Friday, April 4, 2008

Antara Dua Cinta... (Dedikasi untuk ANAK MUDA)

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

2 comments:

U-HAH said...

Salam,

ini lagu lama masa zaman dakwah ala arqam sedang berkumandang, zaman itu sudah berlalu dan kini zaman dakwah penuh cabaran...mampukah kita?

T/Kasih atas pandangan saudara menerusi blog saya, persimpangan politik kian merumit, percekcokan masih belum reda, bilakah mereka yang menang akan melunaskan janji manifestonya? Inilah yang patut diutamakan bukan?

zamspotte said...

Asas dakwah perlulah kukuh sebelum dapat mempraktikkan dakwah (menyampaikan)... Pabila asas sudah kukuh... Letaklah Iblis Laknatullah dan Dajjal Sekalipun... Tidak akan dapat menggugat pegangan dakwah itu...