Sunday, March 22, 2009

Belajarlah daripada Sejarah Pembukaan Madinah Al-Munawwarah!!!

Salam....

Agak lama saya tidak menulis, apatah lagi isu berkaitan dengan politik semasa. Namun, melihat kepada situasi politik sekarang, saya merasakan agak gusar untuk menulis apatah lagi mengupas isu politik. Biasanya, kalau sokong orang dokong, kalau bantah orang keji, terutamanya yang memfanatikkan diri dengan parti berunsur sosialis.

Namun, saya tidak nampak di mana untungnya kita sebagai bangsa utama dan identiti tanahair ini dengan situasi politik hari ini yang dilihat sebagai lebih menjauhi sistem politik islam, walaupun mereka berkata mereka menyokong politik islam.

Belajarlah daripada Sejarah Nabi Muhammad s.a.w. membuka kota Madinah Al-Munawwarah. Nabi berhijrah ke madinah dan terus membina masjid Quba dengan kudrat baginda sendiri. Simboliknya masjid ini adalah sebagai tempat ibadat dan pusat penyatuan umat islam, ingat! pusat penyatuan umat islam dan aktiviti-aktiviti pentadbiran yang lain.

Kemudian, baginda menyatukan bangsa arab yang berkabilah-kabilah menjadi satu identiti iaitu bangsa arab islam. Tiada lagi Auz, tiada lagi Khajraj, tiada lagi bani-bani lain. Yang ada hanyalah satu entiti iaitu bangsa arab islam. Di sini jelaslah pentingnya penyatuan bangsa dalam membentuk sebuah kota bercahaya iaitu menerima akidah islam dengan mudah.

Kemudian, barulah tertebuhnya Piagam Madinah yang berkehendakkan kepada keadilan dalam pentadbiran di Madinah. Pada masa itu, ekonomi madinah dikuasai dan dimonopoli oleh orang yahudi yang berorientasikan riba. Kaedah meniaga mereka memang menekan dan menjadikan orang arab kurang kekayaan berbanding yahudi. tanah madinah yang subur juga mempunyai pelbagai hasil tanaman yang pelbagai, diusahakan oleh orang arab tetapi yang kaya tetap yahudi melalui sistem orang tengah.

Piagam madinah lebih kepada mengharamkan riba dan membentuk sistem perdagangan al-mudarabah. sistem ini jelas menyeimbangkan ekonomi orang islam dan yahudi. Diwujudkan pula pasar untuk orang islam berniaga. Ini jelas lebih menguntungkan orang islam. Akhirnya, orang islam dapat menyaingi kekuatan ekonomi orang yahudi.

Persoalannya, adakah sistem yang memihak kepada bumiputera dalam tanah orang melayu ini bersifat perkauman atau apartheid?? Salahkah kita menjaga kepentingan bangsa melayu islam untuk survival bangsa melayu itu sendiri?? Tepuk dada, tanyalah iman...

2 comments:

cahaya said...

Mengikut Tuan Guru Nik Aziz, perpaduan yang diperjuangkan oleh Nabi bukannya perpaduan Arab tetapi perpaduan Islam.....
kita kena perjuangkan perpaduan Islam bukannya perpaduan Melayu... kalau kita perjuangkan perpaduan Melayu,takkan ke mana kerana kalau Melayu bersatu sekalipun tetapi kalau jiwa melayu tidak diresap dengan roh Islam, orang melayu takkan maju...kalau maju sekalipun ,melayu akan maju sama mcm US,Britain dan negara2 Eropah yg lain..mereka maju dari sudut material sahaja..tetapi agama, pegangan hidup, tujuan hidup mereka entah ke mana...mereka tidak boleh menerangkan hakikat kenapa manusia diciptakan...
sesungguhnya asas kepada kemajuan,kedamaian dan keharmonian adalah Islam..bukannya perpaduan Melayu atau perpaduan bangsa... kenapa Melayu maju dan hebat di zaman kegemilangan Melaka? bukannya kerana Melayu hebat dengan kerisnya, seni silatnya, tanjaknya tetapi Melayu pd masa itu maju dan hebat kerana Islam..pemerintah ketika itu memerintah berpaksikan Islam.... hukum kanun Melaka ketika itu berasaskan hukum Islam...ada diterapkan hukum hudud di dlmnya... jelaslah Melayu hebat bukan kerana Melayunya tetapi Islam..
Adakah pemerintah Malaysia sekarang
memerintah berpaksikan Islam atau sekular?... tepuk dada tanyalah selera...

zamspotte said...

di mana kekuatan islam jika Auz dan Khazraj tidak bersatu?? 13 tahun di Mekah, tetapi Arab tidak bersatu... Tak ramai yang memeluk islam dan ramai yang sembunyi2 sahaja...

Lihat di madinah, islam dianuti tanpa rasa takut.

Di negara mana di dunia ini islam dapat dipraktikkan sebenar-benarnya?? Semalam Tuan Guru Nik Aziz kata Malaysia sahaja islam dapat dianuti dan dipraktikkan sebenar-benarnya, menyokong Konsep Satu Malaysia... Kerana kepentingan politik untuk disamakan dengan PAS for all.

Perpaduan yang diperjuangkan nabi memang perpaduan islam, tetapi di mana nak mulakan kekuatan itu?? Apa yang dilakukan oleh nabi dahulu sebelum Hijrah?? Perjanjian Aqabah. Apa itu Perjanjian Aqabah?? Apa objektif, misi dan visi perjanjian aqabah??

selidikilah bersama-sama. Belajar dari ramai guru lebih baik dari satu guru...