Thursday, February 28, 2008

...... kala hati dan minda tidak sehaluan.......

kala hati dan minda tidak sehaluan...
perbuatanku jua celaru...
fikiranku semakin berpinar2...
minda dan hati tidak bersatu...

kala minda dan hati tidak sehaluan...
kosongku rasakan hari-hariku
gelapku rasakan duniaku
malap semua perilakuku

kala hati dan minda tidak sehaluan
akalku tidak mampu mengajar
perlakuanku semakin celaru
gilakkah akuk??

atau adakah aku tidak sihat??
aku jua tidak mengerti
setiap perbuatan dan pemikiranku
tidak sama...

perbuatanku semakin tersimpang
dari fikiran...

adakah pemikiran aku sudah sampai hadnya??
atau aku sudah tidak mampu untuk hidup lagi??

argh... persetankan semua persoalan
yang penting... yang penting.... aku hepi

Nornizam Jamal
5 Februari 2008
2.11 pm
Opis Satang Biotech

Monday, February 25, 2008

Raul Castro dipilih sebagai Pemimpin Cuba

Selepas pengunduran Fidel Castro, adiknya Raul Castro mengambil alih pucuk pimpinan tertinggi Cuba, dilantik dan bukan secara demokrasi...

Raul, dalam ucapannya kepada ahli parlimen,""Fidel tidak boleh digantikan; orang ramai akan meneruskan kerjanya walaupun beliau tidak berada dengan kita secara fizikal, tapi ideanya tetap berada di sini."

berita penuh dari berita harian, Utusan

Thursday, February 21, 2008

PETUALANG

Semalam katanya dia cinta padamu
Hari ini dibiarnya kau bersendirian
Dia tidak pernah cinta padamu

Semalam dia menangis kerana lukamu
Hari ini menggelengkan kepala
Melihat lukamu masih berdarah
Dia tidak pernah simpati padamu

Semalam dia menyabung nyawa
Berdiri disisimu
Hari ini dibiarkan saja
Kau diperkosa
Kerana dia itulah dia
Petualang melulu

oleh Said Zahari (sewaktu dalam tahanan di penjara Changi dibawah pemerintahan rejim Lee Kuan Yew 1967)

*Amat mandalam maksud sajak ini...

Wednesday, February 20, 2008

DUN Kota Laksamana ATAU Parlimen Kota Melaka

Parlimen Kota Melaka adalah kawasan majoriti Cina di Melaka. 5 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang termasuk dalam parlimen Kota Melaka ialah Kesidang, Duyong, Telok Mas, Kota Laksamana dan Bandar Hilir. Diberitakan sebanyak 60 ke 70% pengundi adalah daripada undian bangsa Cina.

DUN Kota Laksamana dimenangi oleh Betty (DAP) dengan majoriti undian 3,642 menewaskan calon MCA, Lim Eng Teck. Manakala Wong Chai Nee pula menang dengan undian 219 menewaskan calon DAP, Kerk Kim Hock.

Mengapa secara tiba-tiba saya berminat dengan politik di kawasan majoriti Cina? Secara rasionalnya, warga Melaka bukanlah seperti yang pernah dituduh oleh sesetengah pihak, "Letak Tunggul Kayu pun boleh Menang ikut Parti." Warga Melaka dapat melihat arus perubahan di zaman BN memerintah parlimen. Datuk WOng Chai Nee sering dilihat hadir di majlis-majlis semua kaum, termasuk Tahun Baru Cina, Thaipusam mahupun perayaan hari raya kita.

Walaupun kawasan Kota Melaka yang diwartakan sebagai kawasan kongsi gelap dan gengsterisme Cina (DUN Bandar Hilir dan Kota Laksamana), namun pembangunan Kota Melaka di zaman pemerintahan DAP (1964-2004) telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka menerusi penswastaan (pembukaan Melaka Raya sebagai kawasan elit baru dan Mahkota Parade yang ditambak 2 km ke tengah laut) pada awal 90-an.

Nyata penduduk di Parlimen tersebut tidak disia-siakan oleh kerajaan negeri tetapi kebajikan bangsa mereka tidak dijaga dengan baik oleh pemimpin. Kawasan Tengkera contohnya tidak pernah diambil tahu. Penempatan Nelayan miskin juga tidak dihiraukan dan diambil tahu. Ini menyebabkan Kim Hock ditolak mentah-mentah oleh penduduk di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, penduduk di kawasan Kota seperti di Banda Kaba dan Melaka Raya tidak mengundi BN sepenuhnya kerana dibutakan dengan pelbagai taktik, sedangkan pembangunan kawasan itu didokong oleh Kerajaan Negeri.

Pasca kepimpinan BN di Kota Melaka, pelbagai projek ekonomi dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah seperti mewujudkan Dataran Pahlawan Megamall dan Menara Melaka. Justeru itu, Pilihanraya Umum kali ini di Kota Melaka pasti menarik dan sengit sekali....

Link Media berkenaan Kota Melaka dan Kota Laksamana:
Melaka Hari Ini
Bernama
Berita Harian
Utusan

Pemimpin Ulung Dunia Letak Jawatan!





Tanggal 19 Februari 2008, Fidel Castro yang dikenali di seluruh dunia sebagai pemimpin yang paling berani dan lantang dalam menentang dasar Amerika Syarikat meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Ketua Panglima Tentera Cuba. Dia dikagumi oleh kawan dan lawan...




Revolusi Cuba yang dilaksanakan dalam menentang pemerintahan Fugensia Baptista, seorang pemerintah kuku besi yang disokong oleh US, berjaya menggulingkan pemimpin diktator tersebut.




Beliau menjadi PM Cuba setelah menggulingkan Baptista pada 1959...




Beliau yang begitu berani menentang dasar demokrasi yang dicanang oleh US dan mengekalkan komunisme di Cuba.... disamping berjaya membangunkan Cuba yang disekat ekonominya oleh US disamping berani bermain-main dengan Nuklear misil. Lagi informasi mengenai Fidel Catro, sila klik saya. Harapan saya agar Raul, adik Castro terus berjuang bermain api dengan Amerika, kerana CIA pernah 638 kali mahu membunuh beliau, tetapi beliau tetap selamat sejahtera. Demokrasi kekal tidak dilaksanakan di Cuba, Russia, Arab Saudi dan sebagainya...


Monday, February 18, 2008

Kata Orang Tua-tua...

Seperti apa yang kita ketahui, kata orang tua-tua merupakan kata-kata nasihat yang cukup lembut, cukup mendalam maksudnya. Namun, bagi saya, kata orang tua-tua bukan hanya kata nasihat, tetapi terlalu banyak perkara lain yang terkandung dalam setiap butir kata-kata tersebut. Contohnya, "jangan main di waktu maghrib, nanti tersampuk hantu" atau "jangan potong kuku di waktu malam, nanti mati jadi hantu kuku" dan "jangan main nyorok-nyorok maghrib-maghrib, nanti kena sorok dengan hantu tetek." Ungkapan jangan itu sendiri sudah memberikan satu maksud yang melarang, tetapi kata orang tua-tua memang banyak menekankan kepada "JANGAN." Bila apa yang kita nak buat, semuanya tidak boleh.... tidak boleh tidur, makan, sampaikan hendak pergi ke masjid pun ada pantang larangnya.

Momokan kepada perkara mistik sudah menjadi kebiasaan dalam kata orang tua-tua. Saya percaya bahawa orang tua-tua momokkan kita supaya kita tidak buat perkara-perkara yang membahayakan diri dan orang lain disamping menjaga maruah diri. Tetapi momokan ketakutan ini menyebabkan anak-anak percaya bahawa makhluk ghaib boleh memudaratkan kita... walhal Hanya Zat Yang Maha Kuasa sahaja dapat memberikan sebab musabab kepada makhluk lain memudaratkan kita.

Atas dasar ini, bangsa kita menjadi bangsa yang penakut, pemalu dan seterusnya tidak berdaya saing. Saya teringat lagi makcik saya yang ekstrem terhadap kata-kata orang tua ini sehinggakan semuanya nampak menakutkan, seperti dia sentiasa diperhatikan oleh roh-roh atau semangat-semangat jahat. Kepercayaannya sama seperti penganut animisme, yang percaya kepada kuasa alam sebagai tuhan... astaghfirullah.

Seharusnya kita perlu mengajar anak-anak secara terus-terang. Jangan main di waktu maghrib, kerana waktu itu syaitan berkeliaran dan dengan mudah menghasut jiwa-jiwa kita. Bawah ampaian itu berbahaya kerana dawai ampaian boleh mencederakan kita. Potong kuku di tempat terang, bukan di malam gelita... nanti terpotong jari skali.

Didiklah generasi kita menjadi lebih berani, lebih memahami cabaran dan berani menempuh hidup di dunia ini sebagai jambatan menuju kejayaan di akhirat. sekian, wasalam.