Sunday, June 22, 2008

Petroleum atau Kerosene?

Ketika seronok menikmati air teh di warung, seorang yang berumur sedikit tiba-tiba berkata,"diorang ni memang tak global betul. sepatutnya sama-samalar bantu-membantu meningkatkan ekonomi dan mengurangkan inflasi, bukan menghentam satu pihak jek."

Saya tertarik dan terlepas tanya,"Pasal ape plak pakcik cakap camtu? Dah kerajaan naikkan harga minyak tinggi sangat. Kitakan negara pengeluar minyak?"

Pakcik tu nampak berang sket, kemudian tersenyum seraya berkata,"Ko anak muda kenalah pandai tengok situasi. Abeh tu, yang rusuhan kat India, Indonesia, kat Eropah tu... salah Pak Lah jugak lar? Salahkan rakyat Cina lar yang mintak petrol lebih-lebih dari pengeluarannyer," aku melongo dengar celoteh pakcik tu... Dan, bila fikir rasionalnya... memang ada rasionalnya kata-kata beliau.

Contohnya, Malaysia mempunyai simpanan terhad dan petroleum mentahnya bermutu tinggi disebabkan tekanan tinggi di kawasan Pentas Sunda yang cetek. Sebab itu Malaysia dan Indonesia menghasilkan lebih banyak kerosene berbanding petrol kerana pecahan petroleum ini lebih tulen dengan pembentukan petroleum bertekanan tinggi. Bila kawasan bertekanan tinggi (high compress), minyak yang ada juga sedikit. Begitu juga halnya dengan Pekan Baru dan beberapa telaga di Jajahan Riau dan Acheh, Indonesia sehingga mereka juga terkeluar daripada kumpulan negara OPEC.

Jika Malaysia benar-benar negara pengeluar minyak, seharusnya kita diterima menganggotai OPEC... tetapi mengapa tidak??

Fikir sedalam-dalamnya... Adakah kita mahu mengulangi kegagalan Indonesia selepas menurunkan harga barang dan mengurangkan inflasi dengan meminjam Ahlong IMF?? Akhirnya, hasil negara tahunan terpaksa digunakan untuk membayar AhLong IMF dan negara Indonesia beberapa kali hampir diisytiharkan muflis?? FIkirlah sendiri...

5 comments:

Skullsplitter said...

Beberapa orang sahabat bertanya. 'Beb! ape motif kerajaan ni naik harga melampau ni? Bukan ke kita negara pengeluar minyak?'

'Ko nak aku jawab secara rasional atau tak?'

'Dua-dua'

'- Dr segi Parti - Tidak secara berperingkat mungkin kerana lagi 4 thn, next election isu minyak ini akan dilupakan, tiada lagi isu minyak. Kalau naik berperingkat, smp 2011 nanti still harga minyak akan naik walaupun 20 sen, isu ini still dijadikan isu utama.'
- Dr segi Logik akal - Kita bukan pengeluar minyak utama. Tak masuk dlm list OPEC pun. Kita mmg eksport, tapi jumlah yang sikit yang mungkin tidak diiktiraf.'

'Oo.. yeke..'

Pesoalan sekarang.. Aku rasa macam aku tak menjawab soalan. Tapi dia seakan faham.. Konfius gak aku.. Apa pendapat saudara?

skullsplitter

Nizam Gtz said...

Mungkin sahabat saudara saja nak uji sejauh mana saudara faham dengan situasi kenaikan tsbt... Tapi, dalam banyak2 suara rakyat marhaenis yg aku dengar, diorang salahkan situasi lebih daripada pemerintah... yg ribut2 tu org yg dah lama memang takpuashati dengan pemerintah atau menaruh dendam sebelum pilihanraya lagi... (taakulan akulah)...

Apa kaitan US kontrol harga minyak dengan permintaan yang tinggi dari China? Adakah situasi yg sama dengan 1997 pabila Soros serang ekonomi rantau Asia dan Asia Timur untuk lumpuhkan ekonomi China?

Apa pula kaitan OIC dalam kontrol harga minyak berikutan laporan Utusan yg aku baca hari ini?? Simplex more to complex...
Make the complexity...

Cheguman said...

setuju dengan hampa berdua. Kajian terbaru (2000 responden seluruh negara) menunjukkan 80% masih menyokong kerajaan. (laporan rasmi akan dikeluarkan tak lama lagi). Nampaknya hiruk pikuk dan kelam kabut lebih banyak berlaku dalam blog berbanding di luar sana.

ezrazlin™ said...

petrol or kerosene? i'd prefer water! there is a technology now where an engine can run using water!

Nizam Gtz said...

Cheguman:

Baguslah kalo ada kajian... nak menunjukkan rakyat Malaysia sekarang ni dah semakin menghampiri minda kelas pertama...

Ezrazlin:

Bagusnya, tapi kena guna petrol jugak kan untuk memulakan pembakaran... at last hidrogen terhasil utk menggerakkan kereta daripada air... (hydrolysis theory)