Tuesday, July 29, 2008

5 Human Wonders....worth seeing.

Semasa aku membuka email... aku terjumpa plak email ini... Memang menarik melihatkan kehebatan manusia yang dikurniakan akal yang lengkap ini... Maha Suci Allah yang menjadikan manusia...

Mari kita melihat akan kehebatan ciptaan manusia yang diilhamkan oleh Yang Maha Pencipta...

1) Jambatan Tertinggi di dunia...

The Millau Viaduct... jambatan yang menjadi sebahagian daripada new E11 expressway yang menghubunbgkan Paris dan Barcelona... Ianya setinggi 240 meter dan keseluruhan ketinggiannya ialah 336 meter... Huhu, gayat beb lalu kat jambatan ni....

2) Parking di Germany



Huhu, VW Autostadt, sebuah taman tema yang mempamerkan kereta-kereta wolksagen mempunyai parking yang terlalu unik. DIberitakan 5,500 orang mengunjungi tama ini untuk melihat sendiri kereta-kereta Wolksagen...

3) Perhentian Bas Ber'Air-Con' di Dubai...


Beshnyer kalo kita dapat lepak kat dalam bus stop beraircon camni... Tunggu bas sehari pun takper haha...

4) Elevator (Tangga letrik) terlaju di Menara 101 Taipei... Menara tertinggi di dunia...


Toshiba Elevator and Building Systems Corp mengumumkan pemasangan elevator terlaju di dunia. Elevator ini boleh mencapai kelajuan 1,010 meter/min semasa mendaki dan 600 meter/min semasa menurun. (60 km/j lar)... Elevator ini pergi dari Tingkat 5 ke Tingkat 89 dalam masa 39 saat sahaja... Antara teknologi baru yang ditawarkan bersama-sama ialah:

1) Sistem Pengawal Tekanan Pertama di dunia, yang mengubah tekanan atmosfera di dalam kereta menggunakan 'suction' dan 'discharge blower', menghalang penumpang kereta merasa kesakitan di telinga akibat kelajuan bertekanan tinggi...

5) Restoran Dasar Laut 100% gelas akuarium yang pertama di dunia...


15 April menandakan pembukaan sebuah restoran dasar laut yang 100% gelas akuarium, di Hilton Maldives Resort & Spa. Ianya berada 5 meter di bawah gelombang Lautan Hindi... Dikelilingi oleh lautan batu karang dan menawarkan pemandangan dari cermin 270 darjah di dasar lautan...

Dicipta oleh MJ Murphy Ltd, konsultan designer yang berpangkalan di New Zealand, menggunakan bentuk lengkungan transparent (lutsinar) dinding dan bumbung yang dibuat daripada acrilik, sama dengan mana-mana akuarium dasar laut lain....

Lepas ni, Zara and De Gang bolehlar bawak konsep ni ke Langkawi... haha...


Apa-apapun... Ilham itu tetap dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta... Maka, jauhilah diri daripada bersifat riya' yang boleh menjahanamkan diri kita sebagai seorang hamba...


15 comments:

Skullsplitter said...

Ilham sememangnya sentiasa didetikkan didasar akal kita ini. Hanya akal ini yang mampu membenarkan kejadian perbuatan ini. Insyaallah.

skullsplitter

Nizam Gtz said...

insya allah

Hanya DIA yang mencipta... dengan sekelip mata... kita cuma menjadi asbab sahaja....

Danielle_Corleone said...

gerakan anak muda ada buat kemeja T ?

Nizam Gtz said...

huhu... Kemeja T?? Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan...

*Ada yg tak setuju dengan tulisan jawi, takut nak bawak masuk jamban katanya...

Yusmir Yusop said...

Salah satu projek jambatan aku dulu Millau Viaduct.Pergh,subhanallah.La haula wala kuwata illah billah.

Nizam Gtz said...

Jambatan tu projek ko ker?? Pergh... bangga aku ada anak Malaysia yang berjaya camneh...

Anonymous said...

wahh!!! dasyatnya... :) Subhanallah!!

zackzara said...

Wah! Cantik! Erm..sungguh indah ciptaan DIA - akal manusia!

"Lepas ni, Zara and De Gang bolehlar bawak konsep ni ke Langkawi... haha..."

;) Moh ke Langkawi kita!! Huhu...

Anonymous said...

Ada lagi satu.

Klik blog tokwan.

ada cerita wonders yang terselit cerita we worry.

Nizam Gtz said...

Haha...

Love-n-Hate:

Apa yang dasyat tu??

Zara:

Ilham kembara, jom pegi bukak restoran kat Langkawi Underwater Park...

\Tok Wan:

Posting yang mana tu tok?? Anak cucu tak pandai nak tgk... Israk Mikraj ker??

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam, akak suka yang no. 2 tu, camner dia parking kreter ha???

Nizam Gtz said...

akak crazy beautiful:

huhu, dier parking guna machine lar... dari flatform bawah, parking asistant tolong letakkan... maklumat situ sebenarnya 5,500 sehari...

*Tgk citer Tokyo drift ada tunjuk cara ni...

Skullsplitter said...

Bro bile nk update cerita baru?

Anonymous said...

mana la encik zam ni pegi ekk.. erm...

Nizam Gtz said...

Adui... bizi ni.. sampai tak sempat nak update blog... aduh...