Tuesday, August 19, 2008

Ku harapkan...

Kuharapkan... masa selalu menyebelahiku dalam memenuhi tugasku,
Kuharapkan... masa itu selalu mencukupi bagiku
kuharapkan... masa itu memberikan kesempatan bagiku mengejarnya
kuharapkan... masa yang berharga itu dapat aku penuhi dengan penuh cita dan cinta...

Namun, masihkah ada masa bagiku yang senantiasa termanggu-manggu?
Perlukah masa itu menunggu lamunanku sehingga terhenti sendiri?
Atau, butuhkah masa itu memberikan aku peluang mengejarinya
Sedangkan aku, masih lagi dengan angan-angan kosong tiada bernoktah....

Masa, aku harapkan agar dikau dapat ku isi
dengan segala kemahuan serta tuntutan
Amanah dan tanggungjawab yang amat berat untukku pikul
Kerana, dirimu terlalu berharga
Akan ku cuba untuk tidak mensia-siakan dikau
Sebelum menjelangnya hari di mana
Masa itu bukan lagi dimiliki oleh kita
melainkan ditentukan oleh tuhan kepada kita...

Masa di alam barzakh
Masa di Padang Mahsyar
Masa di titian sirat
Masa yang kekal abadi di tempat pilihan kita...

Kuharap, agar tanggungjawab dan amanah yang kugalas ini
dapat aku laksanakan sebaik mungkin
semoga masa selalu mendoakan aku
agar dapat seiring dengannya
memenui keredhaan tuhannya...

5 comments:

zackzara said...

Salam Zam,

Lama sungguh tak mengupdatekan blog ni.. takpe.. asalkan everything is fine and good with you, that matters.

Semoga apa yg diharapkan oleh anda akan tercapai..Insya Allah..

Nizam Gtz said...

Zackzara:

salam... nak wat cemaner... bizi sungguh skang ni... sikit masa lagi insyaallah, boleh lar update slalu haha...

Skullsplitter said...

Erm. Tuh la bro, betul la, lame btul tak update. Tkpe, Life baru diharapkan dapat menjadi pimpinan hidup masa akan datang.

Tentang masa, sememangnya masa itu sedikit pun tidak menunggu kita. Yang ada hanyalah persediaan kita untuk hadapi masa. Bermulalah, InsyaAllah pengakhirannya menyenangkan.

skullsplitter

Nizam Gtz said...

Skulsplitter:
Masa itu... Sesuatu yang perlu kita hayati bersama-sama....

Dan tuhan berfirman dalam surah Wal-Asr... "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali yang berpesan-pesan kepada yang hak, dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Danielle_Corleone said...

Aku juga harapkan sesuatu.