Thursday, July 17, 2008

Depresi Mencetus Skizofrenia...

Depresi adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat kemurungan... Depresi ialah penyakit mental yang tidak dapat dilihat secara fizikal, tetapi perubahan psikologi seseorang individu itu dapat dilihat jik amengalami depresi (kemurungan)....

Umumnya, depresi ini adalah masalah psikologi yang umum... Setiap individu yang dibebani dengan tekanan ke atas perkara yang belum mendapat kejayaan (seperti peperiksaan, perniagaan dsb) mengalami depresi... Di samping itu, tekanan yang dialami luar (ibu bapa, hutang dsb) dan dalam (diri sendiri) mewujudkan suatu daya psikiatri yang tinggi untuk berjaya... Depresi lebih banyak dikesan terhadap wanita berbanding lelaki kerana mereka lebih cenderung memendam perasaan berbanding lelaki.

Antara gejala-gejala yang menunjukkan anda terkena masalah depresi (kemurungan) major ialah...
  1. Berasa murung hampir setiap hari.
  2. Minat atau perasaan gembira terhadap aktiviti merosot.
  3. Berat badan menyusut secara signifikan dan tiada selera makan.
  4. Menghadapi masalah untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung.
  5. Gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor.
  6. Berasa letih dan tidak bermaya.
  7. Berasa tidak bernilai dan bersalah atas tingkah lakunya.
  8. Menghadapi masalah untuk berfikir, menumpukan perhatian atau membuat keputusan.
  9. Sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri.
Kaitan Depresi dengan Skizofrenia...

Skizofrenia wujud melalui individu yang mengalami depresi major... Depresi ini terhasil daripada individu yang tidak boleh melepaskan perkara yang dia tidak boleh capai dalam hidup mereka seperti kekasih, peperiksaan dan sebagainya... Individu yang mengalami depresi jenis ini juga tidak dapat melepaskan apa yang terbuku di dalam hati mereka kerana tidak pandai berkawan atau tidak pandai melepaskan apa yang terbuku di hati...

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ianya sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Skizofrenia ialah di mana personaliti pelbagai wujud dalam minda manusia yang tidak dapat berfikir secara waras... Adakalanya, split personality yang wujud dalam diri seorang skizofrenia ialah disebabkan oleh halusinasi, yang menyebabkan kecacatan berfikir secara rasmi (formal thought disorder)... Boleh jadi personaliti baik mengatasi yang jahat... tetapi, adakalanya yang jahat juga mengatasi yang baik...

Ramai ahli perubatan mental tidak dapat mengetahui asal-usul penyakit yang teruk ini, tapi ramai yang berpendapat ianya berpunca daripada kecacatan berfikir yang diwarisi dan juga disebabkan oleh faktor tekanan seperti kemurungan (depresi) yang mengakibatkan fungsi otak hilang keupayaan untuk berfikir.

Walaupun skizofrenia boleh diubati dengan ubatan moden seperti dadah tertentu, namun pencegahan boleh menyelamatkan jiwa kita dari terus-terusan mengalami kekurangan daya berfikir dengan waras... Oleh itu, cuba untuk menjauhkan diri daripada terus menerus berada dalam kemurungan dan kesepian...

(SUmber daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Skizofrenia)

7 comments:

Skullsplitter said...

erk.. byk ko tau ek. doctor sakit jiwa pun tk sehebat nih. hehe. tapi bagi aku kemurungan ini berlaku akibat tekanan yg berlebihan kepada otak seperti terlalu byk memikirkan perkara2 yang mustahil. mungkin. ermm.. tah.. cita-cita nk jadi doctor. mungkin sebab ini aku tk layak. erkk..

love-n-hate said...

Salam dr. zamspotte...

Adanya pencetus depresi mahupun penyakit skizo ni amat glemer di kalangan para student dan juga mereka yang bekerja dalam keadaan 'tense' yang tinggi...

Jadi... solusi yang paling bagus:
1)bersukan...beriadah
2)bercuti... melancong
3)shopping
4)tidur...
5)apa2 aktiviti kegemaran anda selain makan... :)

p/s: love-n-hate ada masalah tidak boleh tidur langsung malam... huhuhu... :(

zamspotte said...

skullsplitter:

Huish... tak lar, doktor sakit jiwa lagi lar pandai... doktor sakit puan pun pandai jugak nak handle stress ibu mengandung haha... Mungkin sel-sel otak kurang berhubung kot... (cam dlm iklan susu haha). Depresi memang penyakit yg berlaku kepada org yg tak boleh lepaskan perkara yg dia tak dapat buat...

Namun, kecacatan otak boleh berlaku dengan teruk tanpa ada pedoman... Sel2 mati sbb tak cukup oksigen... Gaya hidup yg tidak sihat dan cuba memikirkan benda2 yg melampaui batas pemikiran manusia... (org kampung kata gila isim haha)

zamspotte said...

To love-n-hate:
Thanks for left the comment, but I'm not the Psikiatrist haha...

Penyakit jiwa jenis ni memang berlaku kepada org yg sering melayan perasaan mereka...

Yup, utk aktiviti2 kegemaran atau hobi boleh meredakan ketegangan otak. Namun, perasaan yg memberati otak itu perlu dikongsi dengan teman yg kamu percaya (takkan nak citer kat org yg slalu pecahkan pekung di dada orang??)

p/s: bahaya ni love-n-hate... Bahasa doktornya Insomnia... Tak boleh tidur malam suatu penyakit yg teruk kerana ianya menyebabkan komputer (otak) anda tidak rehat... Seterusnya boleh 'hang' seterusnya membawa kepada masalah kesihatan yg lain... Saya pernah tak boleh tidur langsung 2 minggu... Efeknya, terpaksa tangguh satu sem kerana deria2 badan tak berapa nak berfungsi...

zackzara said...

schizo.. erm..memang betul apa yg dihuraikan. Schizo ni lebih kerap berlaku kpd mereka yg lonely dan kadang-kadang pada yg perfectionist sebab dia tak dpt apa yg dia nak di alam realiti, maka dia akan menggunakan imaginasinya utk mencapai apa yg dia nak di alam fantasi. Ia tidak mengira peringkat umur, tidak pula mengira jantina. Org schizo ni nampak normal je. Pernah dgr tak org yg ada 'imaginary friends'? Hmm..nak bantu org2 schizo ni perlukan kepakaran. Kalau sekadar kawan2 biasa nak bantu depa ni..tidak begitu berkesan sgt.

Saya mengenali teman2 yg sebegini. Mungkin tekanan yang diterima terlalu berat..atau mungkin tiada teman disisi utk bercakap melepaskan tekanan..segalanya mungkin...

zamspotte said...

Zara:
Schizo... Orang yg skizofrenia ni tidak boleh baik dengan bantuan dari luar (kaunseling atau psikiatrist) melainkan kekuatan dari dalamnya sendiri....

Terbanwak-bawak perasaan tu macam faktor utama... tetapi penyakit ini juga berkaitan dengan keturunan...

bulan.ke.bulan said...

hurm..penyakit yang byk menguji kesabaran kpd penjaga2nya. =|