Tuesday, March 18, 2008

Sesuatu

"Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. dan yang berpesan-pesan kepada yang hak, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sesungguhnya, sesuatu perkara yang hak, walaupun banyak... aaaamat jarang orang mengiyakan, sesuatu yang hak juga pahiiiit sangat untuk ditelan... Namun, mengenali erti perjuangan kita sebagai seorang muslim, sesaat jua tidak mahu dibazirkan untuk yang hak.

Namun, apabila berpesan-pesan itu, hendaklah berpesan dengan kesabaran, bukannya berpesan mengikut perasaan hati dan sanubari. Biarlah terluka seteruk mana, berpesan itu haruslah dengan penuh kesabaran...

Maka benarlah kalam tuhan dalam surah Wal-Asr. Kita sebenarnya sudah tiada masa untuk dibazirkan.. . jika boleh, saat ini, detik ini hendak dipenuhi dengan berpesan-pesan kepada yang hak... hendak berpesan-pesan dengan penuh kesabaran... Jika tidak, maka rugilar kita sebagai manusia.

Walau sehebat manapun kita beramal soleh... Namun, iman itu bukan semata-mata menerusi amal yang soleh. Iman itu akan sempurna jika kita sayangkan insan lain kerana ALLAH... membuat teguran yang benar kerana ALLAH... Memberikan ilmu yang berguna kerana ALLAH...

"Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan ianya mengasihi rakannya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."

Dalam konteks hadis ini, Kasih sayang yang dituntut bukanlah semata-mata antara dua insan pasangan lengkap dalam hidup ini. Kasih sayang adalah bagaimana kita menarik rakan kita jauh dari kekufuran, jauh daripada kemaksiatan, jauh daripada kemungkaran. Tetapi, kita menarik rakan kita menuju kepada kemakrufan, menuju kebenaran. Inilah yang dimaksudkan dengan kasih sayang kita sesama insan kerana ALLAH.

Konsep Ehsan itu sangatlah penting dan perlu difahami. Ehsan ialah hubungan kita dengan ALLAH, hubungan kita sesama insan dan hubungan kita dengan alam. Jika kita tidak ambil kesah tentang alam, maka tidak cukup ehsan kita... maka sia-sia sahaja semua amalan kita. begitu juga dengan hubungan kita sesama insan.

"Aku tidak pernah membenci orang yahudi, aku membenci perbuatan mereka." Inilah hadis nabi yang tidak ramai orang mahu pegang. Semakin kita bermusuh-musuhan, semakin kita jauh dari ehsan tuhan..

Oleh itu, marilah kita jayakan kempen "Semakin hari semakin sayang" yang ingin diperkenalkan. .. semoga kempen ini dapat mencakupi semua aspek ehsan itu.

*Saya ini jua bukanlah pandai sangat. saya juga bukanlah baik sangat. Namun, apa yang tertulis, marilah kita sama-sama renungkan. Apa yang tersilap, mohon diperbetulkan. Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk dan lemah itu, datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Sekian wassalam.

No comments: