Monday, October 20, 2008

Cerita pasal Geragau...

Geragau, adalah udang kecil berwarna merah yang menjadi bahan utama dalam industri Belacan Melaka. Saiz seekor geragau adalah dalam lingkungan 1 mm - 1 cm. Kecilkan??

Pernah tengok orang melanggai geragau tak? Langgai ialah teknik menangkap geragau dengan menggunakan jala lubang kecil, diikat dengan dua buluh panjang dan berbentuk seperti penyauk besar. Biasanya, nelayan akan turun ke pesisir laut (kedalaman paras dada) membawa langgai dan melanggai geragau dari arah bertentangan dengan arah geragau itu berenang. Pendek kata, tangkap ikut belakang lar...

Mengapa nelayan tidak menangkap dengan cara menahan geragau dari arah depan? bukankah lebih banyak geragau yang dapat ditangkap??

Inilah bukti kekuasaan tuhan yang mengajak manusia itu berfikir. Yang pertama, tuhan tidak mahu manusia itu bersikap tamak. Jika kamu melanggai berdepanan, atas sikap tamak kamu, kamu pasti akan hanyut dipukul arus arah renangan geragau. Yang kedua, geragau yang kecil itu membuktikan kuatnya hidup bersatu-padu dalam gelombang yang sama. Dengan beribu-ribu geragau berenang pada satu arah yang sama, menghasilkan arus gelombang yang interferens (teori fizik) dan boleh menghanyutkan seorang manusia yang tamak, haha...

Oleh yang demikian, kita hidup sebagai manusia perlulah ikut resmi geragau, bersatu-padu mengikut satu arah dan tidak berpecah-belah... Mudahkan aturan alam yang ditunjukkan olehNYA kepada orang yang mahu berfikir...

3 comments:

Cheguman said...

Hmm... camtu rupanya. Selama ni kami selalu pergi Klebang, beli geragau, balik buat cekodok. Pastu telan...

Zam,
Menghadapi musuh pun begitu juga. Nabi pesan, peperangan adalah tipu muslihat. Kalau datang berdepan, jenuh le nah kalahkannya. Lebih mudah jika serang dari belakang.

Yg kita selalu lupa, musuh kita pun berfikir begitu juga.

Nizam Gtz said...

Cheguman: Dalam semua peringkat industi yang melibatkan geragau, yang paling mudah dan sedap ialah MAKAN.. haha..

Btul tu, tapi perlu ingat.. Nabi pesan, ada peperangan yang jauh lebih besar dari Badar dan Uhud, iaitu perang dengan nafsu dan syaitan...

So, sudahkah kita bersiap siaga untuk menghadapi diri sendiri??

Danielle_Corleone said...

makan pun sedap!