1511, Jatuhnya sebuah kerajaan merdeka... Namun semangatmu tetap dalam ingatan kami...
Tuesday, August 19, 2008
Ku harapkan...
Kuharapkan... masa itu selalu mencukupi bagiku
kuharapkan... masa itu memberikan kesempatan bagiku mengejarnya
kuharapkan... masa yang berharga itu dapat aku penuhi dengan penuh cita dan cinta...
Namun, masihkah ada masa bagiku yang senantiasa termanggu-manggu?
Perlukah masa itu menunggu lamunanku sehingga terhenti sendiri?
Atau, butuhkah masa itu memberikan aku peluang mengejarinya
Sedangkan aku, masih lagi dengan angan-angan kosong tiada bernoktah....
Masa, aku harapkan agar dikau dapat ku isi
dengan segala kemahuan serta tuntutan
Amanah dan tanggungjawab yang amat berat untukku pikul
Kerana, dirimu terlalu berharga
Akan ku cuba untuk tidak mensia-siakan dikau
Sebelum menjelangnya hari di mana
Masa itu bukan lagi dimiliki oleh kita
melainkan ditentukan oleh tuhan kepada kita...
Masa di alam barzakh
Masa di Padang Mahsyar
Masa di titian sirat
Masa yang kekal abadi di tempat pilihan kita...
Kuharap, agar tanggungjawab dan amanah yang kugalas ini
dapat aku laksanakan sebaik mungkin
semoga masa selalu mendoakan aku
agar dapat seiring dengannya
memenui keredhaan tuhannya...
Tuesday, July 29, 2008
5 Human Wonders....worth seeing.
Mari kita melihat akan kehebatan ciptaan manusia yang diilhamkan oleh Yang Maha Pencipta...
1) Jambatan Tertinggi di dunia...

The Millau Viaduct... jambatan yang menjadi sebahagian daripada new E11 expressway yang menghubunbgkan Paris dan Barcelona... Ianya setinggi 240 meter dan keseluruhan ketinggiannya ialah 336 meter... Huhu, gayat beb lalu kat jambatan ni....
2) Parking di Germany

Huhu, VW Autostadt, sebuah taman tema yang mempamerkan kereta-kereta wolksagen mempunyai parking yang terlalu unik. DIberitakan 5,500 orang mengunjungi tama ini untuk melihat sendiri kereta-kereta Wolksagen...
3) Perhentian Bas Ber'Air-Con' di Dubai...

Beshnyer kalo kita dapat lepak kat dalam bus stop beraircon camni... Tunggu bas sehari pun takper haha...
4) Elevator (Tangga letrik) terlaju di Menara 101 Taipei... Menara tertinggi di dunia...

Toshiba Elevator and Building Systems Corp mengumumkan pemasangan elevator terlaju di dunia. Elevator ini boleh mencapai kelajuan 1,010 meter/min semasa mendaki dan 600 meter/min semasa menurun. (60 km/j lar)... Elevator ini pergi dari Tingkat 5 ke Tingkat 89 dalam masa 39 saat sahaja... Antara teknologi baru yang ditawarkan bersama-sama ialah:
1) Sistem Pengawal Tekanan Pertama di dunia, yang mengubah tekanan atmosfera di dalam kereta menggunakan 'suction' dan 'discharge blower', menghalang penumpang kereta merasa kesakitan di telinga akibat kelajuan bertekanan tinggi...
5) Restoran Dasar Laut 100% gelas akuarium yang pertama di dunia...

15 April menandakan pembukaan sebuah restoran dasar laut yang 100% gelas akuarium, di Hilton Maldives Resort & Spa. Ianya berada 5 meter di bawah gelombang Lautan Hindi... Dikelilingi oleh lautan batu karang dan menawarkan pemandangan dari cermin 270 darjah di dasar lautan...

Dicipta oleh MJ Murphy Ltd, konsultan designer yang berpangkalan di New Zealand, menggunakan bentuk lengkungan transparent (lutsinar) dinding dan bumbung yang dibuat daripada acrilik, sama dengan mana-mana akuarium dasar laut lain....
Lepas ni, Zara and De Gang bolehlar bawak konsep ni ke Langkawi... haha...
Apa-apapun... Ilham itu tetap dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta... Maka, jauhilah diri daripada bersifat riya' yang boleh menjahanamkan diri kita sebagai seorang hamba...
Monday, July 28, 2008
tag... Gua pun kena tag...
Skullsplitter and Zara, harap kamu puas hati ngan tag polimerase saya ni... pecah kepala nak buat tag ni... adeh!
Siapa hero anda?
My friends around me...
Ayat yang selalu dituturkan?
Haha...
Perkara yang perlu sentiasa kena ingat?
ALLAH Yang Maha Esa.
Pastu nak kena ingat hutang2 yang masih tertonggak...
Dalam wardrobe, apa perlu ada?
Erm... ada hanger, baju, seluar, tabung kelapa, komik Kyo The Samurai Deepers.... Baju Melayu, tuala mandi, dsb...
Anda seorang yang branded?
Yup! Look at me... Kasut, made in Gombak... Baju, Old Navy made in Siam... Seluar, Lois made in Malaysia... (Beli kat Kg. Jawa ni)
Apakah rutin grooming anda?
Org laki ada special groom ker??
Dan, apakah yang paling penting dan perlu ada dalam beg anda?
Beg sandang ker? Slalu ada Buku cerita, fail plastik keras yg ada resumer, CD installation, plastik gula-gula dsb...
Apakah impian anda untuk 5 tahun akan datang?
5 tahun akan datang?? Erm... 1) dah ada rumah besau! 2) Ada keta besau! 3) Ada bini besau! eh... silap, ada bini dah... 4) Cahayamata... 5) Apa-apapun, kenalar ada kareer yg tetap dulu huhu...
Apakah yang paling anda suka mengenai bandar di tempat anda?
Erm... ada Tesco, Giant, Carrefour, Dataran Pahlawan Megamall, Mahkota Parade, Family Store, Ranjini... Senang kata, ada duit takkan kebulur punya lar.... Sini pun ada banyak tempat pelancongan bersejarah... So, nak lawat Melaka, bolehlar jadik special tourist guide haha...
Sahabat susah & senang: sanggupkan kamu?
Sahabat... Doesn't matter Who You Are, Where U come From, I'll be there for U... haha...
1) Karam
2) Waadat
3) Yuzy
4) Jasmin
5) Orang Bumi
6) Biokapitalis
7) Pangasius
8) Mat Jawhi
9) Sesiapa jerlah!!!
Tuesday, July 22, 2008
Berpecah-belah itu Suatu Ajaran?
Agaknya, kalau bersatu tu... boleh membawa kepada hukuman yang berat. Atau, bersatu itu dilihat sebagai suatu dakyah yang merosakkan diri.
Adeh, sakit kepala memikirkan halatuju bangsa yang satu ni...
Erm... Apa pandangan anda sekalian? Aku dah tensen sesangat ni...
Friday, July 18, 2008
Alhamdulillah...
Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!
Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini
Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...
Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....
Thursday, July 17, 2008
Depresi Mencetus Skizofrenia...
Umumnya, depresi ini adalah masalah psikologi yang umum... Setiap individu yang dibebani dengan tekanan ke atas perkara yang belum mendapat kejayaan (seperti peperiksaan, perniagaan dsb) mengalami depresi... Di samping itu, tekanan yang dialami luar (ibu bapa, hutang dsb) dan dalam (diri sendiri) mewujudkan suatu daya psikiatri yang tinggi untuk berjaya... Depresi lebih banyak dikesan terhadap wanita berbanding lelaki kerana mereka lebih cenderung memendam perasaan berbanding lelaki.
Antara gejala-gejala yang menunjukkan anda terkena masalah depresi (kemurungan) major ialah...
- Berasa murung hampir setiap hari.
- Minat atau perasaan gembira terhadap aktiviti merosot.
- Berat badan menyusut secara signifikan dan tiada selera makan.
- Menghadapi masalah untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung.
- Gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor.
- Berasa letih dan tidak bermaya.
- Berasa tidak bernilai dan bersalah atas tingkah lakunya.
- Menghadapi masalah untuk berfikir, menumpukan perhatian atau membuat keputusan.
- Sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri.
Skizofrenia wujud melalui individu yang mengalami depresi major... Depresi ini terhasil daripada individu yang tidak boleh melepaskan perkara yang dia tidak boleh capai dalam hidup mereka seperti kekasih, peperiksaan dan sebagainya... Individu yang mengalami depresi jenis ini juga tidak dapat melepaskan apa yang terbuku di dalam hati mereka kerana tidak pandai berkawan atau tidak pandai melepaskan apa yang terbuku di hati...
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ianya sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Skizofrenia ialah di mana personaliti pelbagai wujud dalam minda manusia yang tidak dapat berfikir secara waras... Adakalanya, split personality yang wujud dalam diri seorang skizofrenia ialah disebabkan oleh halusinasi, yang menyebabkan kecacatan berfikir secara rasmi (formal thought disorder)... Boleh jadi personaliti baik mengatasi yang jahat... tetapi, adakalanya yang jahat juga mengatasi yang baik...
Ramai ahli perubatan mental tidak dapat mengetahui asal-usul penyakit yang teruk ini, tapi ramai yang berpendapat ianya berpunca daripada kecacatan berfikir yang diwarisi dan juga disebabkan oleh faktor tekanan seperti kemurungan (depresi) yang mengakibatkan fungsi otak hilang keupayaan untuk berfikir.
Walaupun skizofrenia boleh diubati dengan ubatan moden seperti dadah tertentu, namun pencegahan boleh menyelamatkan jiwa kita dari terus-terusan mengalami kekurangan daya berfikir dengan waras... Oleh itu, cuba untuk menjauhkan diri daripada terus menerus berada dalam kemurungan dan kesepian...
(SUmber daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Skizofrenia)
Monday, July 14, 2008
Bersangka Baik itu Asas Kerukunan, Bersangka Buruk Pencetus Perkelahian
Saya tertarik ingin membuat satu label baru di blog ini iaitu Mahmudah vs Mazmumah... Insya allah dapat memberikan sedikit pengajaran dan renungan kepada diri sendiri dan rakan-rakan... Segala yang dicoretkan bukanlah idea atau ilham saya sendiri... Tetapi melalui perbincangan dengan beberapa rakan-rakan yang cintakan kemakmuran dan bercita-cita memiliki iman setinggi yang mungkin (chewah, dah macam PMI la plak)... Namun, islam dan iman itu milik semua orang yang mencari, mengkaji dan mengujinya... maka ianya pasti... Oleh yang demikian, diskusi tetap diperlukan bagi membincangkan berkenaan dengan perkara ini.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak (manusia)."
Oleh yang demikian, akhlak adalah perkara yang paling penting sebagai seorang muslim, kerana dakwah nabi kita menggunakan akhlak yang mulia iaitu Siddik, Amanah, Tabligh, Fatonah.
i) Bersangka baik
Bersangka baik adalah rahsia kerukunan hidup kita di dalam keluarga, masyarakat dan dunia keseluruhannya. Bersangka baik itu dituntut oleh islam. Nabi kita juga bersangka baik dengan jirannya (seorang Yahudi) yang menyihir baginda. Setelah mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Akhirnya, wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.
Dalam sesebuah hubungan, bersangka baik itu dapat menghindari diri daripada menjadi terlalu cemburu dan mengekalkan keamanan. Dengan bersangka baik, kita mampu merubah personaliti pasangan kita tidak kira kekasih, tunang mahupun suami/isteri. Selain itu, bersangka baik juga dapat membantu membentuk jiwa 'salamah' dalam diri kita dan rakan-rakan sekeliling kita. Ternyata, kerukunan itu wujud jika semua orang bersangka baik sesama sendiri... Lantas, niat untuk melakukan kejahatan terhenti dengan sifat malu yang dikurniakan ALLAH kepada manusia itu tadi...
Bersangka baik terhadap makhluk ciptaanNYA mencetuskan sangkaan baik terhadap ALLAH. Sehinggakan syaitan dan nafsu pun, jika kita bersangka baik dengan makhluk ini, ia tidak bisa mengheret kita ke neraka. Kerana, ianya juga makhluk ciptaan ALLAH Yang Maha Mengetahui. Tanpa izinNYA, tiada apa jua yang mampu memberikan mudarat kepada kita, walaupun leher kita sudah berada dalam mulut singa yang kelaparan.
Bersangka baik perlu dengan keyakinan dan keberanian. 'Tanpa keyakinan dan keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.' Tanpa keyakinan dan keberanian, kita sukar untuk bersangka baik dan berhati besar (bukan bengkak hati yer)... Apakah yang menghalang kita dari bersangka baik?? Lantaran itu, untuk mewujudkan keyakinan, perlulah kita sentiasa yakin ALLAH itu Maha Berkuasa dan Maha Melihat seperti konsep Ehsan. Untuk memangkinkan keberanian, perlulah kita takut hanya kepada ALLAH swt.
ii) Bersangka buruk
Bersangka buruk adalah pencetus kepada perkelahian. Dengan prasangka buruk, seseorang itu akan menjadi terlalu cemburu sehinggakan wujud kongkongan dalam kehidupan. Ini yang menyebabkan keretakan rumah tangga walaupun sudah bertahan 30 tahun. Hanya dengan prasangka buruk yang ditiupkan oleh Al-Khannas, penghancur rumah tangga. Selalulah berdoa seperti dalam surah An-Nas untuk menjauhkan diri dari tipudaya Al-Khannas.
Bersangka buruk juga boleh mencetuskan dendam kepada sahabat sendiri! Dendam, iri hati dan dengki itu juga wujud dalam masyaraka dengan hanya bersangka buruk. Contohnya, seseorang yang berjaya dalam perniagaannya dikenakan sihir berupa santau dan sebagainya hanya kerana berprasangka buruk iaitu prasangka bahawa orang itu yang "menabur pasir dalam periuk nasinya", walhal mangsa itu tidak tahu menahu. Akhirnya, berlakulah perkara khurafat yang tidak akan diampunkan dosanya oleh ALLAH swt. Nauzubillahiminzalik. (perkara sebegini banyak berlaku di dalam masyarakat kita.)
Hanya dengan prasangka buruk, wujud andaian yang buruk-buruk... Akhirnya mencetuskan perkelahian... Lalu sengketa berpanjangan sehingga ke generasi-generasi seterusnya....
Oleh yang demikian, jauhilah daripada berprasangka buruk, selalulah berfikiran rasional dengan mewujudkan prasangka baik.... Insya allah kita akan tergolong dalam hamba-hambaNYA yang dapat menjaga kerukunan dalam kehidupan....
Sekian sahaja...
*Sesungguhnya, ilmu yang diterima hanyalah setitis sahaja dari lautan ilmu Tuhan Yang Maha Mengetahui. Oleh itu, jika ada salah silap, mohon diperbetulkan. Jika ada kekurangan bolehlah dibincangkan. Terima Kasih*