Monday, October 20, 2008

Cerita pasal Geragau...

Geragau, adalah udang kecil berwarna merah yang menjadi bahan utama dalam industri Belacan Melaka. Saiz seekor geragau adalah dalam lingkungan 1 mm - 1 cm. Kecilkan??

Pernah tengok orang melanggai geragau tak? Langgai ialah teknik menangkap geragau dengan menggunakan jala lubang kecil, diikat dengan dua buluh panjang dan berbentuk seperti penyauk besar. Biasanya, nelayan akan turun ke pesisir laut (kedalaman paras dada) membawa langgai dan melanggai geragau dari arah bertentangan dengan arah geragau itu berenang. Pendek kata, tangkap ikut belakang lar...

Mengapa nelayan tidak menangkap dengan cara menahan geragau dari arah depan? bukankah lebih banyak geragau yang dapat ditangkap??

Inilah bukti kekuasaan tuhan yang mengajak manusia itu berfikir. Yang pertama, tuhan tidak mahu manusia itu bersikap tamak. Jika kamu melanggai berdepanan, atas sikap tamak kamu, kamu pasti akan hanyut dipukul arus arah renangan geragau. Yang kedua, geragau yang kecil itu membuktikan kuatnya hidup bersatu-padu dalam gelombang yang sama. Dengan beribu-ribu geragau berenang pada satu arah yang sama, menghasilkan arus gelombang yang interferens (teori fizik) dan boleh menghanyutkan seorang manusia yang tamak, haha...

Oleh yang demikian, kita hidup sebagai manusia perlulah ikut resmi geragau, bersatu-padu mengikut satu arah dan tidak berpecah-belah... Mudahkan aturan alam yang ditunjukkan olehNYA kepada orang yang mahu berfikir...

Sunday, October 19, 2008

Hari Bintang Jatuh... Mari-mari... Kita Pergi...


*Wany Ardy mengadakan hari bintang jatuh untuk semua peminat-peminat seni dan puisi...




Ini adalah attachment dari blog http://kehadapanbintangjatuh.blogspot.com/:




Pre-sale tickets to Hari Bintang Jatuh are out and it's only RM10 each! Kami keluarkan awal sebab tiket terhad dan 'rumah terbuka' saya ni kecil-kecilan je. Tak naklah kalian berebut dan tak selesa kan? Nasib baik ada rakan-rakan Suria Baja Hitam saya yang membantu. ;)




Shah Alam (Sek.13, U2, Bukit Jelutong, Puncak): Man - 0122747353


Shah Alam (Pusat Bandar and up): Ikmal - 0129095881


Kota Kemuning and Subang Jaya:Omar - 0123887646


Kelana Jaya: Shukor - 0172088840


Damansara: Oat - 0123691525


Kuala Lumpur: Hajar - 0173912065


Ampang: Ashraff - 0129025460


Melawati: Kerr - 0132243644


Serdang: Jasmin - 0129072507




THEY artsudio @ Annexe CM




The Super Sunday @ Monorail Bukit Bintang




Quick, call them to get your tickets! Nak "ON CINTA" pun boleh tapi hati-hati, half of them are taken and half of them are available. Jeng jeng jeng :pP.S. Because the space provided is absolutely free, all exhibitors and booth owners will need to have tickets too. And yes, of course you can purchase on the 25th itself, IF the tickets are still available. Tak ada duitlah nak cetak banyak-banyak~ (Sebenarnya takut banglo runtuh, boleh tak?) LOL




Berikut adalah butir2 hari tersebut...




Wani Ardy's HARI BINTANG JATUH


Hari pengakuan kita bergema...




25th October 2008


12pm-10pm




153, Malaysian Institute of Arts's Red Bungalow


Jalan Ampang (Behind Pelita Nasi Kandar KLCC)




ACOUSTIC PERFORMANCES


Para Senandung




Azmyl Yunor / Ana Raffali / Apple JuiceBintang Batu / Captain G / From Cadillac To Geisha


Joshua Foong / Liyana Fizi / Rashdan Harith


Ray & Ash / Rendra Zawawi / Rina S.The Fridays / The Siblings




POETRY RECITALS


Pencengkam Jiwa




Ashraf Ishak / Dianne Dayanna / Fynn Jamal


Nona Cici Suleiman / Shaira Amira


Wak Dol / Zahiril Adzim




VIDEO SCREENINGS


Penglipur Lara




VISUAL EXHIBITION


Penghenti Masa




SATURDAY MARKETPasar Sabtu




ADMISSION: RM10




Untuk pengetahuan sekalian, tema acara adalah bintang jatuh/falling star. Maka tersangat comellah jika sewaktu berniaga itu, anda dapat mengenakan sebarang pakaian yang mengandungi sebarang motif bintang. Walau bagaimanapun ini bukan paksaan, sekadar suka-suka sesama kita yang menjayakan majlis. Saya perlu pengesahan anda SECEPAT MUNGKIN untuk menganggar bilangan yang terlibat dan seterusnya membahagi ruang. Sekiranya anda sudi menerima pelawaan saya (yang mana saya harap sangat-sangat akan terjadi), silalah hubungi saya/kami melalui cara-cara berikut:


Contact numbers:012-9072507 (Jasmin Ghazalli)


013-2243644 (Kerr Abdullah)




Email:kehadapanbintangjatuh@gmail.com








*Ayuh kita pergi bersama-sama...

Wednesday, October 15, 2008

Wahai Kau CInta...

Wahai kau cinta... bukan niatku untuk melupakanmu, memandangkan dirimu yang semakin longlai dan lemah... Menyebabkan aku menarik diri dari terus memujamu... kerana aku dapat rasakan dirimu sudah tidak berguna lagi kepadaku...

Bukan niatku untuk meninggalkanmu... tetapi, hati ini dingin sekali bila bersamamu... aku sudah mula muak dan bosan bila bersama denganmu... Walau pertemuan kita 5 tahun yang lalu dihiasi dengan berbagai kenangan yang indah... Namun, kini aku ketemu dengan yang lebih menawan dan lebih berguna daripadamu....

Bukan aku seorang yang mudah lupa daratan, mahupun seorang yang materialistik, tetapi... apa guna aku terus menyimpan dirimu yang semakin tua, semakin sakit dan susah untuk aku menggunakanmu... Asyik sakit menjadi alasanmu.

Kini, aku telah temui yang baru, walau belum berjaya kutambatnya, namun, lambat laun pasti aku milikinya... Hanya perlukan sedikit masa dan duit, sepertimana aku mendapatkanmu dulu... Oh ya, mungkin kamu fikir kita akan selamanya, lantas ku coretkan di sini tanpa memberitahumu terlebih dahulu supaya hatimu tidak teruk dikecewakan atau disakiti...

Aku juga cemburu melihat teman-temanku semua ramai yang telah 'tukar baju' yang lebih indah dan menawan... bukan itu sahaja, yang aku sedang ngurat juga apa kurangnya... sudahlar pakaiannya menawan, wajahnya tip-top, ada unsur-unsur materialistik lagi... Banyak kegunaannya dan mudah pula untuk diguna... lebih ramping darimu.

Lihatkan pakaianmu yang semakin lusuh.... Sudahlah kurang kegunaanmu, selalu sakit pula... terpaksalar aku meninggalkanmu... wahai kau cinta, walau sudah lima tahun bersamaku... Namun, terimalah ini sebagai takdir dan suratan dari ilahi kepadamu...

*Marah tak korang ngan pengakuan aku ni?? Sebenarnya, wahai kau cinta ni adalah sejenis handphone Nokia 3610 yang display dia dah rosak. Kalau orang call, mesti nampak putih jer skrin dier... Button dier pula tekan send jadi call... aduhai... dahlar takder kaler, boleh call n mesej jer... Skrang gua tengah usha Sony Ericsson Walkman siries... ader sesaper nak jual murah kat gua??

Tuesday, October 14, 2008

Ekspesi Alam

Merangkak-rangkak merentasi masa
Tersengguk-sengguk menahan rasa
Meronta-ronta meminta belas
merayu-rayu diminta merdeka...

Terbawa-bawa ke dalam mimpi
Dihiasi alam penuh misteri
Terhenjut-henjut dibuai irama
Irama alam Gemersik berpesta

Alam menjerit meminta simpati
Lelah memandang diri sendiri
Melihat insan yang berdiri
Sombong, angkuh, biadap
Membinasakan diri...

Lantas bumi menjawab sepi....
Gegeran demi gegaran berselang seli
Dengan gelombang dan tsunami
Adakah manusia itu insafi diri?
Sebelum sangkakala ditiup berbunyi....

Monday, October 13, 2008

Coklat pun OK jugakkan??

Merentasi ruang tona warna di adobe photoshop.... Akhirnya gua berkenan dengan warna coklat ni... Layout gua hilangkan border... supaya idea-idea adalah tanpa sempadan, tanpa halangan... nak ekspresi aper pula yer lepas ni??

Kalau ader masa, gua nak klasifikasikan pautan (link) ke blog2 lain.... Beberapa klasifikasi seperti Blog Politikus, Blog Karyawan Seni, Blog Industri Hiburan, Blog Indipendent, Blog Teman2 dan Blog2 lain... Jika ader masa insya allah... Gua akan penuhi hasrat gua supaya senang gua nak roll kepada blog lain...

Gua nak hiasi dengan benda2 indipendent atau bebas kat blog gua... Kalau nak letak online RSS pun ok kot... gua takut berat dan susah nak bukak jer nanti...

Pepehal, kalau Lu orang ader idea nak bagi kat gua... gua alu-alukan... kalau lu orang nak kritik2, gua terima jugak asalkan kritikan yang membina... Kalau gua tersalah tema, lu orang tolong tegur yer...


Keindahan maya atau fatamorgana
Itu adalah gula dunia...
Jika kurang ia, tawarlah hidup kita...
Jika terlebih ia, sakitlah hidup kita...
Pandailah kita memilih untuk menentukan dosnya...
Berpandukan pada panduan dan pedoman agama...

Sunday, October 12, 2008

Akukah Yang bosan itu??

Melihat blog sendiri... aku bosan tengok layout yang hitam legam ni... takder seri langsung...

Tengok kat blog skullsplitter, dah berwarna-warni.... Tengok blog Yasmin, banyak btul foto... Tengok blog Chenta tapi Bhenci pun dah banyak art nyer...

Akukah yang bosan tu??

Tapi, aku takder idea nak wat layout cemaner...

Takkan nak letak kaler pink plak?? haduh... buhsannya...

Nak update blog... Idea takder... Tolong bagi idea bleh??

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! Jeritan batin....

Wednesday, October 8, 2008

KAMI The Movie 2008.... New Phenomenon of Malay Movie...



'Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada' adalah taqline yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang amat mendalam...


KAMI the Movie adalah cerita melayu berkonsep baru yang amat menarik bagi orang-orang yang pernah melalui zaman underground2 dulu... kiranya cam mengimbau kembali kisah lama lar...


Dalam filem ini, RAHSIA adalah faktor utama yang meneruskan hubungan lima sahabat untuk terus berkawan walaupun berlainan latarbelakang. Mereka mempunyai satu minat yang sama, iaitu pergi 'gig' dan lepak dengar lagu2 indipendent... Tetapi, rahsia itu tidak dapat dijaga selama-lamanya dan satu demi satu perkara yang tidak diinginkan dalam hubungan persahabatan itu berlaku...


Watak utama ialah Ali (Syarul Ezani), Abu (Nas-T), Lyn (Liyana Jasmay), Adii (Ani Zayanah) dan Sofie (Juliana Evans), dengan suntingan bijak pengarah muda (suami isteri Effendy dan Fariza) memainkan emosi dan jalan penceritaan yang menarik dan menghampiri realiti hidup sebenar bagi mereka yang hidup kurang kasih sayang dari keluarga.


Plot pertama diisi dengan aksi Abu dalam pusat juvana, di mana 4 orang senior mahu membelasah Abu tetapi Abu membalas dan dapat 'makan' empat-empat sekali... kemudian Abu berjaya melarikan diri dari pusat tahanan semata-mata mahu meraikan 'last day' SPM rakan-rakan perempuan mereka. Bukan itu sahaja, Abu bertekad mahu menyelamatkan Ali yang tertekan dan selalu menelan pil-pil (dadah) yang merosakkan dirinya sendiri.


Permulaan klimaks ialah di mana Boy, rakan Lynn semasa di pekan kecil dulu muncul di kota (rujuk KAMi the series) dan menghasut Lynn untuk mengedar kembali dadah. Lynn terpaksa mengedar kembali dengan harapan Boy tidak memperapa-apakan kawan-kawannya yang lain. Ternyata, orang jahat takkan berpegang pada janji.... Dalam plot yang semakin kucar-kacir dengan Ali yang bengang dengan penulis 'review' dengan nama pena Teka-teki yang mengutuk bandnya (The Disaster), main lagu tak sedap dan broken English... Ali juga tertekan dengan perangai ibunya yang mahu berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dan perniagaan ayahnya yang merosot... Abu pula tidak dilayan oleh ayahnya selepas kematian abangnya, lari dari pusat juvana dan serabut untuk lari dari orang-orang pusat juvana yang mencarinya... Berlakulah adegan kejar-mengejar yang menarik...


Sofie yang bermasalah dengan ibunya yang dalam proses cerai kali kedua tertekan dengan perangai Zarul (kekasihnya) yang terlampau inginkan kehendak seksual darinya, walhal ibu Sofie seperti merelakan sahaja Zarul dengan perangainya.... Adii pula seorang minah yang positif, berjaya mengekalkan hubungan mereka dan bertindak sebagai mastermind juga bermasalah dengan teman internetnya...


Plot-plot pergaduhan Abu, Ali dengan Boy serta Pekerjaan Ali yang tidak disukainya dihiasi dengan unsur-unsur humor yang dapat menarik mood penonton, dan krisis Ali yang tak suka Abu yang selalu mencuri, bergaduh dan pelbagi gejala negatif.... manakala Abu pula cuba untuk menjauhkan Ali daripada terjebak dengan dadah...


Anti-klimaks yang menarik ditonjolkan dengan terbongkarnya semua rahasia... Yang lari dari pusat juvana, yang mengedar dadah, yang mengambil dadah, yang hipokrit dengan perasaan hati dan yang mempunyai teman istimewa di ruangan chat internet...


Walaupun cerita ini nampak macam serabut, tetapi jalan ceritanya mempunyai kekuatan tersendiri dan mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat... kerana jalan ceritanya yang jelas dipertonjolkan... Cerita ini mengandungi unsur-unsur nasihat, namun ianya juga mengandungi gejala-gejala tidak sihat. Apa-apapun, bergantung kepada penonton untuk menilai yang mana baik yang mana buruk... ok, chow...

Monday, October 6, 2008

Kosong!!!

Kosong 1...

1 Syawal menjelang tiba...
keheningan syawal disambut meriah...
tetapi aku masih termanggu
merenung diri masih kosong...
Banyak sungguh peluang ramadhan kupersiakan...
Tak dapat merebut sebanyak mungkin pahala...
Entahkan terampun dosa-dosa yang silam...

Kosong 2...

Persiapan raya gilang gemilang....
Rumah cat baru luar dan dalam...
Langsir dan alas meja semua sepadan, sedondon...
Berseri-seri melihat baju bersinar menyilau...
tetapi kulihat diri ini atas ke bawah...
Cuma sempat membeli sehelai baju batik ala M. Nasir...
Seluar jeans lusuh itu jua menjadi pilihan...

Kosong 3...

Meriahnya sungguh syawal yang mulia...
Suara riang gelak tawa anak-anak buah menggamit hati...
namun begitu, poket ku raba, dompet ku seluk...
Yang tinggal hanya sekupang lima duit...

Kosong 4...

Seronok juga pergi beraya
Walaupun sudah meningkat dewasa...
rumah rakan dan taulan tidak lepas dari pandangan...
Takkan takder duit raya buat saya???


Nak duit raya??