Sunday, December 27, 2009

Lalai

Lalainya manusia kerana tiga perkara... Lalainya ia sehingga merosakkan sebuah negara, malah boleh menyebabkan kita diselubungi sikap hubbu dunia (cintaka dunia)...

Tiga perkara yang melalaikan manusia ialah: Harta, Takhta dan Wanita.

Terbaharu, seorang pemimpin pemuda UMNO mahu keluar dari UMNO dan masuk PKR kerana merajuk. Dia merajuk bilamana tidak diberikan pingat (takhta) dan projek (harta)...

Seharusnya, dia bertekad untuk berjuang membangunkan agenda perjuangan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Tanahair, tetapi dia dihasut dengan hasutan cintakan dunia oleh pihak-pihak lawan...

Dengar lagi angin bertiup kencang menyatakan dia akan mendapat habuan yang besar jika masuk PKR, apatah lagi beliau sebagai pemimpin pemuda, sudah semestinya dia akan dapat menarik pengikut2 nya sekali.... apa yang akan berlaku apabila pemimpin di peringkat kawasan keluar dari UMNO??

Apa yang sya boleh lihat dari permainan politik dia ini, dia lebih pentingkan pangkat dan harta berbanding keperluan agama, bangsa dan negara. Apabila keinginan diri tidak dipenuhi, dia mulalah hilang pedoman sehingga sanggup menggadaikan maruah untuk memenuhi cita-cita poketnya.

Cuba kita bayangkan... rumah yang kita bina bersama-sama dengan bergotong-royong, sehngga cantik semua bahagian rumah itu... tiba-tiba salah seorang dari kita nyalakan api dan membakar rumah itu. Adakah dia sahaja yang sengsara kehilangan rumah ataupun kita bersama?? Renungkanlah...

Sebelum menjadi pejuang, perlu diingatkan bahawasanya kita perlu berkorban dan mempertaruhkan harta dan nyawa untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair kita dari serangan demi serangan yang berusaha untuk melemahkan kita, setrusnya menjajah kita kembali.

Kalau jadi pemimpin hanya untuk mengejar kekayaan untuk diri sendiri, lupakanlah... Biarlah jadi peniaga yang berjaya dan tinggalkanlah karier politik anda. "Jangan kerana leka laga ayam, negeri tergadai"

Friday, December 25, 2009

Konvensyen PR... Kejayaan Demokrasi atau Permulaan kepada Republikan??

Salam....

Hamba tertarik dengan Konvensyen Pakatan Rakyat 1, yang mana Parti-parti lawan tlah mewujudkan suatu resolusi untuk menjadi sebuah proksi yang bersatu di bawah slogan "Bermuafakat dalam Perbezaan."

Bertitik tolak dari itu, digembur-gemburkan kembai cerita berkenaan dengan Kerajaan Dua Parti yang pasti dapat mengelabui mata emua lapisan masyarakat yang ada di Malaysia.

Resolusi setebal 31 muka surat itu tidak diumumkan secara rasmi di dada-dada media elektronik (blog) milik pembangkang, isi kandungannya dan apa jua yang sudah dimeterai oleh mereka.

Namun, ucapan retorik yang menunjukkan keperihatinan mereka untuk mewujudkan sistem demokrasi yang telus dan janji-janji manis mereka untuk memberikan gula-gula getah kepada orang-orang melayu agar hak keistimewaan orang melayu dipertahankan hanya sekadar ucapan politik, bukanlah mendedahkan apa yang dimetera MoU sesama mereka.

Namun begitu, PAS terpaksa terus mengalah dengan DAP dan PKR dalam isu-isu yang melibatkan negara islam dan juga isu-isu kenasionalisme yang dilihat sangat menyerupai dengan apa yang telah dilaksanakan oleh BN dan UMNO selama mereka memerintah... PAS akhirnya dlihat menghalalkan semua cara untuk menumpaskan kerajaan BN yang ditunjangi oleh orang melayu.

Mengapa??

UMNO dikatakan zalim dan perkauman... benarkah?? Adakah kaum-kaum yang terdapat di Malaysia ini dibunuh dengan kejam ataupun dihapuskan etniknya??

Lazim bagi mereka mengatakan UMNO parti nasionalis... Tetapi, mengapa UMNO tertubuh jua sedangkan perbincangan untuk menubuhkan UMNO juga melbatkan ulama-ulama nusantara yang hebat semasa zamannya dahulu?? OK... hamba meninggalkan persoalan ini untuk anda semua.

Sejarah tidak pernah menipu kita... Melayu... adalah sebuah bangsa... Sebuah bangsa yang bersatu dengan dua identiti iaitu bertutur dengan bahasa melayu dan beragama islam... Ini ditetapkan oleh Perlembagaan yang wujud sebelum merdeka lagi.... Gabungan semua kaum peribumi ini tak kiralah kaum apa.... Jawa, Minang, Banjar, Bugis, Orang Laut, dan sebagainya... Asalkan mereka bertutur dalam bahasa Melayu dan Beragama Islam, maka mereka layak menjadi bangsa melayu di Malaysia ini... 1946, UMNO ditubuhkan bukan sekadar menyatukan peribumi, ianya juga menyatupadukan semua orang islam di sini... Ini termasuk juga keturunan Arab dan Parsi.... Maka, tidak timbul soal Nasionalis di sini melainkan penyatuan ini bertujuan menolak Malayan Union dan juga memacu kepada kemerdekaan...

Tanah Melayu ini kuat dengan adanya penyatuan bangsa melayu yang jelas menunjukkan penyatuan orang islam di tanah ini... Maka, terdapat seorang yang memainkan peranan dalam melindungi hakikat penyatuan agar tiadk rosak iaitu Raja-raja Melayu. Dengan adanya institusi Beraja, melayu akan kembali bersatu apabila ditegur oleh Sultan. Oleh yang demikian, tuntutan Pilihan Raya hanyalah untuk menunjukkan keadilan kepada rakyat sedangkan kuasa mutlak tetap di tangan Raja-raja Melayu... Maka, orang melayu sepatutnya sepakat dalam mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu kerana perpaduan bangsa islam itu memberikan kekuatan kepada orang islam itu sendiri...

Melalui resolusi yang disepakati oleh gabungan PR, hamba rasakan ianya suatu retorik untuk keadilan, bagi hamba ianya hanyalah untuk meningkatkan tahap keliberalan ke tahap yang lebih tinggi, di mana hak kesamarataan melebihi daripada hak keistimewaan dan ketuanan melayu.

Jika mereka berjaya memerintah negara, hamba risaukan akan terjadi pelbagai perkara yan kita semua idak ingini...
1) Hak keistimewaan orang melayu akan terhakis sedikit demi sedikit ataupun sekaligus.
2) Raja-raja hanya tinggal nama... Anwar Ibrahim jadi PM pertama, Lim Kit Siang jadi Presiden pertama, tiada lagi keperluan Raja-raja untuk menggubal dasar atau meluluskan apa-apa rang undang-undang.
3) Tahap survival orang melayu dan peribumi yang lai merosot kembali seperti sebelum merdheka.
4) Untuk mengelakkan dituduh stereotaip, mereka pasti akan adakan dasar berbeza yang dapat mengelirukan dan menyusahkan rakyat seluruhnya
5) Tanah-tanah MCL (Tanah adat melayu) pun boley ditukar status kepada Kawasan Perkuburan Cina....

Apa pun, apa yang akan berlaku hanyala ketentuan Ilahi, hamba hanya memberikan pandangan... Harap2 kita dapat membuat diskusi di sini...

Thursday, December 24, 2009

Kembali...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hamba kembali di sini untuk mencoretkan sesuatu yang berharga kerana melihat banyaknya perang saraf-perang saraf yang semakin meluas di sini sehinggakan anak bangsa hamba berpecah belah...

Penulisan hamba bukanlah baik sangat, bukan juga boleh ubah situasi yang berlaku hari ini... Namun begitu, hamba harap apa yang hamba coretkan dapat menjadi idea dan buah fikiran semua.... hamba jua manusia yang lemah... oleh yang demikian, hamba mulakan dengan ungkapan maaf andai perkataan hamba selepas ini menusuk kalbu sesiapa sahaja yang terasa... sekian...

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair...

Saturday, April 18, 2009

Rentetan Peristiwa.... Sejarah Keagungan Andalusia.

Andalusia... Sebuah nama yang tinggal nama sahaja...

Andalusia diislamkan oleh Thariq ibn Ziyad. Seorang panglima Bani Umaiyah yang sangat hebat, menggempur tentera Byzantine di Andalusia tanpa meminta pertolongan tambahan dari Kufah. Peristiwa ini berlaku pada tahun 711 Masihi, akhirnya Andalusia diislamkan dari kerajaan Rom yang semakin lemah.

Sejarah membuktikan, Andalusia menjadi kota islam pertama yang syahid di tangan Byzantine pada 1428 Masihi. Selama 8 abad sahaja islam bertapak di Andalusia, tetapi... Lihatlah warisan islam di Andalusia, lihatlah kemegahan Al-Hambra di Grenada, Masjid Al-Cordova di COrdova, Pusat Pentadbiran Madinah Az Zahra. Lahirlah arkitek agung bernama Abdul Rahman Al-Dakhil sehingga tercetusnya revolusi pembangunan di Andalusia.

Di zaman kemuncak Andalusia, telah melahirkan ramai tokoh Islam yang mengarang kitab-kitab dan akhirnya kitab tersebut menjadi rujukan umat Islam kini. Tokoh-tokoh seperti Ibn Rush, Ibn Hazm al-Andalusi, Ibn Hazm al-Qurtubi, Fudayl ibn Iyad al-Arabi, Imam al-Shatibi, al-Qurtubi dan lain-lain telah menberi sumbangan mereka dalam bidang-bidang ilmu turath.

Al-Zahrawi dan Ibn Zuhr menjadi pelopor di dalam bidang perubatan di samping penguasaan mereka dalam bidang-bidang ilmu Islam yang lain.

8 Abad, suatu tempoh yang sangat panjang. Namun, melihat kepada pembangunan fizikal dan spiritual ummat islam di Andalusia, membuktikan islam itu adalah agama yang syumul dan lengkap bagi semua manusia dan sesuai sepanjang zaman. Begitu juga dengan pembangunan negara kita.... Islam telah bertapak dengan jelasnya 6 abad (dari zaman Melaka), bermulalah pembangunan sehingga Melaka menjadi Pusat Pentadbiran Terulung di rantau ini, bisa menguruskan perdagangan Timur dan Barat, aman dan makmur dari ancaman lanun-lanun. Pentadbiran yang tersusun dengan hukum kanun Melaka dan Hukum Kanun Laut Melaka menbuktikan betapa islam telah diterapkan ke dalam diri ummat islam di Melaka.

Sayangnya, penjajah Portugis berjaya mengalahkan Melaka dengan penyelewengan dan masalah dalaman Melaka. Apatah peliknya, Armada perang Melaka yang mudik sepanjang Selat Melaka ibarat tidak wujud langsung masa Portugis menyerang Melaka. Kota Melaka pula berjaya ditembusi sewenang-wenangnya bilamana ada pengkhianat membukakan pintu laut Kota Melaka. Lebih 400 Tahun negara kita bergolak dengan penjajahan barat, akhirnya kemerdekaan berjaya dicapai.

Kemudian, pembangunan islam diteruskan dengan misi kemerdekaan, misi pembangunan, misi pembangunan insan, misi kemodenan dan misi pembangunan modal insan. Zaman menyaksikan banyak kemajuan dicapai selaras dengan kekuatan pentadbiran dan kestabilan negara kita. Ditambah pula dengan sistem yang islamik dan menyokong pembangunan, tidak mustahil Malaysia akan menjadi hebat seperti Andalusia di zaman kegemilangannya...

Namun begitu, mungkinkah kita dapat mencapai kegemilangan jika kita berpecah-belah dan berpuak-puak?? Kaum dan agama minoriti tidak lagi menghormati kaum dan agama majoriti?? FIkirlah bersama-sama................

Friday, April 17, 2009

Edisi Khas : Resolusi 6 / 2009 BPN - Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang

1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.


Video tersebut ada di bawah ini ( link asal klik sini ):





Wednesday, April 15, 2009

Semangat teruskan Perjuangan

Kemajuan Berteras Kemakmuran
Minda Berkualiti Hidup Harmoni...
Kesatuan membentuk Kekuatan
Jatidiri pegangan Utuhlah hati-hati....

Kabinet baharu, tegaslah sudah
Agenda Rakyat itu yang Utama
Dekat di hati rakyat Penentu masa depan
Agar kita bersatu hati, bersama membina
Watan Gemilang....

Zamspotte
CC
11.48 malam

Monday, March 30, 2009

Fitnah... Propaganda paling berbahaya...

Kerana fitnah, Ali Karramallahuwajha disalahkan dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan berlakunya pemberontakan semasa pemerintahan Ali sehingga berlakunya perang Jamal antara dua orang kekasih rasulullah, Ali Karramallahuwajha dan Aisyah Humairah (disokong oleh Talhah dan Zubair r.a.)... Walaupun Ali menang, tetapi, perang ini membawa kepada banyak perselisihan dan perpecahan ummat islam pada masa itu...

Rentetan peristiwa tersebut, wujud pula bani Umaiyah yang menyokong Muawiyah bin Abi Sufian. Akhirnya berlaku perang Siffin antara tentera Khalifah dan Tentera Muawiyah (Gabenor Syria)... Dalam perang Siffin, dimenangi oleh tentera Ali... Akhirnya gencatan senjata dicapai melalui Majlis Tahkim. Ianya dipersetujui oleh semua orang... Tetapi, Wujud pula puak pelampau dari golongan Khawarij pimpinan Abdullah bin Saba' yang menyerang kem Ali dan Muawiyah serentak di waktu malam... Akhirnya persengketaan tercetus kembali...

Dari peristiwa Fitnah Al-Kubra (Fitnah pembunuhan Uthman), berlakulah pergolakan dan perpecahan umat islam kepada tiga golongan iaitu Syiah (Pelampau yang sokong Ali), SUnni (Penyokong Muawiyah) dan Khawarij (Mu'tazilah)... Pepecahan ini disebabkan oleh pepecahan politik, bukan pepecahan teologi (pendapat Harun Nasution).

Pepecahan ini merugikan pihak Khalifah. Akhirnya, 20 Ramadan 660 M, ALi dibunuh oleh puak Khawarij... Anaknya Hasan memangku tugas... Kurang 40 hari selepas itu beliau diracun oleh isterinya sendiri...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rentetan daripada peristiwa yang berlaku pada zaman Khalifah Ali Karramallahuwajha, kita seharusnya sedar akan kekejaman pemfitnah... AKhirnya, bahtera yang kita naiki ini tenggelam ke dasar lautan...

Peristiwa fitnah ini berlaku lagi... Sila lihat laporan ini... Nazmi difitnah.

Sunday, March 29, 2009

Bila...

Bila jasadmu semakin kaku
Bila rohmu sudah di halkum
Bila Izrail mencengkam rohmu...
Kala itu, taubatmu... Sudah tiada gunanya lagi...

zamspotte
8 Julai 2008

Sunday, March 22, 2009

Belajarlah daripada Sejarah Pembukaan Madinah Al-Munawwarah!!!

Salam....

Agak lama saya tidak menulis, apatah lagi isu berkaitan dengan politik semasa. Namun, melihat kepada situasi politik sekarang, saya merasakan agak gusar untuk menulis apatah lagi mengupas isu politik. Biasanya, kalau sokong orang dokong, kalau bantah orang keji, terutamanya yang memfanatikkan diri dengan parti berunsur sosialis.

Namun, saya tidak nampak di mana untungnya kita sebagai bangsa utama dan identiti tanahair ini dengan situasi politik hari ini yang dilihat sebagai lebih menjauhi sistem politik islam, walaupun mereka berkata mereka menyokong politik islam.

Belajarlah daripada Sejarah Nabi Muhammad s.a.w. membuka kota Madinah Al-Munawwarah. Nabi berhijrah ke madinah dan terus membina masjid Quba dengan kudrat baginda sendiri. Simboliknya masjid ini adalah sebagai tempat ibadat dan pusat penyatuan umat islam, ingat! pusat penyatuan umat islam dan aktiviti-aktiviti pentadbiran yang lain.

Kemudian, baginda menyatukan bangsa arab yang berkabilah-kabilah menjadi satu identiti iaitu bangsa arab islam. Tiada lagi Auz, tiada lagi Khajraj, tiada lagi bani-bani lain. Yang ada hanyalah satu entiti iaitu bangsa arab islam. Di sini jelaslah pentingnya penyatuan bangsa dalam membentuk sebuah kota bercahaya iaitu menerima akidah islam dengan mudah.

Kemudian, barulah tertebuhnya Piagam Madinah yang berkehendakkan kepada keadilan dalam pentadbiran di Madinah. Pada masa itu, ekonomi madinah dikuasai dan dimonopoli oleh orang yahudi yang berorientasikan riba. Kaedah meniaga mereka memang menekan dan menjadikan orang arab kurang kekayaan berbanding yahudi. tanah madinah yang subur juga mempunyai pelbagai hasil tanaman yang pelbagai, diusahakan oleh orang arab tetapi yang kaya tetap yahudi melalui sistem orang tengah.

Piagam madinah lebih kepada mengharamkan riba dan membentuk sistem perdagangan al-mudarabah. sistem ini jelas menyeimbangkan ekonomi orang islam dan yahudi. Diwujudkan pula pasar untuk orang islam berniaga. Ini jelas lebih menguntungkan orang islam. Akhirnya, orang islam dapat menyaingi kekuatan ekonomi orang yahudi.

Persoalannya, adakah sistem yang memihak kepada bumiputera dalam tanah orang melayu ini bersifat perkauman atau apartheid?? Salahkah kita menjaga kepentingan bangsa melayu islam untuk survival bangsa melayu itu sendiri?? Tepuk dada, tanyalah iman...

Friday, February 20, 2009

Patutkah??

Patutkah?
Patutkah seorang guru memaki pelajarnya??
Patutkah seorang guru mengatakan dia benci akan pelajarnya??
Patutkah seorang guru kata anak muridnya perangai buruk dan tak boleh ubah lagi??

Kesalnya aku, guru melayu yang bersikap begini berbanding guru-guru lain...
Apakah buruk sangatkah pelajar itu hingga guru berkata begitu?
Benci sangatkah mendidik mereka?
Adakah tidak berbaloi gaji yang diterima oleh kerajaan untuk mendidik anak bangsa??

Jika sikap semua guru begini, mungkinkah kita akan senasib dengan Rohingya nanti????

Friday, January 9, 2009

Kekejaman Melanda!!!!


Baca Surah Al-Fiil, Surah Al-Fath Ayat 26-27 dan Surah Yunus ayat 85,86 dan 88 berserta dengan doa dari kita moga Zionis dihancurkan oleh Allah SWT. Amin.
_____________________________________________________________________

Sesungguhnya tiada yang lebih menyayatkan dari melihat saudara seagamaku dibunuh, dibakar, dibedil peluru, dibom dengan bom berangkai, dipanah dan dihujani dengan peluru-peluru hidup, yang menjadi hujan mewarnai setiap hari-hari mereka...

Sesungguhnya tiada yang lebih merunsingkan dari melihat saudara seagamaku hidup dalam ketakutan dan kematian, hidup dan mati dalam keaiban, entahkan mana kuburnya... entahkan mana nisannya... entahkan mana badannya... hancur berkecai dimamah api, dimamah bom, dimamah bedilan dan peluru...

Sesungguhnya tiada yang lebih hiba dari melihat saudara seagamaku berpuak-puak dan berperang sesama sendiri... Hanya melihat saudara yang lain dibunuh, bahkan turut membantu si harbi keparat menyembelih saudara sendiri!!!

Lihatlah dunia! Tiada apa yang mampu aku perbuat melainkan doa... tiada daya melainkan berkempen dan bersabar. Ingatlah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!!!'

Si Harbi sialan keparat sudah melampaui batasan kemanusiaan. Seharusnya semua umat manusia tidak kira warna kulit atau pegangan agama bersatu menidakkan mereka yang lebih kepada menghapuskan etnik Arab-Palestin... Kerana Kemanusiaan itu melampaui batasan warna kulit mahupun agama...

Aku menyeru kepada semua! Mari kita pulaukan produk mereka... MAri kita lumpuhkan ekonomi mereka... Mari kita sekat keupayaan ekonomi dan persenjataan mereka...

Apa gunanya ada International Herald Tribune?? Apa gunanya Arab League?? OIC?? NAM??? Sudahlah kita jangan harapkan Security Council UN! Mereka juga bersubahat dan bersekutu dengan kejahatan... Inilah pusat Paksi Kejahatan Dunia!!!

*All of human being from East of Japan to West of USA, From North Pole to South Pole... All we Unite and Fight this War Crimes again Palestinian... This is not the religional war, but this is the humanity Crisis... All Clubs and Organizations, please unite and fight these terrorisms...

(Ko sapa siput nak seru2 orang ni???)