Wednesday, July 2, 2008

Liwat... Konspirasi atau Agenda Tersendiri??

Umumnya, semua orang tahu apa itu liwat, tak terkecuali kanak-kanak di sekolah. Namun, liwat itu bermakna perlakuan yang tidak baik dan terlalu jijik terutamanya di dalam masyarakat beragama islam atau yang menjadikan 'agama' landasan hidup.

Laporan Akhbar beberapa hari ini cukup mengejutkan semua pihak di seluruh dunia. Al-maklumlah, orang yang dituduh liwat itu adalah Pemimpin Masa Hadapan, bak kata akhbar Israel dan Washington... Kemudian, selepas tuduhan liwat, ancaman bunuh pula dan menyorok di Kedutaan Turki. Plot seterusnya, polis membuat siasatan, yang mendakwa disiasat di hosptal untuk melihat sama ada ianya terbukti atau tidak. Yang terbaharu, si dia membuat laporan polis berkenaan dengan Ketua Polis dan Ketua Hakim... Endingnya, belum ketahui lagi... Ulps, sebelum terlupa, Kerajaan USA membantah dan menghalang daripada siasatan dilakukan ke atas si tertuduh...

Bolehlar nak wat skrip filem ni... Mesti meletup satu Malaysia filem ni. haha

(i)

Melihat dari sudut konspirasi, penyokong-penyokong Anwar (yang begitu hormat sehingga tak lekang pangkat Datuk Seri, DS) menyatakan ini adalah konspirasi kerajaan dan sanggup bekerjasama dengan US untuk menghalang "fitnah" ini disiasat. (aku baca dari komen).

Selain itu, penyokong Anwar menyatakan Anwar manusia maksum dan liwat adalah mustahil dilakukan. Ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang bercita-cita memasuki parlimen dengan pilihanraya kecil, seterusnya menerajui kerajaan dengan peralihan kuasa cara paksa reform, yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana kerajaan (kerajaan lain melalui pilihanraya atau rampasan tentera)...

Pihak Anwar pula berkata ini adalah cara untuk mengalihkan pandangan umum terhadap kes Altantuya Sharibuu dengan Rosmah.


(ii) Melihat dari sudut agenda tersendiri...

SI menuduh begitu obses dengan Anwar, dan tidak mustahil berkompromi untuk membentuk fitnah terbalik kepada Kerajaan dan badan-badan berkuasa yang lain (Polis, hakim) untuk membersihkan nama Anwar terus dari isu-isu ini.

Anwar pula begitu obses menubuhkan kerajaan baharu dengan melompatkan Ahli parlimen BN ke dalam Pakatan... Dengan simpati rakyat, cara ini dapat diperhalusi dan tidak mustahil kepimpinan negara bertukar tangan...

Anwar pula seperti mengharapkan campur tangan secara terus dari US untuk memenuhi cita-citanya pada September ini... Mungkin campurtangan diplomasi ataupun secara PERANG seperti di Vietnam, Afghanistan, Iraq dsb..

Selain itu, Anwar juga obses untuk mempengaruhi pelabur mengenakan tekanan ekonomi kepada Malaysia....

Isu ini juga seperti mahu menangguhkan kekuatan bangsa melayu yang dikatakan mahu bersatu dengan kemasukan ahli-ahli MT PAS ke dalam Pekembar, lantaran hilang kepercayaan kepada PKR dan PAS tajaan PKR...

(iii)
Atas isu ini, ramai penyokong-penyokong Anwar mengeluarkan ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis berkenaan dengan fitnah. Walhal, ayat-ayat al-quran dan hadis ini perlu diterangkan awal-awal lagi berkenaan dengan fitnah-fitnah yang ditulis secara sedar atau tidak. Contohnya, fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh Harakah semasa pilihanraya yang lalu supaya semua pihak mendapat keadilan dalam media. JIka dilihat, Harakah banyak membawa berita yang tidak pasti kesahihannya... Ini seperti menonjolkan kelemahan mereka yang seakan-akan menjual agama demi kepentingan ideologi politik. AKhbar-akhbar tajaan PKR lebih-lebih lagi...

Pertarungan di blog semakin sengit dan dapat dilihat peperangan siber yang sebenar, sehingga boleh meracuni pemikiran kanak-kanak sekolah yang semakin bijak menngunakan teknologi canggih enjin pencarian (yahoo!, google)...

Pemikiran terbuka atau sempit juga ditonjolkan dalam tulisan-tulisan dan komen-komen di blog. Pendedahan-pendedahan yang dibuat dinafikan atau disokong...

Hairan juga bila Ezam (yang bersumpah atas nama ALLAH dan Rasulnya akan menghalang Anwar dari menjadi PM) berkata tak logik bila kerajaan menggunakan isu yang sama untuk mengenakan orang yang sama. kenyataan ini jelas menunjukkan situasi ini hanya konspirasi...

Yang pasti, bersama-samalah kita berdoa dan bertawakal setelah penat berusaha menangkis dakyah-dakyah protokol ke-10 daripada protocol Zionis tua yang mahu meliberalkan semua negara bukan zionis...

Akhir kata,
MAri beristikharah memohon agar ALLAH menunjukkan jalan yang lurus...


Laporan dan analisis kes ini boleh didapati dengan melayari:
Angin perubahan
anwar dot com
akal muda
Panglima perang
Pondok Buruk

Laporan media pula... bolehlah membeli surat khabar, jangan memboikot pula.... haha

3 comments:

cheguman said...

Sapa yg untung sebenarnya konspirasi ni? Klu kerajaan yg buat, bodoh benarlah kerajaan. Aku lebih percaya Anwar sendiri yg buat konspirasi. Strategi tu lebih cerdik. Anwar kan cerdik.

Yg aku musykil, Azizah langsung tak curiga pd Anwar. Hebat bini nuar ni. percaya betul kat laki. Atau dia ada sebab lain untuk percaya pd nuar kali ni?

Anonymous said...

Aku nie bukanlah pandai dalam politik tetapi melihatkan isu Anwar aku rasakan ianya adalah konspirasi oleh Anwar sendiri untuk menjatuhkan kerajaan BN.Lihat lah tindak tanduknya mulai dari mula hingga ke isu liwat dan kini meminta isterinya meletakkan jawatan untuk bertanding.

..:KaWaNAdaH:.. said...

konklusinya,yg pembangkang rasa dia benar,yg kerajaan rasa dia betol..kite rakyat cuma mnilai dgn apa yg dilihat,dirasa..
Setiap insan menilai dr sudut yg berbeza..tp bg yg islam wajib berjuang atas dsar memperjuangkan islam..dan stkat yg saya belajar,haram memperjuangankan sesuatu kalau x niat atas nama islam...

Apepun,kebatilan itu kuat tp x kekal,kebenaran nampak x kuat,tetapi ia kekal..

kita tunggu lah kebenarannye nanti,
skrg ni jgn pikir masing2 betul.. yg ada dlm alam siber,mkhmah atau perbualan atas pondok tu seme spekulasi saja.

anyway,,for malaysia's peace