Monday, July 7, 2008

Maafkanlah diriku

Maafkanlah diriku....
Tiada pintaku semua ini terjadi
Ibu, harap dikau mengerti
Ayah, bukanku tak sudi menggalasnya
Kakak, harapan demi harapan tidakku penuhi
Adik, bukanku tidak mahu menjadi abang yang terbaik....

Maafkanlah diriku ini...
Bukanlah aku tidak mahu meneruskan cita-cita murni
Tapi apakan daya
Besar sungguh pengorbanan yang dipinta
Tidak mampu untukku memikulnya
Kerana keadaan dunia
Menjerut aku di dalam kesibukan mencari erti kehidupan...

Maafkanlah diriku
Duit bukan segala-galanya
Namun, segala-galanya duit jua yang berkuasa
Aku terpaksa bekerja di kejauhan sana
Bukanku tidak sudi meneruskan perniagaan keluarga
Namun, sampai bila kesusahan ini akan membelenggu??

Aku tidak mahu pasrah lagi
Aku tidak mahu mengalah
Doakanlah kejayaanku di masa depan
Kejayaan demi Kejayaan perlukan pengorbanan...
Walaupun pahit pengorbanan itu
Walaupun berkali-kali aku gagal dalam kerjaya...
Kerana aku tidak mahu semuanya berakhir sampai di sini sahaja...

Zamspotte
Tempat biasa
12.25 pm, 08 Julai 2008

4 comments:

Skullsplitter said...

Indahnya suatu penyesalan,
Indahnya suatu pengorbanan,
Indahnya suatu pengakhiran,

Hanya pada SATU.

* Tk susah satu tu. Hanya kita yang menyempitkan keluasan & kelebaran satu itu. Insyaallah, semoga penulis terus diberi peluang mengenal diri dan Tuhannya.

skullsplitter

Nizam Gtz said...

Amin.. Ya rabbal A'lamin...

Skulsplitter:

Masih terngiang2 bait lagu Antara Dua Cinta yang didendangkan oleh The Zikr...

Anonymous said...

Rintihan hati ..

Memberi sedikit ingatan kepada yang hadir...

Memberi makna inti kehidupan.

Bahawan wang tidak menjadi tujuan..


Jika kita berkorban, tentu kita akan mendapat balasan !

Nizam Gtz said...

Salam, ustaz...

Thank for the unforgetable advise...