Tuesday, June 17, 2008

Melaka... Bertuahkah Negeri Ini??

Melaka baharu sahaja mendapat pelaburan bernilai 7 billion ringgit untuk memastikan kemajuan negeri ini dapat mencapai objektifnya. Menurut Ketua Menteri Melaka, pelaburan ini dalam sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi rakyat Negeri Melaka khususnya dalam sektor perlancongan, kraftangan, makanan, cenderahati, peruncitan dan sebagainya dengan kuasa beli pelancong yang hadir untuk merasai sendiri keistimewaan Menara Tinjau Taming Sari, Cruisse Sungai Melaka dan yang terbaharu Eyes On Malaysia. - Sumber Berita TV3.

Selain itu, Melaka wajar menjadi salah sebuah daripada Bandar Warisan Dunia. Datuk Bandar Konya Turki, Tahir Aryurek berkata, kehebatan artifaks-artifaks serta bangunan bersejarah yang sedia ada di negeri itu perlu dikekalkan pemuliharaannya sampai bila-bila.

``Melaka sentiasa menerima kunjungan pelancong daripada seluruh dunia, artifaks dan bangunan bersejarah di negeri itu perlu dikekalkan pemuliharaannya,'' katanya pada Persidangan Bandaraya Bersejarah Sedunia (PBBS) di Bandaraya Metropolitan, Konya, di sini. Persidangan itu berlangsung dari 10 hingga 14 Jun lalu. Melaka diwakili oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Yusof Jantan, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) MBMB, Azahar Mohamed dan Ahli MBMB, Azmi Islam. Sumber : Melaka Hari Ini.

Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima perkhidmatan Wifi Jalur Lebar dalam meningkatkan penggunaan ICT rakyat secara percuma.


Namun begitu,

Beberapa Isu yang bermotifkan politik masih lagi menjadi tanda tanya. Beberapa janji-janji Yang Berhormat DUN perlu dikotakan seperti menurap semua jalan-jalan dan memastikan kebajikan penduduk terjamin, sejajar dengan motto selamat, aman dan makmur.

Anak-anak muda Melaka lebih ramai yang tertumpu kepada Kerja Kilang daripada bercucuk tanam.

Melaka ingin membangunkan lebih banyak bendang padi yang terbiar kerana anak petani yang telah tua tidak mewarisi pekerjaan orang tua mereka.

Isu pencemaran di pusat perlancongan seperti kualiti air Sg Melaka perlu dititikberatkan. Ini bagi memastikan pelancong terus memilih Melaka sebagai destinasi terbaik mereka, seterusnya memperkenalkan Melaka kepada rakan-rakan mereka.

Akhir kata,

bagi memastikan pembangunan mapan Negeri Melaka, wajarlah hendaknya semua pihak memainkan peranan untuk memajukan pelbagai sektor di Melaka. DI peringkat Akar Umbi, teruskanlah bersatu hati untuk memimpin dan dipimpin supaya kita dapat bersatu untuk menuju kepada Yang Satu.

Teruskanlah kecemerlangan demi Agama, Bangsa dan Tanah air tercinta ini...

No comments: