawat tempat-tempat sejarah pun boleh sekali... boleh tengok masjid-masjid lama, kawasan kota lama, kesan-kesan penjajah, pertembungan budaya dan genetik dan sebagainya...

Jadi, kalau nak berkunjung bolehlah contact2 saya... insya allah boleh saja jadi tourist guide free, tapi support makan lar... K?? haha...

4 comments:

Danielle_Corleone said...

hmm. pegi kedai buku ok?

Anonymous said...

Saya nak ke mana ekkk...errmmmm... Bungee Jump!!!

Nizam Gtz said...

Danielle,

Ok sajer.... mana-mana pun boley...

Zara,
Waaaaa!! Takutnyer!!! tingginyer!!!

Anonymous said...

eustadz..
eden ni bdak mgss ni..{hehe.. cam kenal jer..}
hmm... cam best er mlaqe ni.. x sangker plak..