Friday, April 17, 2009

Edisi Khas : Resolusi 6 / 2009 BPN - Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang

1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.


Video tersebut ada di bawah ini ( link asal klik sini ):





Wednesday, April 15, 2009

Semangat teruskan Perjuangan

Kemajuan Berteras Kemakmuran
Minda Berkualiti Hidup Harmoni...
Kesatuan membentuk Kekuatan
Jatidiri pegangan Utuhlah hati-hati....

Kabinet baharu, tegaslah sudah
Agenda Rakyat itu yang Utama
Dekat di hati rakyat Penentu masa depan
Agar kita bersatu hati, bersama membina
Watan Gemilang....

Zamspotte
CC
11.48 malam

Monday, March 30, 2009

Fitnah... Propaganda paling berbahaya...

Kerana fitnah, Ali Karramallahuwajha disalahkan dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan berlakunya pemberontakan semasa pemerintahan Ali sehingga berlakunya perang Jamal antara dua orang kekasih rasulullah, Ali Karramallahuwajha dan Aisyah Humairah (disokong oleh Talhah dan Zubair r.a.)... Walaupun Ali menang, tetapi, perang ini membawa kepada banyak perselisihan dan perpecahan ummat islam pada masa itu...

Rentetan peristiwa tersebut, wujud pula bani Umaiyah yang menyokong Muawiyah bin Abi Sufian. Akhirnya berlaku perang Siffin antara tentera Khalifah dan Tentera Muawiyah (Gabenor Syria)... Dalam perang Siffin, dimenangi oleh tentera Ali... Akhirnya gencatan senjata dicapai melalui Majlis Tahkim. Ianya dipersetujui oleh semua orang... Tetapi, Wujud pula puak pelampau dari golongan Khawarij pimpinan Abdullah bin Saba' yang menyerang kem Ali dan Muawiyah serentak di waktu malam... Akhirnya persengketaan tercetus kembali...

Dari peristiwa Fitnah Al-Kubra (Fitnah pembunuhan Uthman), berlakulah pergolakan dan perpecahan umat islam kepada tiga golongan iaitu Syiah (Pelampau yang sokong Ali), SUnni (Penyokong Muawiyah) dan Khawarij (Mu'tazilah)... Pepecahan ini disebabkan oleh pepecahan politik, bukan pepecahan teologi (pendapat Harun Nasution).

Pepecahan ini merugikan pihak Khalifah. Akhirnya, 20 Ramadan 660 M, ALi dibunuh oleh puak Khawarij... Anaknya Hasan memangku tugas... Kurang 40 hari selepas itu beliau diracun oleh isterinya sendiri...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rentetan daripada peristiwa yang berlaku pada zaman Khalifah Ali Karramallahuwajha, kita seharusnya sedar akan kekejaman pemfitnah... AKhirnya, bahtera yang kita naiki ini tenggelam ke dasar lautan...

Peristiwa fitnah ini berlaku lagi... Sila lihat laporan ini... Nazmi difitnah.

Sunday, March 29, 2009

Bila...

Bila jasadmu semakin kaku
Bila rohmu sudah di halkum
Bila Izrail mencengkam rohmu...
Kala itu, taubatmu... Sudah tiada gunanya lagi...

zamspotte
8 Julai 2008

Sunday, March 22, 2009

Belajarlah daripada Sejarah Pembukaan Madinah Al-Munawwarah!!!

Salam....

Agak lama saya tidak menulis, apatah lagi isu berkaitan dengan politik semasa. Namun, melihat kepada situasi politik sekarang, saya merasakan agak gusar untuk menulis apatah lagi mengupas isu politik. Biasanya, kalau sokong orang dokong, kalau bantah orang keji, terutamanya yang memfanatikkan diri dengan parti berunsur sosialis.

Namun, saya tidak nampak di mana untungnya kita sebagai bangsa utama dan identiti tanahair ini dengan situasi politik hari ini yang dilihat sebagai lebih menjauhi sistem politik islam, walaupun mereka berkata mereka menyokong politik islam.

Belajarlah daripada Sejarah Nabi Muhammad s.a.w. membuka kota Madinah Al-Munawwarah. Nabi berhijrah ke madinah dan terus membina masjid Quba dengan kudrat baginda sendiri. Simboliknya masjid ini adalah sebagai tempat ibadat dan pusat penyatuan umat islam, ingat! pusat penyatuan umat islam dan aktiviti-aktiviti pentadbiran yang lain.

Kemudian, baginda menyatukan bangsa arab yang berkabilah-kabilah menjadi satu identiti iaitu bangsa arab islam. Tiada lagi Auz, tiada lagi Khajraj, tiada lagi bani-bani lain. Yang ada hanyalah satu entiti iaitu bangsa arab islam. Di sini jelaslah pentingnya penyatuan bangsa dalam membentuk sebuah kota bercahaya iaitu menerima akidah islam dengan mudah.

Kemudian, barulah tertebuhnya Piagam Madinah yang berkehendakkan kepada keadilan dalam pentadbiran di Madinah. Pada masa itu, ekonomi madinah dikuasai dan dimonopoli oleh orang yahudi yang berorientasikan riba. Kaedah meniaga mereka memang menekan dan menjadikan orang arab kurang kekayaan berbanding yahudi. tanah madinah yang subur juga mempunyai pelbagai hasil tanaman yang pelbagai, diusahakan oleh orang arab tetapi yang kaya tetap yahudi melalui sistem orang tengah.

Piagam madinah lebih kepada mengharamkan riba dan membentuk sistem perdagangan al-mudarabah. sistem ini jelas menyeimbangkan ekonomi orang islam dan yahudi. Diwujudkan pula pasar untuk orang islam berniaga. Ini jelas lebih menguntungkan orang islam. Akhirnya, orang islam dapat menyaingi kekuatan ekonomi orang yahudi.

Persoalannya, adakah sistem yang memihak kepada bumiputera dalam tanah orang melayu ini bersifat perkauman atau apartheid?? Salahkah kita menjaga kepentingan bangsa melayu islam untuk survival bangsa melayu itu sendiri?? Tepuk dada, tanyalah iman...

Friday, February 20, 2009

Patutkah??

Patutkah?
Patutkah seorang guru memaki pelajarnya??
Patutkah seorang guru mengatakan dia benci akan pelajarnya??
Patutkah seorang guru kata anak muridnya perangai buruk dan tak boleh ubah lagi??

Kesalnya aku, guru melayu yang bersikap begini berbanding guru-guru lain...
Apakah buruk sangatkah pelajar itu hingga guru berkata begitu?
Benci sangatkah mendidik mereka?
Adakah tidak berbaloi gaji yang diterima oleh kerajaan untuk mendidik anak bangsa??

Jika sikap semua guru begini, mungkinkah kita akan senasib dengan Rohingya nanti????

Friday, January 9, 2009

Kekejaman Melanda!!!!


Baca Surah Al-Fiil, Surah Al-Fath Ayat 26-27 dan Surah Yunus ayat 85,86 dan 88 berserta dengan doa dari kita moga Zionis dihancurkan oleh Allah SWT. Amin.
_____________________________________________________________________

Sesungguhnya tiada yang lebih menyayatkan dari melihat saudara seagamaku dibunuh, dibakar, dibedil peluru, dibom dengan bom berangkai, dipanah dan dihujani dengan peluru-peluru hidup, yang menjadi hujan mewarnai setiap hari-hari mereka...

Sesungguhnya tiada yang lebih merunsingkan dari melihat saudara seagamaku hidup dalam ketakutan dan kematian, hidup dan mati dalam keaiban, entahkan mana kuburnya... entahkan mana nisannya... entahkan mana badannya... hancur berkecai dimamah api, dimamah bom, dimamah bedilan dan peluru...

Sesungguhnya tiada yang lebih hiba dari melihat saudara seagamaku berpuak-puak dan berperang sesama sendiri... Hanya melihat saudara yang lain dibunuh, bahkan turut membantu si harbi keparat menyembelih saudara sendiri!!!

Lihatlah dunia! Tiada apa yang mampu aku perbuat melainkan doa... tiada daya melainkan berkempen dan bersabar. Ingatlah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!!!'

Si Harbi sialan keparat sudah melampaui batasan kemanusiaan. Seharusnya semua umat manusia tidak kira warna kulit atau pegangan agama bersatu menidakkan mereka yang lebih kepada menghapuskan etnik Arab-Palestin... Kerana Kemanusiaan itu melampaui batasan warna kulit mahupun agama...

Aku menyeru kepada semua! Mari kita pulaukan produk mereka... MAri kita lumpuhkan ekonomi mereka... Mari kita sekat keupayaan ekonomi dan persenjataan mereka...

Apa gunanya ada International Herald Tribune?? Apa gunanya Arab League?? OIC?? NAM??? Sudahlah kita jangan harapkan Security Council UN! Mereka juga bersubahat dan bersekutu dengan kejahatan... Inilah pusat Paksi Kejahatan Dunia!!!

*All of human being from East of Japan to West of USA, From North Pole to South Pole... All we Unite and Fight this War Crimes again Palestinian... This is not the religional war, but this is the humanity Crisis... All Clubs and Organizations, please unite and fight these terrorisms...

(Ko sapa siput nak seru2 orang ni???)