Wednesday, October 15, 2008

Wahai Kau CInta...

Wahai kau cinta... bukan niatku untuk melupakanmu, memandangkan dirimu yang semakin longlai dan lemah... Menyebabkan aku menarik diri dari terus memujamu... kerana aku dapat rasakan dirimu sudah tidak berguna lagi kepadaku...

Bukan niatku untuk meninggalkanmu... tetapi, hati ini dingin sekali bila bersamamu... aku sudah mula muak dan bosan bila bersama denganmu... Walau pertemuan kita 5 tahun yang lalu dihiasi dengan berbagai kenangan yang indah... Namun, kini aku ketemu dengan yang lebih menawan dan lebih berguna daripadamu....

Bukan aku seorang yang mudah lupa daratan, mahupun seorang yang materialistik, tetapi... apa guna aku terus menyimpan dirimu yang semakin tua, semakin sakit dan susah untuk aku menggunakanmu... Asyik sakit menjadi alasanmu.

Kini, aku telah temui yang baru, walau belum berjaya kutambatnya, namun, lambat laun pasti aku milikinya... Hanya perlukan sedikit masa dan duit, sepertimana aku mendapatkanmu dulu... Oh ya, mungkin kamu fikir kita akan selamanya, lantas ku coretkan di sini tanpa memberitahumu terlebih dahulu supaya hatimu tidak teruk dikecewakan atau disakiti...

Aku juga cemburu melihat teman-temanku semua ramai yang telah 'tukar baju' yang lebih indah dan menawan... bukan itu sahaja, yang aku sedang ngurat juga apa kurangnya... sudahlar pakaiannya menawan, wajahnya tip-top, ada unsur-unsur materialistik lagi... Banyak kegunaannya dan mudah pula untuk diguna... lebih ramping darimu.

Lihatkan pakaianmu yang semakin lusuh.... Sudahlah kurang kegunaanmu, selalu sakit pula... terpaksalar aku meninggalkanmu... wahai kau cinta, walau sudah lima tahun bersamaku... Namun, terimalah ini sebagai takdir dan suratan dari ilahi kepadamu...

*Marah tak korang ngan pengakuan aku ni?? Sebenarnya, wahai kau cinta ni adalah sejenis handphone Nokia 3610 yang display dia dah rosak. Kalau orang call, mesti nampak putih jer skrin dier... Button dier pula tekan send jadi call... aduhai... dahlar takder kaler, boleh call n mesej jer... Skrang gua tengah usha Sony Ericsson Walkman siries... ader sesaper nak jual murah kat gua??

4 comments:

Ad Rifza said...

Kenapa tidak rebrand dia menjadi cantik dan menawan?..hehe..Yg lama pasti setia...Yg lama ada kelebihannya.. Mungkin ketahanannya cukup lama selama 5 tahun?..Hmm..Apa2 je lah..Salam bloggers..

Nizam Gtz said...

Salam bloggers...

rebrand? huhu, dah ketinggalan zaman dah.. handset tiga enam sepuluh adalah produk selepas tiga tiga sekupang...

mungkin ini adalah kesan mendapat kerja sambilan ngan kerajaan haha...

Danielle_Corleone said...

wahai cinta. ayuh datang. haha.

Nizam Gtz said...

datang ke mana?