Sunday, December 27, 2009

Lalai

Lalainya manusia kerana tiga perkara... Lalainya ia sehingga merosakkan sebuah negara, malah boleh menyebabkan kita diselubungi sikap hubbu dunia (cintaka dunia)...

Tiga perkara yang melalaikan manusia ialah: Harta, Takhta dan Wanita.

Terbaharu, seorang pemimpin pemuda UMNO mahu keluar dari UMNO dan masuk PKR kerana merajuk. Dia merajuk bilamana tidak diberikan pingat (takhta) dan projek (harta)...

Seharusnya, dia bertekad untuk berjuang membangunkan agenda perjuangan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Tanahair, tetapi dia dihasut dengan hasutan cintakan dunia oleh pihak-pihak lawan...

Dengar lagi angin bertiup kencang menyatakan dia akan mendapat habuan yang besar jika masuk PKR, apatah lagi beliau sebagai pemimpin pemuda, sudah semestinya dia akan dapat menarik pengikut2 nya sekali.... apa yang akan berlaku apabila pemimpin di peringkat kawasan keluar dari UMNO??

Apa yang sya boleh lihat dari permainan politik dia ini, dia lebih pentingkan pangkat dan harta berbanding keperluan agama, bangsa dan negara. Apabila keinginan diri tidak dipenuhi, dia mulalah hilang pedoman sehingga sanggup menggadaikan maruah untuk memenuhi cita-cita poketnya.

Cuba kita bayangkan... rumah yang kita bina bersama-sama dengan bergotong-royong, sehngga cantik semua bahagian rumah itu... tiba-tiba salah seorang dari kita nyalakan api dan membakar rumah itu. Adakah dia sahaja yang sengsara kehilangan rumah ataupun kita bersama?? Renungkanlah...

Sebelum menjadi pejuang, perlu diingatkan bahawasanya kita perlu berkorban dan mempertaruhkan harta dan nyawa untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair kita dari serangan demi serangan yang berusaha untuk melemahkan kita, setrusnya menjajah kita kembali.

Kalau jadi pemimpin hanya untuk mengejar kekayaan untuk diri sendiri, lupakanlah... Biarlah jadi peniaga yang berjaya dan tinggalkanlah karier politik anda. "Jangan kerana leka laga ayam, negeri tergadai"

Friday, December 25, 2009

Konvensyen PR... Kejayaan Demokrasi atau Permulaan kepada Republikan??

Salam....

Hamba tertarik dengan Konvensyen Pakatan Rakyat 1, yang mana Parti-parti lawan tlah mewujudkan suatu resolusi untuk menjadi sebuah proksi yang bersatu di bawah slogan "Bermuafakat dalam Perbezaan."

Bertitik tolak dari itu, digembur-gemburkan kembai cerita berkenaan dengan Kerajaan Dua Parti yang pasti dapat mengelabui mata emua lapisan masyarakat yang ada di Malaysia.

Resolusi setebal 31 muka surat itu tidak diumumkan secara rasmi di dada-dada media elektronik (blog) milik pembangkang, isi kandungannya dan apa jua yang sudah dimeterai oleh mereka.

Namun, ucapan retorik yang menunjukkan keperihatinan mereka untuk mewujudkan sistem demokrasi yang telus dan janji-janji manis mereka untuk memberikan gula-gula getah kepada orang-orang melayu agar hak keistimewaan orang melayu dipertahankan hanya sekadar ucapan politik, bukanlah mendedahkan apa yang dimetera MoU sesama mereka.

Namun begitu, PAS terpaksa terus mengalah dengan DAP dan PKR dalam isu-isu yang melibatkan negara islam dan juga isu-isu kenasionalisme yang dilihat sangat menyerupai dengan apa yang telah dilaksanakan oleh BN dan UMNO selama mereka memerintah... PAS akhirnya dlihat menghalalkan semua cara untuk menumpaskan kerajaan BN yang ditunjangi oleh orang melayu.

Mengapa??

UMNO dikatakan zalim dan perkauman... benarkah?? Adakah kaum-kaum yang terdapat di Malaysia ini dibunuh dengan kejam ataupun dihapuskan etniknya??

Lazim bagi mereka mengatakan UMNO parti nasionalis... Tetapi, mengapa UMNO tertubuh jua sedangkan perbincangan untuk menubuhkan UMNO juga melbatkan ulama-ulama nusantara yang hebat semasa zamannya dahulu?? OK... hamba meninggalkan persoalan ini untuk anda semua.

Sejarah tidak pernah menipu kita... Melayu... adalah sebuah bangsa... Sebuah bangsa yang bersatu dengan dua identiti iaitu bertutur dengan bahasa melayu dan beragama islam... Ini ditetapkan oleh Perlembagaan yang wujud sebelum merdeka lagi.... Gabungan semua kaum peribumi ini tak kiralah kaum apa.... Jawa, Minang, Banjar, Bugis, Orang Laut, dan sebagainya... Asalkan mereka bertutur dalam bahasa Melayu dan Beragama Islam, maka mereka layak menjadi bangsa melayu di Malaysia ini... 1946, UMNO ditubuhkan bukan sekadar menyatukan peribumi, ianya juga menyatupadukan semua orang islam di sini... Ini termasuk juga keturunan Arab dan Parsi.... Maka, tidak timbul soal Nasionalis di sini melainkan penyatuan ini bertujuan menolak Malayan Union dan juga memacu kepada kemerdekaan...

Tanah Melayu ini kuat dengan adanya penyatuan bangsa melayu yang jelas menunjukkan penyatuan orang islam di tanah ini... Maka, terdapat seorang yang memainkan peranan dalam melindungi hakikat penyatuan agar tiadk rosak iaitu Raja-raja Melayu. Dengan adanya institusi Beraja, melayu akan kembali bersatu apabila ditegur oleh Sultan. Oleh yang demikian, tuntutan Pilihan Raya hanyalah untuk menunjukkan keadilan kepada rakyat sedangkan kuasa mutlak tetap di tangan Raja-raja Melayu... Maka, orang melayu sepatutnya sepakat dalam mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu kerana perpaduan bangsa islam itu memberikan kekuatan kepada orang islam itu sendiri...

Melalui resolusi yang disepakati oleh gabungan PR, hamba rasakan ianya suatu retorik untuk keadilan, bagi hamba ianya hanyalah untuk meningkatkan tahap keliberalan ke tahap yang lebih tinggi, di mana hak kesamarataan melebihi daripada hak keistimewaan dan ketuanan melayu.

Jika mereka berjaya memerintah negara, hamba risaukan akan terjadi pelbagai perkara yan kita semua idak ingini...
1) Hak keistimewaan orang melayu akan terhakis sedikit demi sedikit ataupun sekaligus.
2) Raja-raja hanya tinggal nama... Anwar Ibrahim jadi PM pertama, Lim Kit Siang jadi Presiden pertama, tiada lagi keperluan Raja-raja untuk menggubal dasar atau meluluskan apa-apa rang undang-undang.
3) Tahap survival orang melayu dan peribumi yang lai merosot kembali seperti sebelum merdheka.
4) Untuk mengelakkan dituduh stereotaip, mereka pasti akan adakan dasar berbeza yang dapat mengelirukan dan menyusahkan rakyat seluruhnya
5) Tanah-tanah MCL (Tanah adat melayu) pun boley ditukar status kepada Kawasan Perkuburan Cina....

Apa pun, apa yang akan berlaku hanyala ketentuan Ilahi, hamba hanya memberikan pandangan... Harap2 kita dapat membuat diskusi di sini...

Thursday, December 24, 2009

Kembali...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hamba kembali di sini untuk mencoretkan sesuatu yang berharga kerana melihat banyaknya perang saraf-perang saraf yang semakin meluas di sini sehinggakan anak bangsa hamba berpecah belah...

Penulisan hamba bukanlah baik sangat, bukan juga boleh ubah situasi yang berlaku hari ini... Namun begitu, hamba harap apa yang hamba coretkan dapat menjadi idea dan buah fikiran semua.... hamba jua manusia yang lemah... oleh yang demikian, hamba mulakan dengan ungkapan maaf andai perkataan hamba selepas ini menusuk kalbu sesiapa sahaja yang terasa... sekian...

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair...