Friday, July 4, 2008

"Sudah Terhantuk Baru Terngadah"

Melihatkan situasi yang semakin goyah ini, saya tiba-tiba teringat peri bahasa yang begitu popular di masa lampau, tetapi mengapa skarang seperti sudah tidak diingati lagi.... Mungkin kerana zaman sekarang, rumah sudah tiada lagi kolong yang membolehkan kepala kita terhantuk... atau, senang kata, dah makin banyak rumah yang menggunakan konkrit sebagai bahan binaan utama... Ini belum lagi dengan pertumbuhan Kampung-kampung baru yang mendapat pajakan 999 tahun... (Ntah wujud lagi ke tidak agaknya dunia yang fana ni...)

Dewasa ini, semakin ramai orang dewasa yang hilang pedoman mereka sebagai seorang dewasa... Mungkin dah terbanyak makan makanan segera atau fast food kot, maka akal pun semakin kurang bertimbang rasa... Jangan marah dengan statement ni... Sebab, takkan sebab harga minyak naik dah sanggup bunuh membunuh, rompak merompak, cabul mencabul (ulps, takder unsur politik tau)...

Kempen Save Our Planet pun dah tenggelam dengan isu-isu lain... Pabila Syarikat A4 Paper di Thailand menggunakan kaedah yang paling mesra alam dan tidak memusnahkan pokok, kita pula yang terjerit-jerit nak membalak... Alam pun dah semakin sesak, mujur alam dapat bernafas segar akhir-akhir ini dengan pengurangan jumlah kenderaan (4 roda ke atas) di jalan-jalan.... Patutlah suhu terasa sejuk sikit... hujan pulak hari-hari turun (hikmah kenaikan harga minyak kot)

Apa pula yang terjadi kepada bursa Malaysia ni... masalah teknikal sampai sehari... habis tutup urusniaga, nasib baik takder kerosakan teruk macam WTC nun... silap-silap, naik pulak harga komoditi...

Apalah sangat kejatuhan BN kat Malaysia kan (baru cerita politik ni).... Barulah wujud term "open tender" di Kerajaan Negeri... Barulah menjadi Pengeluar babi terbesar di dunia (pengeksport utama??)... Barulah membesarkan rumah ibadat agama lain... Barulah memberikan portfolio Speaker DUN kepada bukan melayu, Pendidikan kepada bukan melayu, Agama dan tanah kepada bukan melayu.... Barulah pembukaan kawasan pembalakan baharu, Barulah Pemberian 999 tahun hak tanah di Kampung Baru, Barulah ada sambutan 100 hari menawan... (Barulah ker... Barua??)

Siapa yang tersepit dan siapa pulak yang menyepit?? Ataupun siapa yang disepit?? Makan kuih sepit pun sodap jugak...

Siapa yang untung, siapa yang rugi?? Atau agama apa yang untung, agama apa yang rugi?? Atau bangsa apa yang untung, bangsa apa yang rugi?? Atau Tanah pajak sapa yang untung, Tanah pajak sapa yang rugi??

Hikmah apa yang diturunkan?? Sama-samalah kita berdoa agar menjadi orang yang bersyukur dan redha akan semua kurniaan Tuhan Yang Maha Esa...

Peribahasa "Jalan Sekali kena, Jalan Dua kali dah tahu" hanya boleh dipraktikkan dalam masa 3-5 tahun dari sekarang... Huhu, tular... Lain kali, "Mencegah itu lebih baik dari Mengubati..."

8 comments:

Skullsplitter said...

Biasa la tu manusia. Tak sakit tak beringat, bila tak susah, tak nak pula berdoa.

Bila dah sakit, baru nak ikhtiar dah berjaga-jaga.

Bila susah, baru ingat pada Allah.

Ini rutin harian sikap manusia yang semakin longlai dimamah kedewasaan dunia.

skullsplitter

zackzara said...

Salam :)

Hmmmm...menarik. Sudah terhantuk baru terngadah. Banyak yg dapat di lihat di sekitar kita...tapi..ramai mana yg ambil iktibar? Ramai mana yang akan beringat? Yg pasti, ramai yg akan buat lagi skali seolah-olah itu la pertama kali terhantuk.

*dari dulu sampai sekarang saya masih lagi mencari apa explanation yg simple utk 'terngadah'..coz I dont really know its exact meaning/expression. Anggap je la tahu. hehe

Nizam Gtz said...

Skulsplitter (takutnya nama bak kata Love n Hate):

Biasalar... nama pun Insan, verb dari perkataan nasa'ie yang bermaksud lupa. Tidak ramai yang ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...

Zackzara:

Kalau dah terhantuk banyak kali, bengkaklar kepala tuh... (haha). Namun, sampai bila mahu terhantuk jika mind set tidak diubah supaya tak terhantuk lagi dan lagi??

Terngadah tu mak aku kata, perbuatan atau perlakuan yang macam mengelak daripada terhantuk... macam termelatah lar jugak... (Mak aku katalar...)

zackzara said...

oh ye ke...mcm melatah eh? hehe.. I always thought terngadah tu mcm bila terkena palang pintu lepas tu mula la mcm menepuk2 dahi. LOL.

Nizam Gtz said...

Biasakan kita tengok tindak balas orang pabila dah terhantuk kan?? haha, itular terngadah (cuba elak lar kut)

Nizam Gtz said...

Zackzara:
Lupa plak nak wish... Thank you for visiting my post... takder pemanis nak hidang... adapun yang masam2 mencuka tuh banyak lar WAkaKaKA

Skullsplitter said...

Bila mana akal ditujah, sekelip mata, sepintas lalu hati bergolak ilham tercipta, sang api membara membakar keteguhan diri, timbul rasa tak keruan, latahan membuak-buak menghilangkan sedikit-demi sedikit kepercayaan yang tegak berdiri selama ini.

Bilamana akal tidak dapat mewarasi tindakan, kita semakin lupa. Tatkala semuanya berakhir, api sudah kenyang membakar setiap sisa yang tinggal, penyesalan timbul, ingatan kembali, tika itu tiada guna lagi setiap helai nafas yg menghirup dan menghembus namaNya.

Dari situ timbul sesalan yang tiada penawar lagi.

skullsplitter

Nizam Gtz said...

Skulsplitter:

Bravo!
Sebuah ungkapan yang begitu puitis sekali... amat mandalam maksudnya tuan...

Bila jasadmu semakin kaku
Bila rohmu sudah di halkum
Bila Izrail mencengkam rohmu...
Kala itu, taubatmu... Sudah tiada gunanya lagi...