Friday, May 10, 2013

Malaysia Pasca Pilihanraya Umum ke 13

Agak lama hamba tidak menulis entri di blog politik macam ni... Bukannya apa, hamba sekarag lebih banyak melihat dan mendengar berbanding mengupas.. Hamba pun sudah semakin tidak rajin (bukan malas) apabila tugas hakiki hamba bertambah.

Namun, setelah 2 tahun hamba tidak menulis hal-hal politik, izinkan hamba kembali mencoretkan sedikit pandangan hamba, al-maklumlah, hamba ini hanya rakyat marhaenis sahaja, berbanding ramai rakyat di Tanah Melayu ini yg telah dapat pengiktirafan sebagai pakar politik, walaupun di warung2 kopi.

Oleh yang demikian, hamba sangat ingin sekali mengutarakan kembali pandangan hamba pada entri yang lepas iaitu BELAJAR DARI PEMBUKAAN KOTA MADINAH... bukan apa, hamba sangat berharap agar anak cucu hamba ni mewarisi keamanan dan kemodenan Tanah Melayu ini sampailah di akhir hayat dunia ini...

Dalam lipatan sejarah, hamba masih ingat lagi keagungan dan kegemilangan empayar-empayar di nusantara ini... semuanya hebat2.. semuanya bersatu di bawah satu payung dan satu panji... memang ada banyak musuh yang menyerang dan sebagainya, namun kehebatan empayar melayu zaman dahulu menafikan penaklukan bangsa asing kepada Tanah Melayu ini.

picture credited to FB Alter Terahsia Bangsa Melayu
Hari ini, setiap bangsa yang merdeka di dalam Tanah Melayu ini tidak perlulah takut apabila mereka bersatu. Ini disebabkan oleh, sikap melayu itu yang bertoleransi dan tidak bersikap perkauman daripada pelbagai sudut... Mereka boleh menerima Mubaligh Arab menjadi penasihat agama. Mereka boleh mengambil Orang Cina sebagai pedagang dan sahabat... mereka boleh memberi perlindungan semua bangsa2 asing daripada ancaman lanun.

Cuba kita lihat di tempat lain di seluruh dunia ini, bangsa selain melayu pernah terlibat dengan genocide atau penghapusan etnik. di Kemboja, melayu Campa dibunuh Polpot, Di Thailand, keturunan Siam dibunuh sewenang2, di Myanmar, etnik ROhingya dibunuh dan di Negara Republik Rakyat Cina, Etnik Uysghur dibunuh... yang lebih menyayatkan hati ini, kesemua etnik tersebut beragama ISLAM... sebab itu, saudara-saudara bukan islam janganlah takut jika islam bersatu hati karena ummat islam ditegah daripada menyakiti orang bukan islam apabila kuat, dan barangkali org islam yg besatu dan kuat itu yANG akan melindungi kamu... Janganlah terpengaruh dengan bisikan2 org yang tidak mahu kami bersatu padu...

Tetapi, apa yang hamba kesalkan ialah; dua puak majoriti islam ini iaitu UMNO dan PAS tidak mahu bersatu karena mereka ini ada ego masing-masing... Satu pihak mengatakan satu pihak itu sesat, satu pihak lagi mengatakan satu pihak ini bersifat kebangsaan... Jadi nak bergabung ibarat minyak dan air, tidak akan dapat bersatu.

Walaubagaimanapun, hamba ingin bertanya kepada semua sahabat2 seagama dengan hamba:
1) Adakah kita sujud ke arah satu kiblat yang sama?
2) Adakah dibolehkan bagi kita umat islam memutuskan silaturrahim?
3) Adakah kita percaya pada sunnah baginda junjungan besar Nabi Muhammad saw supaya bersatu-padu??
4) Bukankah ada ayat Al-Quran Surah Al-Maidah yang menyuruh kita bersatu padu dan jangan bercerai-berai??

Walaubagaimanapun, hamba berharap agar tuan-tuan hamba sekalian bersatulah di atas nama agama, bangsa dan tanah air... dan tuan-tuan hamba sekalian janganlah bertelagah dan berkelahi mahupun mengadakan pemberontakan (demonstrasi) di jalanan... Amat besar padahnya jika tuan-tuan haba tidak mahu bersatu-padu di bawah satu panji iaitu Jalur Gemilang...

*Jalur gemilang diterbalikkan, adakah ini bukan rasis?? kalau kita pertahankan maruah ayah kita yang dipermainkan oleh orang lain, adakah kita ini rasis???

No comments: