Wednesday, October 8, 2008

KAMI The Movie 2008.... New Phenomenon of Malay Movie...



'Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada' adalah taqline yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang amat mendalam...


KAMI the Movie adalah cerita melayu berkonsep baru yang amat menarik bagi orang-orang yang pernah melalui zaman underground2 dulu... kiranya cam mengimbau kembali kisah lama lar...


Dalam filem ini, RAHSIA adalah faktor utama yang meneruskan hubungan lima sahabat untuk terus berkawan walaupun berlainan latarbelakang. Mereka mempunyai satu minat yang sama, iaitu pergi 'gig' dan lepak dengar lagu2 indipendent... Tetapi, rahsia itu tidak dapat dijaga selama-lamanya dan satu demi satu perkara yang tidak diinginkan dalam hubungan persahabatan itu berlaku...


Watak utama ialah Ali (Syarul Ezani), Abu (Nas-T), Lyn (Liyana Jasmay), Adii (Ani Zayanah) dan Sofie (Juliana Evans), dengan suntingan bijak pengarah muda (suami isteri Effendy dan Fariza) memainkan emosi dan jalan penceritaan yang menarik dan menghampiri realiti hidup sebenar bagi mereka yang hidup kurang kasih sayang dari keluarga.


Plot pertama diisi dengan aksi Abu dalam pusat juvana, di mana 4 orang senior mahu membelasah Abu tetapi Abu membalas dan dapat 'makan' empat-empat sekali... kemudian Abu berjaya melarikan diri dari pusat tahanan semata-mata mahu meraikan 'last day' SPM rakan-rakan perempuan mereka. Bukan itu sahaja, Abu bertekad mahu menyelamatkan Ali yang tertekan dan selalu menelan pil-pil (dadah) yang merosakkan dirinya sendiri.


Permulaan klimaks ialah di mana Boy, rakan Lynn semasa di pekan kecil dulu muncul di kota (rujuk KAMi the series) dan menghasut Lynn untuk mengedar kembali dadah. Lynn terpaksa mengedar kembali dengan harapan Boy tidak memperapa-apakan kawan-kawannya yang lain. Ternyata, orang jahat takkan berpegang pada janji.... Dalam plot yang semakin kucar-kacir dengan Ali yang bengang dengan penulis 'review' dengan nama pena Teka-teki yang mengutuk bandnya (The Disaster), main lagu tak sedap dan broken English... Ali juga tertekan dengan perangai ibunya yang mahu berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dan perniagaan ayahnya yang merosot... Abu pula tidak dilayan oleh ayahnya selepas kematian abangnya, lari dari pusat juvana dan serabut untuk lari dari orang-orang pusat juvana yang mencarinya... Berlakulah adegan kejar-mengejar yang menarik...


Sofie yang bermasalah dengan ibunya yang dalam proses cerai kali kedua tertekan dengan perangai Zarul (kekasihnya) yang terlampau inginkan kehendak seksual darinya, walhal ibu Sofie seperti merelakan sahaja Zarul dengan perangainya.... Adii pula seorang minah yang positif, berjaya mengekalkan hubungan mereka dan bertindak sebagai mastermind juga bermasalah dengan teman internetnya...


Plot-plot pergaduhan Abu, Ali dengan Boy serta Pekerjaan Ali yang tidak disukainya dihiasi dengan unsur-unsur humor yang dapat menarik mood penonton, dan krisis Ali yang tak suka Abu yang selalu mencuri, bergaduh dan pelbagi gejala negatif.... manakala Abu pula cuba untuk menjauhkan Ali daripada terjebak dengan dadah...


Anti-klimaks yang menarik ditonjolkan dengan terbongkarnya semua rahasia... Yang lari dari pusat juvana, yang mengedar dadah, yang mengambil dadah, yang hipokrit dengan perasaan hati dan yang mempunyai teman istimewa di ruangan chat internet...


Walaupun cerita ini nampak macam serabut, tetapi jalan ceritanya mempunyai kekuatan tersendiri dan mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat... kerana jalan ceritanya yang jelas dipertonjolkan... Cerita ini mengandungi unsur-unsur nasihat, namun ianya juga mengandungi gejala-gejala tidak sihat. Apa-apapun, bergantung kepada penonton untuk menilai yang mana baik yang mana buruk... ok, chow...

9 comments:

Munirah said...

pandainya buat review filem.panjang.anyway,cta ni berjaya buat aku titik air mata. sikit je.. aku x meraung ok.hehe. knapa kematian tu harus kat watak kegemaran aku. isk..isk

Yusmir Yusop said...

Pernah orang datang beraya rumah ko turun lepas tu naik balik?Apa komen ko?Hahaha.

Nizam Gtz said...

bulan.ke.bulan:
Jangan sedey k... esok masih ader... tapi tough jugak badan Abu tuh... bilalar aku bleh buat badan camtuh...

yuzy: hahaha, orang itu adalah kamu...

Munirah said...

reply utk comment anda terhadap entry sy:

yup.cerita ni mmg best.tp berjiwa mainstream atau tak sudah tak amek port kerana ramai yang sudah menjadikan 'indie' ni sbagai 'trend/fesyen' which i think tak patut.hurmm byk perlu di bahaskan psl topik ini.insyallah di entry yg lain.bila free nanti,

sgt frust bila abu mati.to me abu was a hero.and hero tak boleh mati.penat menahan air mata supaya tak keluar.tp berjaya ke aku?hurm biarlah rahsia.hehe

mungkin juga ada kesinambungan.tp ending utk movie ini tergantungnya,tak seteruk yang series punya tergantung.betul?

Danielle_Corleone said...

gua tgk crita ni semalam. tak bleh nak cakap apa. antara movie melayu hebat tahun ni. :-)

Nizam Gtz said...

Moon:

Indipendent adalah suatu aliran muzik yang bebas.. Rhyme yang bebas dan tidak berada di bawah mana-mana syarikat rakaman... Ianya kelihatan seperti baru atau masih fresh... tetapi, muzik indie ni sebenarnya dah lama kat Malaysia, seawal 90-an lagi... ketika itu, band-band indie berada di bawah ideologi-ideologi underground masing-masing seperti grunge, skin atau punk...

pada masa ini, pengaruh muzik underground sudahpun diterima masyarakat umum, cuma ideologi-ideologi kuning perlulah dijauhi oleh kita sebagai masyarakat timur dan islamiah...

seperti pada awal 80-an, di mana band2 rock seperti Search, Wings, May tidak diterima oleh masyarakat yang masih lagi dengan muzik2 'oldies'... mereka dilabelkan sebagai underground... pada akhir 80-an baru mereka diterima oleh masyarakat umum...

Nizam Gtz said...

Danielle:
Pasal nama ko cam omputih?? Tengok... Jangan tak tengok...

DOORGIFT said...

nak tau sgt ape tajuk lagu masa abu lari dr sekolah juvana tuh eh?

DOORGIFT said...

nak tau sgt ape tajuk lagu masa abu lari dr sekolah juvana tuh eh?