Friday, June 20, 2008

Pelaburan Bijak, Peluang Pekerjaan atau Peluang Perniagaan??

Pembangunan Negeri Melaka semakin hampir pasti dengan pelaburan dalam pelbagai sektor yang pasti dapat memberikan kemudahan kepada warga negeri dan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan.

Dengan motor burukku, perjalanan ke tempat kerja sehari-hari tidak lagi bosan dengan pemandangan yang biasa. Kini, aku bebas memilih jalan yang nak dilalui untuk melohat persekitaran baharu. Pun begitu, masih terdapat golongan anti-establish yang memainkan peranan menghasut pelbagai pihak untuk membenci Kerajaan Negeri ni.

Permulaannya, Kerajaan Negeri menerima RM 6 billion pelaburan untuk merealisasikan impian negeri maju 2010. Mari kita baca komen orang nombor satu Negeri ini....

Kemudian, termeterailah perjanjian persefahaman antara Melaka Biotech, Biotechcorp dan Actis Biologics untuk mewujudkan Bio-Melaka City, yang bernilai lebih dari RM 1.5 billion. Laporan, Utusan Malaysia.

Terasa bangga dengan kewujudan banyak pembangunan pekan-pekan kecil untuk diubahsuai menjadi bandar-bandar kecil dan hampir pasti merealisasikan wawasan negeri maju 2010, pun begitu, ada sesetengah pihak yang masih mahu menimbulkan huru-hara di negeri kecil ini...

Erm... agak-agaknya, apa yang dipinta selain daripada turunkan harga minyak? Saya fikir mereka ingin memperlihatkan kepada pelabur-pelabur asing dan pelancong-pelancong yang Negeri ini pun tak stabil jugak... so, janganlah melabur dan jangan melawat Melaka... Mungkinlah kut??

2 comments:

Skullsplitter said...

Setelah membaca beberapa post dr blog pemuda PAS bukit katil ini terasa malu sebagai seorang muslim kerana melihat mereka ini yang seharusnya menjadi parti contoh buat umat Islam dinegara ini bertindak luar kawalan dan membiarkan setiap hati didalam parti mereka membenci sesama muslim. Sedangkan mereka & kita semua harus mencontohi Rasulullah yang tidak pernah membenci sesiapa walaupun jirannya yang berbangsa yahudi. Melabelkan saudara sendiri bodoh, adakah ini yang diperlukan dalam Islam? Aduh! kemana halatuju umat muslimin dan muslimat ini yang hanya berjuang untuk Islam tapi hanya pada nama, zahir sahaja. Amalan dan batinnya tidak. Nauzubillah.

skullsplitter

Nizam Gtz said...

Niat menghalalkan cara, kerana yang dikejar bukan lagi perjuangan menegakkan syiar suci, tetapi perjuangan bermotifkan sesuatu...

Tahniah juga buat DSAI yg telah merobah perjuangan Negara Islam PAS menjadi Negara Kebajikan...

Mari mengaji, Alif untuk Agama, Ba' untuk Bangsa, Ta' untuk Tanahair...