Wednesday, February 20, 2008

DUN Kota Laksamana ATAU Parlimen Kota Melaka

Parlimen Kota Melaka adalah kawasan majoriti Cina di Melaka. 5 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang termasuk dalam parlimen Kota Melaka ialah Kesidang, Duyong, Telok Mas, Kota Laksamana dan Bandar Hilir. Diberitakan sebanyak 60 ke 70% pengundi adalah daripada undian bangsa Cina.

DUN Kota Laksamana dimenangi oleh Betty (DAP) dengan majoriti undian 3,642 menewaskan calon MCA, Lim Eng Teck. Manakala Wong Chai Nee pula menang dengan undian 219 menewaskan calon DAP, Kerk Kim Hock.

Mengapa secara tiba-tiba saya berminat dengan politik di kawasan majoriti Cina? Secara rasionalnya, warga Melaka bukanlah seperti yang pernah dituduh oleh sesetengah pihak, "Letak Tunggul Kayu pun boleh Menang ikut Parti." Warga Melaka dapat melihat arus perubahan di zaman BN memerintah parlimen. Datuk WOng Chai Nee sering dilihat hadir di majlis-majlis semua kaum, termasuk Tahun Baru Cina, Thaipusam mahupun perayaan hari raya kita.

Walaupun kawasan Kota Melaka yang diwartakan sebagai kawasan kongsi gelap dan gengsterisme Cina (DUN Bandar Hilir dan Kota Laksamana), namun pembangunan Kota Melaka di zaman pemerintahan DAP (1964-2004) telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka menerusi penswastaan (pembukaan Melaka Raya sebagai kawasan elit baru dan Mahkota Parade yang ditambak 2 km ke tengah laut) pada awal 90-an.

Nyata penduduk di Parlimen tersebut tidak disia-siakan oleh kerajaan negeri tetapi kebajikan bangsa mereka tidak dijaga dengan baik oleh pemimpin. Kawasan Tengkera contohnya tidak pernah diambil tahu. Penempatan Nelayan miskin juga tidak dihiraukan dan diambil tahu. Ini menyebabkan Kim Hock ditolak mentah-mentah oleh penduduk di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, penduduk di kawasan Kota seperti di Banda Kaba dan Melaka Raya tidak mengundi BN sepenuhnya kerana dibutakan dengan pelbagai taktik, sedangkan pembangunan kawasan itu didokong oleh Kerajaan Negeri.

Pasca kepimpinan BN di Kota Melaka, pelbagai projek ekonomi dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah seperti mewujudkan Dataran Pahlawan Megamall dan Menara Melaka. Justeru itu, Pilihanraya Umum kali ini di Kota Melaka pasti menarik dan sengit sekali....

Link Media berkenaan Kota Melaka dan Kota Laksamana:
Melaka Hari Ini
Bernama
Berita Harian
Utusan

No comments: