Tuesday, July 29, 2008

5 Human Wonders....worth seeing.

Semasa aku membuka email... aku terjumpa plak email ini... Memang menarik melihatkan kehebatan manusia yang dikurniakan akal yang lengkap ini... Maha Suci Allah yang menjadikan manusia...

Mari kita melihat akan kehebatan ciptaan manusia yang diilhamkan oleh Yang Maha Pencipta...

1) Jambatan Tertinggi di dunia...

The Millau Viaduct... jambatan yang menjadi sebahagian daripada new E11 expressway yang menghubunbgkan Paris dan Barcelona... Ianya setinggi 240 meter dan keseluruhan ketinggiannya ialah 336 meter... Huhu, gayat beb lalu kat jambatan ni....

2) Parking di Germany



Huhu, VW Autostadt, sebuah taman tema yang mempamerkan kereta-kereta wolksagen mempunyai parking yang terlalu unik. DIberitakan 5,500 orang mengunjungi tama ini untuk melihat sendiri kereta-kereta Wolksagen...

3) Perhentian Bas Ber'Air-Con' di Dubai...


Beshnyer kalo kita dapat lepak kat dalam bus stop beraircon camni... Tunggu bas sehari pun takper haha...

4) Elevator (Tangga letrik) terlaju di Menara 101 Taipei... Menara tertinggi di dunia...


Toshiba Elevator and Building Systems Corp mengumumkan pemasangan elevator terlaju di dunia. Elevator ini boleh mencapai kelajuan 1,010 meter/min semasa mendaki dan 600 meter/min semasa menurun. (60 km/j lar)... Elevator ini pergi dari Tingkat 5 ke Tingkat 89 dalam masa 39 saat sahaja... Antara teknologi baru yang ditawarkan bersama-sama ialah:

1) Sistem Pengawal Tekanan Pertama di dunia, yang mengubah tekanan atmosfera di dalam kereta menggunakan 'suction' dan 'discharge blower', menghalang penumpang kereta merasa kesakitan di telinga akibat kelajuan bertekanan tinggi...

5) Restoran Dasar Laut 100% gelas akuarium yang pertama di dunia...


15 April menandakan pembukaan sebuah restoran dasar laut yang 100% gelas akuarium, di Hilton Maldives Resort & Spa. Ianya berada 5 meter di bawah gelombang Lautan Hindi... Dikelilingi oleh lautan batu karang dan menawarkan pemandangan dari cermin 270 darjah di dasar lautan...

Dicipta oleh MJ Murphy Ltd, konsultan designer yang berpangkalan di New Zealand, menggunakan bentuk lengkungan transparent (lutsinar) dinding dan bumbung yang dibuat daripada acrilik, sama dengan mana-mana akuarium dasar laut lain....

Lepas ni, Zara and De Gang bolehlar bawak konsep ni ke Langkawi... haha...


Apa-apapun... Ilham itu tetap dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta... Maka, jauhilah diri daripada bersifat riya' yang boleh menjahanamkan diri kita sebagai seorang hamba...


Monday, July 28, 2008

tag... Gua pun kena tag...

Skullsplitter and Zara, harap kamu puas hati ngan tag polimerase saya ni... pecah kepala nak buat tag ni... adeh!

Siapa hero anda?
My friends around me...

Ayat yang selalu dituturkan?
Haha...

Perkara yang perlu sentiasa kena ingat?
ALLAH Yang Maha Esa.

Pastu nak kena ingat hutang2 yang masih tertonggak...

Dalam wardrobe, apa perlu ada?
Erm... ada hanger, baju, seluar, tabung kelapa, komik Kyo The Samurai Deepers.... Baju Melayu, tuala mandi, dsb...

Anda seorang yang branded?
Yup! Look at me... Kasut, made in Gombak... Baju, Old Navy made in Siam... Seluar, Lois made in Malaysia... (Beli kat Kg. Jawa ni)

Apakah rutin grooming anda?
Org laki ada special groom ker??

Dan, apakah yang paling penting dan perlu ada dalam beg anda?
Beg sandang ker? Slalu ada Buku cerita, fail plastik keras yg ada resumer, CD installation, plastik gula-gula dsb...

Apakah impian anda untuk 5 tahun akan datang?
5 tahun akan datang?? Erm... 1) dah ada rumah besau! 2) Ada keta besau! 3) Ada bini besau! eh... silap, ada bini dah... 4) Cahayamata... 5) Apa-apapun, kenalar ada kareer yg tetap dulu huhu...

Apakah yang paling anda suka mengenai bandar di tempat anda?
Erm... ada Tesco, Giant, Carrefour, Dataran Pahlawan Megamall, Mahkota Parade, Family Store, Ranjini... Senang kata, ada duit takkan kebulur punya lar.... Sini pun ada banyak tempat pelancongan bersejarah... So, nak lawat Melaka, bolehlar jadik special tourist guide haha...

Sahabat susah & senang: sanggupkan kamu?
Sahabat... Doesn't matter Who You Are, Where U come From, I'll be there for U... haha...

huhu, pening pala den nak siapkan ni... So, untuk rantaian berikutnya, saya nak menge'tag' rakan2 di bawah ni plak... huhu...

1) Karam
2) Waadat
3) Yuzy
4) Jasmin
5) Orang Bumi
6) Biokapitalis
7) Pangasius
8) Mat Jawhi
9) Sesiapa jerlah!!!

Tuesday, July 22, 2008

Berpecah-belah itu Suatu Ajaran?

Pada zaman kini, berpecah-belah itu dilihat seperti suatu ajaran yang wajib diamalkan oleh sesetengah golongan yang bertutur dengan satu bahasa, menganut satu agama...

Agaknya, kalau bersatu tu... boleh membawa kepada hukuman yang berat. Atau, bersatu itu dilihat sebagai suatu dakyah yang merosakkan diri.

Adeh, sakit kepala memikirkan halatuju bangsa yang satu ni...
Erm... Apa pandangan anda sekalian? Aku dah tensen sesangat ni...

Friday, July 18, 2008

Alhamdulillah...

Lagu Indipendent yang tak dapat dilupakan... banyak pengajaran... credit to Yaasin

Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Thursday, July 17, 2008

Depresi Mencetus Skizofrenia...

Depresi adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat kemurungan... Depresi ialah penyakit mental yang tidak dapat dilihat secara fizikal, tetapi perubahan psikologi seseorang individu itu dapat dilihat jik amengalami depresi (kemurungan)....

Umumnya, depresi ini adalah masalah psikologi yang umum... Setiap individu yang dibebani dengan tekanan ke atas perkara yang belum mendapat kejayaan (seperti peperiksaan, perniagaan dsb) mengalami depresi... Di samping itu, tekanan yang dialami luar (ibu bapa, hutang dsb) dan dalam (diri sendiri) mewujudkan suatu daya psikiatri yang tinggi untuk berjaya... Depresi lebih banyak dikesan terhadap wanita berbanding lelaki kerana mereka lebih cenderung memendam perasaan berbanding lelaki.

Antara gejala-gejala yang menunjukkan anda terkena masalah depresi (kemurungan) major ialah...
  1. Berasa murung hampir setiap hari.
  2. Minat atau perasaan gembira terhadap aktiviti merosot.
  3. Berat badan menyusut secara signifikan dan tiada selera makan.
  4. Menghadapi masalah untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung.
  5. Gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor.
  6. Berasa letih dan tidak bermaya.
  7. Berasa tidak bernilai dan bersalah atas tingkah lakunya.
  8. Menghadapi masalah untuk berfikir, menumpukan perhatian atau membuat keputusan.
  9. Sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri.
Kaitan Depresi dengan Skizofrenia...

Skizofrenia wujud melalui individu yang mengalami depresi major... Depresi ini terhasil daripada individu yang tidak boleh melepaskan perkara yang dia tidak boleh capai dalam hidup mereka seperti kekasih, peperiksaan dan sebagainya... Individu yang mengalami depresi jenis ini juga tidak dapat melepaskan apa yang terbuku di dalam hati mereka kerana tidak pandai berkawan atau tidak pandai melepaskan apa yang terbuku di hati...

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ianya sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Skizofrenia ialah di mana personaliti pelbagai wujud dalam minda manusia yang tidak dapat berfikir secara waras... Adakalanya, split personality yang wujud dalam diri seorang skizofrenia ialah disebabkan oleh halusinasi, yang menyebabkan kecacatan berfikir secara rasmi (formal thought disorder)... Boleh jadi personaliti baik mengatasi yang jahat... tetapi, adakalanya yang jahat juga mengatasi yang baik...

Ramai ahli perubatan mental tidak dapat mengetahui asal-usul penyakit yang teruk ini, tapi ramai yang berpendapat ianya berpunca daripada kecacatan berfikir yang diwarisi dan juga disebabkan oleh faktor tekanan seperti kemurungan (depresi) yang mengakibatkan fungsi otak hilang keupayaan untuk berfikir.

Walaupun skizofrenia boleh diubati dengan ubatan moden seperti dadah tertentu, namun pencegahan boleh menyelamatkan jiwa kita dari terus-terusan mengalami kekurangan daya berfikir dengan waras... Oleh itu, cuba untuk menjauhkan diri daripada terus menerus berada dalam kemurungan dan kesepian...

(SUmber daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Skizofrenia)

Monday, July 14, 2008

Bersangka Baik itu Asas Kerukunan, Bersangka Buruk Pencetus Perkelahian

Assalamualaikum,
Saya tertarik ingin membuat satu label baru di blog ini iaitu Mahmudah vs Mazmumah... Insya allah dapat memberikan sedikit pengajaran dan renungan kepada diri sendiri dan rakan-rakan... Segala yang dicoretkan bukanlah idea atau ilham saya sendiri... Tetapi melalui perbincangan dengan beberapa rakan-rakan yang cintakan kemakmuran dan bercita-cita memiliki iman setinggi yang mungkin (chewah, dah macam PMI la plak)... Namun, islam dan iman itu milik semua orang yang mencari, mengkaji dan mengujinya... maka ianya pasti... Oleh yang demikian, diskusi tetap diperlukan bagi membincangkan berkenaan dengan perkara ini.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak (manusia)."

Oleh yang demikian, akhlak adalah perkara yang paling penting sebagai seorang muslim, kerana dakwah nabi kita menggunakan akhlak yang mulia iaitu Siddik, Amanah, Tabligh, Fatonah.

i) Bersangka baik

Bersangka baik adalah rahsia kerukunan hidup kita di dalam keluarga, masyarakat dan dunia keseluruhannya. Bersangka baik itu dituntut oleh islam. Nabi kita juga bersangka baik dengan jirannya (seorang Yahudi) yang menyihir baginda. Setelah mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Akhirnya, wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.

Dalam sesebuah hubungan, bersangka baik itu dapat menghindari diri daripada menjadi terlalu cemburu dan mengekalkan keamanan. Dengan bersangka baik, kita mampu merubah personaliti pasangan kita tidak kira kekasih, tunang mahupun suami/isteri. Selain itu, bersangka baik juga dapat membantu membentuk jiwa 'salamah' dalam diri kita dan rakan-rakan sekeliling kita. Ternyata, kerukunan itu wujud jika semua orang bersangka baik sesama sendiri... Lantas, niat untuk melakukan kejahatan terhenti dengan sifat malu yang dikurniakan ALLAH kepada manusia itu tadi...

Bersangka baik terhadap makhluk ciptaanNYA mencetuskan sangkaan baik terhadap ALLAH. Sehinggakan syaitan dan nafsu pun, jika kita bersangka baik dengan makhluk ini, ia tidak bisa mengheret kita ke neraka. Kerana, ianya juga makhluk ciptaan ALLAH Yang Maha Mengetahui. Tanpa izinNYA, tiada apa jua yang mampu memberikan mudarat kepada kita, walaupun leher kita sudah berada dalam mulut singa yang kelaparan.

Bersangka baik perlu dengan keyakinan dan keberanian. 'Tanpa keyakinan dan keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.' Tanpa keyakinan dan keberanian, kita sukar untuk bersangka baik dan berhati besar (bukan bengkak hati yer)... Apakah yang menghalang kita dari bersangka baik?? Lantaran itu, untuk mewujudkan keyakinan, perlulah kita sentiasa yakin ALLAH itu Maha Berkuasa dan Maha Melihat seperti konsep Ehsan. Untuk memangkinkan keberanian, perlulah kita takut hanya kepada ALLAH swt.

ii) Bersangka buruk

Bersangka buruk adalah pencetus kepada perkelahian. Dengan prasangka buruk, seseorang itu akan menjadi terlalu cemburu sehinggakan wujud kongkongan dalam kehidupan. Ini yang menyebabkan keretakan rumah tangga walaupun sudah bertahan 30 tahun. Hanya dengan prasangka buruk yang ditiupkan oleh Al-Khannas, penghancur rumah tangga. Selalulah berdoa seperti dalam surah An-Nas untuk menjauhkan diri dari tipudaya Al-Khannas.

Bersangka buruk juga boleh mencetuskan dendam kepada sahabat sendiri! Dendam, iri hati dan dengki itu juga wujud dalam masyaraka dengan hanya bersangka buruk. Contohnya, seseorang yang berjaya dalam perniagaannya dikenakan sihir berupa santau dan sebagainya hanya kerana berprasangka buruk iaitu prasangka bahawa orang itu yang "menabur pasir dalam periuk nasinya", walhal mangsa itu tidak tahu menahu. Akhirnya, berlakulah perkara khurafat yang tidak akan diampunkan dosanya oleh ALLAH swt. Nauzubillahiminzalik. (perkara sebegini banyak berlaku di dalam masyarakat kita.)

Hanya dengan prasangka buruk, wujud andaian yang buruk-buruk... Akhirnya mencetuskan perkelahian... Lalu sengketa berpanjangan sehingga ke generasi-generasi seterusnya....

Oleh yang demikian, jauhilah daripada berprasangka buruk, selalulah berfikiran rasional dengan mewujudkan prasangka baik.... Insya allah kita akan tergolong dalam hamba-hambaNYA yang dapat menjaga kerukunan dalam kehidupan....

Sekian sahaja...

*Sesungguhnya, ilmu yang diterima hanyalah setitis sahaja dari lautan ilmu Tuhan Yang Maha Mengetahui. Oleh itu, jika ada salah silap, mohon diperbetulkan. Jika ada kekurangan bolehlah dibincangkan. Terima Kasih*

Friday, July 11, 2008

Berkunjung Ke Perak Darul Ridzuan...

Hari ni aku berkunjung ke Perak... Ke Ipoh..

hmm, takde maksud apa-apa kedatangan aku di sini, cuma nak pegi interview jer... haha...

cuma aku teringat lagu ni... yang aku perform masa Sekolah dulu...



Raihan - Bersatu

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Tuesday, July 8, 2008

Movie Pilihan....

Saya menonton banyak filem, kebanyakannya pada tahun 2003 - 2006 (duit PTPTN disalahgunakan lar ni)...

Tetapi, kembali kepada memori lama, cerita-cerita yang paling melekat dalam fikiran aku ialah....


1) Alice in Wonderland (1982).... Cerita ni aku ingat mula-mula tengok, masa aku darjah dua... Cerita tentang budak perempuan yang bermimpi.... Mengikuti Pakcik Arnab akhirnya sampailah ke dalam dunia wonderland. Aku rasa sumer orang yang sebaya dengan aku pernah tengok cerita ni kot (walaupun aku belum lahir masa filem ni dibuat)



2) Wizard of Oz (1991)...Cerita tentang seorang budak pompuan jugak, pergi ke dalam dunia Oz... Di mana diperintah oleh seorang ahli sihir perempuan yang boleh menukar-nukar kepalanya... Di situ dia menentang ahli sihir itu bersama-sama dengan seorang 'orang-orang, lelaki tin (tin man) dan singa yang penakut... Memang menarik plot citer ni.. box office satu dunia masa baru keluar...





3) The Lord of the Ring I, II, III. Mungkin tak payah kot nak terangkan cerita ini... Tetapi cerita ini yang membuatkan aku kembali menjadi 'hantu' cerita-cerita fantasi.... Aku dah tengok dah trek penuh cerita ini, tanpa pemotongan / edit di babak-babak penting... (4 jam tgk Between Two Towers), lebih kurang sama macam dalam novel lar...


Pengembaraan Frodo baggins, Samwise Gamgee, Merry, Pippin dan yang tiba-tiba menjadi penting sebagai pemegang cincin yang perlu dimusnahkan... Pastuh, jumpa plak dengan lima lagi rakan-rakan iaitu Gandalf (ahli sihir), Aragorn (manusia), Boromir (manusia), Legolas (orang halus), Gimli (orang kerdil) untuk memusnahkan cincin raja kegelapan dari Mordor.... Cincin itu perlu dimusnahkan ke dalam lahar gunung berani di Mordor... Best sangat tengok cerita ni... Rasa macam ada di tengah-tengah masa diorang perang... haha

4) The chronicle of Narnia... Prince Caspian. Baru dapat tengok hari semalam (DVD copy ma...), Tanpa diduga, setahun umur raja-raja Narnia di dunia sebenar, sebenarnya 1300 tahun Narnia... Narnia pula sudahpun dikuasai oleh Raja yang zalim. Prince Caspian bersama-sama raja-raja bersatu menentang kejahatan puak Telmarine yang kejam dan zalim ini... saksikan sendiri pengembaraan diorang...

Banyak lagi cerita pengembaraan alam fantasi yang aku tengok macam cerita Final Fantasy VII (Advent Children), Bridge to Terrabitthia, Harry Potter (sorry harry fan, aku kureng minat plot dier....), CHronicle of Narnia, The wardrobe, witch and lion (aku klasifikasikan sebagai gagal menambat hati aku haha) Star Warz Episode I hingga VI (terlebih hebat plak)... dan banyak lagi...

Apabila orang tanya "adek umur berapa??" Aku jawab, "suka akulah, masa kecik-kecik dulu bukan senang nak tengok cerita budak2 camnih."

hehe... Best btul duduk dalam alam fantasi

Monday, July 7, 2008

Maafkanlah diriku

Maafkanlah diriku....
Tiada pintaku semua ini terjadi
Ibu, harap dikau mengerti
Ayah, bukanku tak sudi menggalasnya
Kakak, harapan demi harapan tidakku penuhi
Adik, bukanku tidak mahu menjadi abang yang terbaik....

Maafkanlah diriku ini...
Bukanlah aku tidak mahu meneruskan cita-cita murni
Tapi apakan daya
Besar sungguh pengorbanan yang dipinta
Tidak mampu untukku memikulnya
Kerana keadaan dunia
Menjerut aku di dalam kesibukan mencari erti kehidupan...

Maafkanlah diriku
Duit bukan segala-galanya
Namun, segala-galanya duit jua yang berkuasa
Aku terpaksa bekerja di kejauhan sana
Bukanku tidak sudi meneruskan perniagaan keluarga
Namun, sampai bila kesusahan ini akan membelenggu??

Aku tidak mahu pasrah lagi
Aku tidak mahu mengalah
Doakanlah kejayaanku di masa depan
Kejayaan demi Kejayaan perlukan pengorbanan...
Walaupun pahit pengorbanan itu
Walaupun berkali-kali aku gagal dalam kerjaya...
Kerana aku tidak mahu semuanya berakhir sampai di sini sahaja...

Zamspotte
Tempat biasa
12.25 pm, 08 Julai 2008

Friday, July 4, 2008

"Sudah Terhantuk Baru Terngadah"

Melihatkan situasi yang semakin goyah ini, saya tiba-tiba teringat peri bahasa yang begitu popular di masa lampau, tetapi mengapa skarang seperti sudah tidak diingati lagi.... Mungkin kerana zaman sekarang, rumah sudah tiada lagi kolong yang membolehkan kepala kita terhantuk... atau, senang kata, dah makin banyak rumah yang menggunakan konkrit sebagai bahan binaan utama... Ini belum lagi dengan pertumbuhan Kampung-kampung baru yang mendapat pajakan 999 tahun... (Ntah wujud lagi ke tidak agaknya dunia yang fana ni...)

Dewasa ini, semakin ramai orang dewasa yang hilang pedoman mereka sebagai seorang dewasa... Mungkin dah terbanyak makan makanan segera atau fast food kot, maka akal pun semakin kurang bertimbang rasa... Jangan marah dengan statement ni... Sebab, takkan sebab harga minyak naik dah sanggup bunuh membunuh, rompak merompak, cabul mencabul (ulps, takder unsur politik tau)...

Kempen Save Our Planet pun dah tenggelam dengan isu-isu lain... Pabila Syarikat A4 Paper di Thailand menggunakan kaedah yang paling mesra alam dan tidak memusnahkan pokok, kita pula yang terjerit-jerit nak membalak... Alam pun dah semakin sesak, mujur alam dapat bernafas segar akhir-akhir ini dengan pengurangan jumlah kenderaan (4 roda ke atas) di jalan-jalan.... Patutlah suhu terasa sejuk sikit... hujan pulak hari-hari turun (hikmah kenaikan harga minyak kot)

Apa pula yang terjadi kepada bursa Malaysia ni... masalah teknikal sampai sehari... habis tutup urusniaga, nasib baik takder kerosakan teruk macam WTC nun... silap-silap, naik pulak harga komoditi...

Apalah sangat kejatuhan BN kat Malaysia kan (baru cerita politik ni).... Barulah wujud term "open tender" di Kerajaan Negeri... Barulah menjadi Pengeluar babi terbesar di dunia (pengeksport utama??)... Barulah membesarkan rumah ibadat agama lain... Barulah memberikan portfolio Speaker DUN kepada bukan melayu, Pendidikan kepada bukan melayu, Agama dan tanah kepada bukan melayu.... Barulah pembukaan kawasan pembalakan baharu, Barulah Pemberian 999 tahun hak tanah di Kampung Baru, Barulah ada sambutan 100 hari menawan... (Barulah ker... Barua??)

Siapa yang tersepit dan siapa pulak yang menyepit?? Ataupun siapa yang disepit?? Makan kuih sepit pun sodap jugak...

Siapa yang untung, siapa yang rugi?? Atau agama apa yang untung, agama apa yang rugi?? Atau bangsa apa yang untung, bangsa apa yang rugi?? Atau Tanah pajak sapa yang untung, Tanah pajak sapa yang rugi??

Hikmah apa yang diturunkan?? Sama-samalah kita berdoa agar menjadi orang yang bersyukur dan redha akan semua kurniaan Tuhan Yang Maha Esa...

Peribahasa "Jalan Sekali kena, Jalan Dua kali dah tahu" hanya boleh dipraktikkan dalam masa 3-5 tahun dari sekarang... Huhu, tular... Lain kali, "Mencegah itu lebih baik dari Mengubati..."

Wednesday, July 2, 2008

Liwat... Konspirasi atau Agenda Tersendiri??

Umumnya, semua orang tahu apa itu liwat, tak terkecuali kanak-kanak di sekolah. Namun, liwat itu bermakna perlakuan yang tidak baik dan terlalu jijik terutamanya di dalam masyarakat beragama islam atau yang menjadikan 'agama' landasan hidup.

Laporan Akhbar beberapa hari ini cukup mengejutkan semua pihak di seluruh dunia. Al-maklumlah, orang yang dituduh liwat itu adalah Pemimpin Masa Hadapan, bak kata akhbar Israel dan Washington... Kemudian, selepas tuduhan liwat, ancaman bunuh pula dan menyorok di Kedutaan Turki. Plot seterusnya, polis membuat siasatan, yang mendakwa disiasat di hosptal untuk melihat sama ada ianya terbukti atau tidak. Yang terbaharu, si dia membuat laporan polis berkenaan dengan Ketua Polis dan Ketua Hakim... Endingnya, belum ketahui lagi... Ulps, sebelum terlupa, Kerajaan USA membantah dan menghalang daripada siasatan dilakukan ke atas si tertuduh...

Bolehlar nak wat skrip filem ni... Mesti meletup satu Malaysia filem ni. haha

(i)

Melihat dari sudut konspirasi, penyokong-penyokong Anwar (yang begitu hormat sehingga tak lekang pangkat Datuk Seri, DS) menyatakan ini adalah konspirasi kerajaan dan sanggup bekerjasama dengan US untuk menghalang "fitnah" ini disiasat. (aku baca dari komen).

Selain itu, penyokong Anwar menyatakan Anwar manusia maksum dan liwat adalah mustahil dilakukan. Ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang bercita-cita memasuki parlimen dengan pilihanraya kecil, seterusnya menerajui kerajaan dengan peralihan kuasa cara paksa reform, yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana kerajaan (kerajaan lain melalui pilihanraya atau rampasan tentera)...

Pihak Anwar pula berkata ini adalah cara untuk mengalihkan pandangan umum terhadap kes Altantuya Sharibuu dengan Rosmah.


(ii) Melihat dari sudut agenda tersendiri...

SI menuduh begitu obses dengan Anwar, dan tidak mustahil berkompromi untuk membentuk fitnah terbalik kepada Kerajaan dan badan-badan berkuasa yang lain (Polis, hakim) untuk membersihkan nama Anwar terus dari isu-isu ini.

Anwar pula begitu obses menubuhkan kerajaan baharu dengan melompatkan Ahli parlimen BN ke dalam Pakatan... Dengan simpati rakyat, cara ini dapat diperhalusi dan tidak mustahil kepimpinan negara bertukar tangan...

Anwar pula seperti mengharapkan campur tangan secara terus dari US untuk memenuhi cita-citanya pada September ini... Mungkin campurtangan diplomasi ataupun secara PERANG seperti di Vietnam, Afghanistan, Iraq dsb..

Selain itu, Anwar juga obses untuk mempengaruhi pelabur mengenakan tekanan ekonomi kepada Malaysia....

Isu ini juga seperti mahu menangguhkan kekuatan bangsa melayu yang dikatakan mahu bersatu dengan kemasukan ahli-ahli MT PAS ke dalam Pekembar, lantaran hilang kepercayaan kepada PKR dan PAS tajaan PKR...

(iii)
Atas isu ini, ramai penyokong-penyokong Anwar mengeluarkan ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis berkenaan dengan fitnah. Walhal, ayat-ayat al-quran dan hadis ini perlu diterangkan awal-awal lagi berkenaan dengan fitnah-fitnah yang ditulis secara sedar atau tidak. Contohnya, fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh Harakah semasa pilihanraya yang lalu supaya semua pihak mendapat keadilan dalam media. JIka dilihat, Harakah banyak membawa berita yang tidak pasti kesahihannya... Ini seperti menonjolkan kelemahan mereka yang seakan-akan menjual agama demi kepentingan ideologi politik. AKhbar-akhbar tajaan PKR lebih-lebih lagi...

Pertarungan di blog semakin sengit dan dapat dilihat peperangan siber yang sebenar, sehingga boleh meracuni pemikiran kanak-kanak sekolah yang semakin bijak menngunakan teknologi canggih enjin pencarian (yahoo!, google)...

Pemikiran terbuka atau sempit juga ditonjolkan dalam tulisan-tulisan dan komen-komen di blog. Pendedahan-pendedahan yang dibuat dinafikan atau disokong...

Hairan juga bila Ezam (yang bersumpah atas nama ALLAH dan Rasulnya akan menghalang Anwar dari menjadi PM) berkata tak logik bila kerajaan menggunakan isu yang sama untuk mengenakan orang yang sama. kenyataan ini jelas menunjukkan situasi ini hanya konspirasi...

Yang pasti, bersama-samalah kita berdoa dan bertawakal setelah penat berusaha menangkis dakyah-dakyah protokol ke-10 daripada protocol Zionis tua yang mahu meliberalkan semua negara bukan zionis...

Akhir kata,
MAri beristikharah memohon agar ALLAH menunjukkan jalan yang lurus...


Laporan dan analisis kes ini boleh didapati dengan melayari:
Angin perubahan
anwar dot com
akal muda
Panglima perang
Pondok Buruk

Laporan media pula... bolehlah membeli surat khabar, jangan memboikot pula.... haha