Monday, July 14, 2008

Bersangka Baik itu Asas Kerukunan, Bersangka Buruk Pencetus Perkelahian

Assalamualaikum,
Saya tertarik ingin membuat satu label baru di blog ini iaitu Mahmudah vs Mazmumah... Insya allah dapat memberikan sedikit pengajaran dan renungan kepada diri sendiri dan rakan-rakan... Segala yang dicoretkan bukanlah idea atau ilham saya sendiri... Tetapi melalui perbincangan dengan beberapa rakan-rakan yang cintakan kemakmuran dan bercita-cita memiliki iman setinggi yang mungkin (chewah, dah macam PMI la plak)... Namun, islam dan iman itu milik semua orang yang mencari, mengkaji dan mengujinya... maka ianya pasti... Oleh yang demikian, diskusi tetap diperlukan bagi membincangkan berkenaan dengan perkara ini.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak (manusia)."

Oleh yang demikian, akhlak adalah perkara yang paling penting sebagai seorang muslim, kerana dakwah nabi kita menggunakan akhlak yang mulia iaitu Siddik, Amanah, Tabligh, Fatonah.

i) Bersangka baik

Bersangka baik adalah rahsia kerukunan hidup kita di dalam keluarga, masyarakat dan dunia keseluruhannya. Bersangka baik itu dituntut oleh islam. Nabi kita juga bersangka baik dengan jirannya (seorang Yahudi) yang menyihir baginda. Setelah mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Akhirnya, wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.

Dalam sesebuah hubungan, bersangka baik itu dapat menghindari diri daripada menjadi terlalu cemburu dan mengekalkan keamanan. Dengan bersangka baik, kita mampu merubah personaliti pasangan kita tidak kira kekasih, tunang mahupun suami/isteri. Selain itu, bersangka baik juga dapat membantu membentuk jiwa 'salamah' dalam diri kita dan rakan-rakan sekeliling kita. Ternyata, kerukunan itu wujud jika semua orang bersangka baik sesama sendiri... Lantas, niat untuk melakukan kejahatan terhenti dengan sifat malu yang dikurniakan ALLAH kepada manusia itu tadi...

Bersangka baik terhadap makhluk ciptaanNYA mencetuskan sangkaan baik terhadap ALLAH. Sehinggakan syaitan dan nafsu pun, jika kita bersangka baik dengan makhluk ini, ia tidak bisa mengheret kita ke neraka. Kerana, ianya juga makhluk ciptaan ALLAH Yang Maha Mengetahui. Tanpa izinNYA, tiada apa jua yang mampu memberikan mudarat kepada kita, walaupun leher kita sudah berada dalam mulut singa yang kelaparan.

Bersangka baik perlu dengan keyakinan dan keberanian. 'Tanpa keyakinan dan keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.' Tanpa keyakinan dan keberanian, kita sukar untuk bersangka baik dan berhati besar (bukan bengkak hati yer)... Apakah yang menghalang kita dari bersangka baik?? Lantaran itu, untuk mewujudkan keyakinan, perlulah kita sentiasa yakin ALLAH itu Maha Berkuasa dan Maha Melihat seperti konsep Ehsan. Untuk memangkinkan keberanian, perlulah kita takut hanya kepada ALLAH swt.

ii) Bersangka buruk

Bersangka buruk adalah pencetus kepada perkelahian. Dengan prasangka buruk, seseorang itu akan menjadi terlalu cemburu sehinggakan wujud kongkongan dalam kehidupan. Ini yang menyebabkan keretakan rumah tangga walaupun sudah bertahan 30 tahun. Hanya dengan prasangka buruk yang ditiupkan oleh Al-Khannas, penghancur rumah tangga. Selalulah berdoa seperti dalam surah An-Nas untuk menjauhkan diri dari tipudaya Al-Khannas.

Bersangka buruk juga boleh mencetuskan dendam kepada sahabat sendiri! Dendam, iri hati dan dengki itu juga wujud dalam masyaraka dengan hanya bersangka buruk. Contohnya, seseorang yang berjaya dalam perniagaannya dikenakan sihir berupa santau dan sebagainya hanya kerana berprasangka buruk iaitu prasangka bahawa orang itu yang "menabur pasir dalam periuk nasinya", walhal mangsa itu tidak tahu menahu. Akhirnya, berlakulah perkara khurafat yang tidak akan diampunkan dosanya oleh ALLAH swt. Nauzubillahiminzalik. (perkara sebegini banyak berlaku di dalam masyarakat kita.)

Hanya dengan prasangka buruk, wujud andaian yang buruk-buruk... Akhirnya mencetuskan perkelahian... Lalu sengketa berpanjangan sehingga ke generasi-generasi seterusnya....

Oleh yang demikian, jauhilah daripada berprasangka buruk, selalulah berfikiran rasional dengan mewujudkan prasangka baik.... Insya allah kita akan tergolong dalam hamba-hambaNYA yang dapat menjaga kerukunan dalam kehidupan....

Sekian sahaja...

*Sesungguhnya, ilmu yang diterima hanyalah setitis sahaja dari lautan ilmu Tuhan Yang Maha Mengetahui. Oleh itu, jika ada salah silap, mohon diperbetulkan. Jika ada kekurangan bolehlah dibincangkan. Terima Kasih*

8 comments:

zackzara said...

Salam..

Memang benar, dalam setiap hubungan kita, perlu ada perasaan sangka baik antara satu sama lain, tetapi dalam bersangka baik itu, kita haruslah berwaspada dan berhati-hati agar sangkaan baik itu tetap kekal sebegitu.

Tetapi, tidak salah untuk kita sentiasa membuka sebanyak mungkin kemungkinan2 yang ada (baik + buruk) dan pertimbangkan sangkaan tersebut agar ianya dapat diteliti supaya kita dapat menilai dengan baik. Ia sama seperti kita membuat pros + cons...

Nizam Gtz said...

Zara:
Salam balik...

Kena wat SWOT analysis nih :)

Neway, dahulukan berbaik sangka... kerana yang baik senantiasa mengatasi kejahatan... (baca dari novel ni huhu)

Skullsplitter said...

Asas kepercayaan timbul dari sangkaan.

Tiba saat tidak tinggalkan sangkaan buruk itu, tiada lagi kepercayaan kerana setiap detik tk terlepas dari sangkaan yang buruk kepada setiap yang ada dimuka bumi. Habit yang semakin sukar dibuang.

*Cuba lah untuk tidak ada sangkann buruk dalam 1 hari. Insyaallah rasa itu akan dtg. Nilailah ia. Dimana letaknya hati yang tenang bila dibuang sifat ini.

skullsplitter

Nizam Gtz said...

Skulsplitter:
Camna nak wujudkan sentiasa bersangka baik kepada ALLAH??

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam.....satu perkara yang menarik untuk dibaca dan diambil panduan

Skullsplitter said...

Zam : Insyaallah, kiranya kita bermula sangkaan baik pada sesama manusia, timbulka kepercayaan padanya, setiap detik dan masa hati terdetik pujian baginya.. Insyallah kepercayaan yang dicari dari teliti dan kaji, akan sampai kita kepada sangka baik itu pada pencipta kita yang maha ESA. Percaya itu. ESA. Tiada yang lain.

Nizam Gtz said...

Crazy Beautiful88:
Salam balik.... Thanks for visiting my blog... Sama-samalar kita saling ingat-mengingati... Insya allah

Nizam Gtz said...

Skulsplitter:

Insya allah... Hamba akan mencuba sebaik mungkin untuk bersangka baik kepada semua makhluk ciptaanNYA...

Semoga kita semua akan berada dalam lindungan Rahman dan RahimNYA... Amin.