Monday, March 17, 2008

Pendekatan Modal Insan Alif Ba' Ta'

Alhamdulillah, melihat kepada perkembangan modal insan di negeri Melaka semakin hari semakin meningkat berikutan laporan berita Melaka hari ini. Perkembangan sejajar dengan pendekatan cintakan alif ba' ta' iaitu wujudnya program-program khas seperti 'program rumahku syurgaku,' 'permata hati di RMM,' program usahawanita, program usahawan tani, Persatuan Belia Ceria.

Bermula dengan Jabatan Khas (JASA), wujud pula Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) yang sedia ada disamping badan-badan bukan kerajaan ataupun badan kerajaan yang bekerjasama dalam membentuk jatidiri dan modal insan yang cintakan agama, bangsa dan tanah air.

Namun begitu, perkembangan profesional melayu seperti yang diwartakan oleh Datuk Ali Rustam sendiri adalah sedikit berbanding kehendak semasa. Apabila melihat kepada program-program yang dijalankan oleh JAIM, JASA, RTM, MGBM, dan DMDI, bukan kecil belanja yang dikeluarkan. Semuanya puluh ribuan duit Malaysia, malah ada yang beratus ribu... hanya untuk membentuk modal insan melayu Melaka yang ada semangat cintakan alif ba ta ini tadi. Di mana silapnya?

Untuk mengupas tajuk yang sudah semakin meleret-leret ini, ingin saya tekankan semula pembangunan modal insan ini tidak boleh dibangunkan oleh satu pihak sahaja iaitu kerajaan semata-mata. Semua pihak di semua lapisan perlu memainkan peranan dalam membentuk anak muda yang cemerlang, dunia akhirat.

Seperti pepatah orang dulu-dulu,"melentur buluh, biar dari rebung." Sesungguhnya pembangunan modal insan perlu dimulakan dengan pendidikan tidak formal di rumah. Kemudian, anak-anak muda ini sememangnya tak begitu sukakan keskemaan dalam berpakaian, keformalitian dalam berforum. Hari ini, rata-rata program yang dijalankan oleh Sekretariat Rumahku Syurgaku dan JASA penuh dengan keformalitian. Contohnya, menghadiri seminar perlu berpakaian skema, bertali leher dan sebagainya. Oleh yang demikian, perjuangan membentuk modal insan cemerlang tidak berjaya secara menyeluruh kerana wujudnya jurang antara jawatankuasa pengelola dengan peserta. Peserta merasa bosan DIPAKSA duduk dengar ceramah dengan penuh keformalitian.

Adakah remaja mat rempit akan setuju diletakkan di dalam program sebegini? Adakah pendidikan tidak formal lain di rumah diwajibkan makan penuh dengan adat istiadat diraja, kena berpakaian lengkap dengan kemeja bergosok kemas, bersongkok tinggi... Macam cerita Sarjan Hassan lagaknya. Namun, ibuku mengajar tentang kehidupan, aku dengan selambernyer baring, dengan berlenging, dan menganggukkan kepala. Adakah kurang hajar namanya? bagi ibu, lebih selesa aku belajar, lebih cepat pelajaran yang aku dapat.

Biarlah pemuda kita belajar cintakan alif ba ta duniaku ni, dengan penuh keselesaan... agar cepat dan mudah pelajaran ini meresap masuk ke dalam hati-hati kami. Oleh itu, PEKEMBAR Negeri Melaka perlu dan perlu dan perlu mendekati anak muda dan dapat sama-sama lepak di kedai kopi, sembang-sembang sambil kena pau rokok dan air. Ini baru betul perjuangan untuk membentuk modal insan yang cemerlang. Adakah seorang manusia itu dipandang oleh ALLAH dari sudut pakaiannya? Atau dari hartanyakah? atau dari namanyakah? Jawablah sendiri anda yang bijak bistari.

Apa ada dengan BEDUMA (Belia Duyung Melaka)? Hubungan diorang erat sekali, bersama dengan Pemuda UMNO Duyong boleh bersama-sama berjuang? Wahai orang-orang Melaka yang lain, jangan bila dikata BEDUMA, semua orang kutuk kata BEDUMA Mat Rempitlar, orang muda kurang ajar lar, kerana Pengerusi UMNO dan Pemuda UMNO Duyong orang muda. Orang-orang Melaka, jadikanlah teladan, jangan diikutkan semangat jurang bapak dengan anak itu... bersama-sama kita bergerak bapak dengan anak, bukan bapak, bapak sahaja... anak, anak sahaja... Bila anak jadi mat rempit, bila anak jadi mat dadah, tuding kata anak tak kenang budi... Apa ni bapak-bapak? bukannya nak buat program tuk bangkitkan semangat darah muda anak-anak untuk cintakan Alif Ba Ta duniaku... lagi dihentamkan anak ni.... Apa yang bapak-bapak buat? Duduk bersembang di bawah pokok rambutan sambil main dam? Bila mesyuarat JKKK, dari petang sampai malam, tapi takda satu pun perubahan yang bapak-bapak bawakan kepada anak-anak? Sudahlar tak bawa kebaikan pada anak-anak....

Sudahlar bapak=bapak, bangunlah majukan anak-anak ni... Jika bapak merasa sudah tidak mahu berjuang untuk anak-anak... Maka bapak perlulah untuk mencari orang yang sanggup berjuang untuk anak-anak... "Jangan Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan." Ingatlar bapak-bapak ku...

No comments: