Sunday, April 13, 2008

Protocol of The Elder Zionis....

Bacalah! Berhati-hati dengan segala apa yang ingin kamu laksanakan, kerana zionis itu amat licik dan berniat untuk hapuskan islam dari mukabumi ini...

Protocol of the Elder Zionis

Di MANA?

Titisan demi titisan hujan menimpa bumi
Titisan demi titisan airmata mengalir ke pipi
Titisan-titisan ini bercampur baur dengan peledak
Dan peluru berterbangan
Membelah kenyamanan hujan yang turun...

Tangisan dalam tertawa
Anak kecil bumi Palestin
Dari suasana bingit membelah kegelapan pagi
Jenin dan Nablus bermandikan darah
Satu persatu warganya disembelih si durjana
Rakusnya Zionis membedil syurganya
Yang didiami zaman berzaman
Warisan Salahuddin Al-Ayubi pahlawan terbilang...

Namun,
aku melihat engkau dan engkau melihat aku
Pandangan sayup melihat bertapa hebatnya mereka menyembelih
Pandangan jauh kedalam layar kaca
Mengalir air mata kesayuan melihat
Saudara-saudara dibunuh, dibakar malah dihancurkan...

Jauhku merenung ke dalam layar kaca
Mencari di mana kekuatan islam di bumi anbiya' itu
Di mana hilangnya kepimpinan Salahuddin Al-Ayubi
Di mana hilangnya perwira sehebat Khalid Al-walid
DI mana hilangnya warisan pahlawan-pahlawan Al-Hambra
Sehingga mudah bermaharajalela segala kekejaman

Di mana Muhammad Abduh?
Di mana Jamaluddin Al-Afghani?
Di mana perwira-perwira islam yang menentang kekejaman zionis dan byzantine?

Lelahku melihat,
Apa gunanya warisan hebat monumen-monumen besar warisan islam
Jika umatnya lemah dan mudah mengalah?
Apa guna ilmu dan akal yang dikurniakan
Jika umatnya malas malah mudah dipermain-mainkan?

Darah yang mengalir
Tidak pernah putus
semenjak perang salib dilancarkan ke atas saudaraku
Bumi anbia' tidak pernah sunyi dari tangisan
Bumi Baitul Maqdis tidak pernah gelita dari pancaran meriam dan roket...

Wahai saudara-saudaraku...
Bangkitlah, jangan mudah mengalah
Kibarkan panji-panji hitam untuk menegakkan kembali
Keagungan syiar islam
Dan menyanggah fitnah Yahudi atau Nasrani atau majusi... Tunjukkan kekuatan dan keharmonian agama ini
Dan bukanlah menyokong atau mendukung keganasan

Yang mengganas adalah Rejim Zionis di bumi Baitul Maqdis
Yang membunuh adalah rejim Byzantine dari Benua Amerika
Yang memberikan dakyah propaganda ialah Illuminati dan Freemason
Jangan biarkan mereka membakar Al-quran dari hati-hati kita
Jangan biarkan mereka membaluti tubuh kita dengan propaganda-porpaganda palsu
Bahan bakar api neraka....

Bangkitlah, teruskanlah perjuangan ini....

Hari-hari Terakhir

Hari ini, 14 April 2008 merupakan hari terakhir aku bekerja di Satang Biotech Sdn Bhd... Aku mahu memulakan sesuatu yang baru, aku akan berusaha walaupun pahit untuk menelan, namun perjuangan perlu diteruskan untuk menegakkan agama, bangsa dan tanah air tercinta...

Biarlah tidak bekerja, namun kerja bukanlah penjamin segala-galanya. Biar tidak berharta, namun harta tidak boleh jamin keselesaan dan kebahagiaan. Biar tidak berpangkat, zuhud itu lebih baik. Biar tidak berkuasa, kuasa boleh menjadikan manusia itu gila. Biar tiada wanita, kerana jodoh pertemuan itu di tangan ALLAH.

Apa-apapun, saya kena bergerak kehadapan agar walaupun tiada kerja, bukan bermakna bangsa ini mundur ke belakang. Adios!

Wednesday, April 9, 2008

Petualang!!!!

Petualang!!!! Petualang!!!! Petualang!!!
Semalam katanya dia cinta padamu
Hari ini dibiarnya kau bersendirian
Dia tidak pernah cinta padamu



Semalam dia menangis kerana lukamu
Hari ini menggelengkan kepala
Melihat lukamu masih berdarah
Dia tidak pernah simpati padamu



Semalam dia menyabung nyawa
Berdiri disisimu
Hari ini dibiarkan saja
Kau diperkosa
Kerana dia itulah dia
Petualang melulu

oleh Said Zahari (sewaktu dalam tahanan di penjara Changi dibawah pemerintahan rejim Lee Kuan Yew 1967)

Tuesday, April 8, 2008

Hikayat Nakoda dan Bahtera

Tersebutlah kisah di Negeri Antah Berantah, terdapat seorang nakhoda bahtera yang sangat mashyur namanya di serata pelusuk benua, kerana bahteranya amatlah besar adanya, warisan zaman-berzaman. Diceritakan bahawa bahteranya sangat besar, andaikata dihimpunkan semua bahtera di negeri itu, nescaya masih tidak dapat menandingi kebesaran bahteranya itu. Adapun bahtera itu diperbuat orang berdagang, maka teramatlah berharta nakhoda itu kerana kepercayaan orang berdagang menaiki kapalnya.

Arakian, tersebutlah kisah nakhoda tersebut ada seorang puteri yang sangat rupawan, tiada bandingan di zaman itu. Maka sampailah seru puteri nakhoda itu berkahwinlah dia dengan seorang pemuda yang amat tampan dan berkarisma. Disebut-sebut pemuda itu bakal mengganti bapa mertuanya.

Setelah genap setahun adanya, maka belayarlah nakhoda itu membawa bersama menantunya yang kurang arif ilmu pelayaran. Namun, nakhoda itu beranggapan menantunya itu amat cekap mentadbir pelayaran, lantas diberikan kemudi kepada menantunya untuk dikemudikan. Nakhoda itu terus berehat di kamar tidurnya.

Maka, takdir ALLAH Azza Wa Jalla, lautan tenang bertukar ganas, ombak bergulung-gulung menghempas bahtera, ribut pula semakin kuat. Namun, ini bukan pertama kali bahteranya dilanda bencana. Nakhoda terdahulu jua pernah dipukul ribut yang amat dahsyat. Walaubagaimanapun, takdir ALLAH Ta'ala bahtera itu tetap kukuh dan utuh kerana diperbuat oleh orang yang banyak sakti.

Ini bahtera bukan sebarang bahtera,
bahtera karangan Anak Cucu Hassan dan Hussein,
Layarnya sulaman benang emas dari Pasai,
Lantainya dari kayu jati puncak Yunnan,
Dindingnya berasal dari kayu firus,
asalnya kayu bahtera Nuh,
Bersepuh besi tujuh luk tujuh gunung,
dihiasi dengan ayatul quran kalamullah,
mendindingi bahtera dari marabahaya,
Warisan petanda keagungan bangsa.

Adapun menantu nakhoda ini bukanlah orang yang arif, tetapi dia enggan mengakui kelemahannya, kerana kesombongon dirilah jua. Dikhabarkan pula nakhoda amat mempercayai anak menantunya kerana amat baiklah gayanya di pandangan bapa mertuanya. Adapun kelasi kapal ini semuanya terlalu patuh arahan nakhoda, teramat setia dan turuti arahan nakhoda. Andai disuruh mati pun mereka sanggup mati kecuali seorang.

Kelasi ini bukan sebarang,
Kelasi keturunan nakhoda terdahulu,
Berguru jauh ke atas angin,
Warisi karisma bapanya.

Pabila tersedar akan datangnya ribut, lantas terjagalah nakhoda dari lenanya yang panjang. Dititahkan kepada semua kelasi,"wahai kelasiku sekalian, telah datangnya bencana kepada sekalian kita, janganlah sekalian takut, kerana menantuku orang yang bijaksana. Aku serahkan tugas mengemudi bahtera ini kepada menantuku." Nakhoda yakin sepenuhnya kepada menantu lantas baginda menyambung kembali lenanya.

Menantu yang sombong dan gilakan pangkat terus bersetuju walaupun dibantah pemuda tadi. Maka terjadilah perselisihan antara mereka, pecahlah kelasi kepada dua kelompok. Masing-masing ikut arahan pemimpin masing-masing. Arakian, berputarlah bahtera, sekejap ke kiri, sebentar ke kanan, adakalanya terundur kerana tiada kesepakatan dalam mengemudi bahtera.

Pedagang yang turut serta dalam ekspedisi menjadi kaget dengan situasi yang tidak pernah disaksikan.

Yang gemuk menghentak lantai,
Yang kurus memukul dinding,
Yang pendek bertempikan
Yang lemah bertempiaran,
Yang nakal membuat lubang...

Sudahlah berdepan dengan ribut, ditambah pula dengan perselisihan kelasi, disertakan pula pemberontakan rakyat... maka sang bahtera jadi gering...

Dipukul ombak ke kiri, pecah dua tiga papan,
Dipukul ribut ke tengah, tercabut layarnya,
Diterpa puing terangkatlah anjungnya,
Maka bertambah daif hendak keadaannya.

Dengan takdir ALLAH Azza Wa Jalla, berlabuhlah jua bahtera di Negeri Antah Berantah dengan keadaan yang amat daif, layaknya seperti bahan buangan berkayu hendaknya. Namun, nakhoda keluar dengan angkuhnya seraya berkata,"kemalangan kita disebabkan oleh ribut, oleh pemuda itu, oleh pedagang. Sahaya kenai menantu sahaya, baik orangnya. Saya tidak akan sekali-kali meletakkan jawatan sebagai nakhoda, kerana bahtera ini menjanjikan kejayaan buat sahaya dan keluarga."

Apakah yang akan berlaku kepada bahtera ini selepas ini? Adakah ianya boleh diperbaiki oleh nakhoda? Hanya ALLAH Ta'ala, tuhan seru sekelian alam yang lebih mengetahui...

Ini bahtera bukan sebarang bahtera,
bahtera karangan Anak Cucu Hassan dan Hussein,
Layarnya sulaman benang emas dari Pasai,
Lantainya dari kayu jati puncak Yunnan,
Dindingnya berasal dari kayu firus,
asalnya kayu bahtera Nuh,
Bersepuh besi tujuh luk tujuh gunung,
dihiasi dengan ayatul quran kalamullah,
mendindingi bahtera dari marabahaya,
Warisan petanda keagungan bangsa,
Bahtera keramat bernama Saka Bangsa...

Monday, April 7, 2008

Melayu dan Islam...

Setelah membaca karya saudara merah silu iaitu "Berpetualang ke Acheh", lebih menguatkan lagi pemikiran saya berkenaan dengan penyatuan ummat melayu ini...

Untuk menyelesaikan masalah, perlulah diterbitkan persoalan... Persoalannya, melayu itu apa? Bagaimana pula Perlembagaan Malaysia mendefinasikan melayu itu adalah islam dan islam itu adalah melayu?
Bolehkah kita kenal itu orang melayu melalui paras wajahnya?

Lihatlah Anak Cina... dari jauh sudah kenal anak cina... dengan matanya sepet, kulitnya kuning dan berambut nipis... jika tidak termasuk dalam ciri ini juga boleh kenal itu anak cina.

Lihat pula Anak India... dari jauh sudah kenal anak india... dengan berambut kerinting dan berkulit gelap...

Tetapi lihat bangsa melayu... Ada yang berkulit sawo matang... warna gelap... cerah sikit... kuning air.. kuning langsat... hitam legam dan sebagainya...
Lihat pula rambutnya... ada yang kerinting karpet, ada yang ikal mayang tak kurang juga yang berambut lurus...

Melihat pada genetik melayu adalah genetik dominan seperti berambut hitam (kecuali yang gatal-gatal dye), bermata hitam atau perang (kecuali yang pakai contact lens) dan sebagainya... tetapi ini tidak juga mencirikan melayu itu dari paras rupanya...

Atas teori penyatuan ummah ialah: penyatuan ummat islam di nusantara ini yang terdiri daripada bangsa Orang Laut, Bugis, Banjar, Madura, Menado, Jawa, Acheh, Campa, malah terdapat juga bangsa Cina dan India yang berdagang dan jatuh cinta pada islam dan nusantara... dan Yang Paling Utama ialah Bangsa Arab bernasabkan daripada keturunan nabi Muhammad s.a.w.

Maka bersatulah mereka di tanah nusantara ini yang meliputi satu kawasan yang digelar kepulauan melayu (Malay Archipellago), bertutur dalam satu bahasa dan beragama islam...

Sebenarnya Melayu ini bukanlah merujuk pada satu bangsa... tetapi merujuk kepada sekumpulan bangsa beragama islam... Oleh itu, perjuangan bangsa melayu adalah perjuangan menegakkan agama...

Seseorang melayu yang terkeluar daripada islam hendaklah dilucutkan kemelayuannya dan hak-hak keistimewaan orang melayu... wajar digelar dengan panggilan bangsa lamanya... kalau majapahit, majapahitlar ia... kalau sulawesi, sulawesilah ia...

Namun, perjuangan melayu bukanlah prejudis terhadap suatu bangsa... tetapi suatu perjuangan menyatukan ummah yang saya kira terdiri dari pelbagai genetik bangsa yang akhirnya adalah bernasabkan kepada Nabi Adam a.s.

Sebarang komen yang boleh didiskusikan dan memperbetulkan apa yang salah diharuskan bagi mencapai hasrat bangsa islam sejagat, dan biarlah ianya merebak ke serata pelusuk dunia... terima kasih...

Friday, April 4, 2008

Antara Dua Cinta... (Dedikasi untuk ANAK MUDA)

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Thursday, April 3, 2008

Fitna.... Suatu Propaganda atau Suatu Bala?

Umumnya, filem fitna ialah filem pendek yang didokumentarikan oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang ternyata menyebarkan suatu propaganda iaitu muslim (orang islam) adalah suatu ancaman baru kepada Negara-negara Barat.

Di dalam dokumentari tersebut, Dapat dilihat musuh-musuh islam menyelewengkan makna sebenar 4 ayat al-quran di mana ayat yang menekankan kita memerangi orang-orang kafir harbi. Kemudian, dipertontonkan klip-klip ucapan pemimpin-pemimpin dunia islam yang menyeru kepada jihad yang dilihat sebagai terlalu ingin membunuh mereka (org barat). Diwawancara pula anak-anak pelarian dan orang-orang tertentu yang mana memburuk-burukkan lagi islam.

Hakikatnya, dunia islam menjadi gempar dengan peristiwa ini. Dapat dilihat berlakunya demonstrasi jalanan sehingga membawa keganasan di seluruh dunia berdekatan dengan Kedutaan Belanda.

Seharusnya, masyarakat umum islam marah terhadap propaganda ini yang ternyata menambahkan lagi islamophobia di kalangan orang barat selepas peristiwa 9/11. Perbuatan Geert yang ternyata boleh memesongkan pandangan masyarakat barat yang tidak tahu apa itu islam sebenar.

Namun, penyebaran dokumentari fitna itu bukanlah sekadar propaganda, namun ianya juga adalah bala yang diturunkan oleh ALLAH kepada umat islam yang semakin lalai dan lupa. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Namun, mari kita berfikir kembali bagaimana sejarah kejatuhan empayar Turki Uthmaniah kepada tentera-tentera kafirun semasa perang dunia pertama. Adakah kejatuhan empayar itu semata-mata hanya kerana kekalahan kepada pihak byzantin? Tidak, itulah bala yang diturunkan kepada umat islam yang semakin leka. terlalu mencari kuasa, terlalu mencari harta, terlalu mencari takhta dan terlalu mencari wanita.

Oleh itu, mari kita renungkan kembali...
Adakah kita umat islam ini bersatu atas nama saudara seislam? Adakah kita berani bangkit apabila saudara kita diserang oleh musuh-musuh islam?

Senario hari ini jelas kelihatan saudara seagama ini sudah tidak lagi bersatu, malah semakin banyak kabilahnya. Sehinggakan musuh kita terang-terang menghina agama ini, tetapi tiada daya upaya umat islam yang lebih daripada separuh populasi dunia untuk menentang.

Seharusnya kita bangkit bersama-sama menentang musuh islam, bukanlah bertelagah sesama sendiri. "Bersatu itu adalah pokok segala kebaikan, dan berpecah itu adalah pokok segala perpecahan," kata Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad di dalam bukunya "Nasihat Agama dan Wasiat Iman".

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk terus menerus memerangi kegiatan tentera zionis dan byzantin ialah:

1) Menunjukkan ketidakpuashatian dengan memboikot barangan keluaran Belanda.

2) Menyokong filem-filem yang menerangkan keindahan islam seperti filem Ayat-ayat Cinta (DIambil daripada novel Habiburrahman Saerozi)yang bakal ditayangkan di pawagam berhampiran.

3) Memerangi secara terang-terangan kafir-kafir harbi ini. Jika tidak boleh dengan kuasa, perangilah dengan kata-kata. Jika tidak boleh perangi dengan kata-kata, maka bencilah kamu sebenci-bencinya perbuatan mereka itu di dalam hati.

Ayat-ayat cinta bakal menjadi filem yang dapat menolak ideologi songsang musuh islam terhadap islam. Insya Allah, saya akan membicarakan berkenaan dengan filem Ayat-ayat Cinta pula selepas ini. (Tak khatam lagi membaca novelnya)...